Teknik Berkesan Memberi Makanan Kering Kibbles Kepada Kucing

Makanan Kering Kucing

Tahap kesukaran memperkenalkan kucing kepada makanan kering (kibbles) adalah lebih sukar daripada memperkenalkan makanan basah (wet or can food) kepada kucing. Oleh sebab itu, kesabaran amat diperlukan dalam menangani masalah seperti ini.

Dengan memperkenalkan makanan baru secara beransur-ansur, anda boleh mengurang atau mengelak masalah kucing enggan makan. Cara ini bukan hanya membantu membiasakan kucing dengan rasa dan bau makanan baru. Ia juga dapat memberikan sedikit masa kepada kucing anda untuk menyesuaikan diri.

Cara-cara memperkenalkan makanan baru kepada kucing

  • Campurkan makanan lama dengan makan baru dalam tempoh selama 4 hingga 10 hari. Kebiasaannya kaedah memberi makanan baru yang dicadangkan adalah selama tempoh 7 hari. Namun, terdapat juga kucing berjaya menyesuaikan diri dengan makanan baru dalam masa sesingkat 4 hari sahaja.
  • Jika kucing anda sangat cerewet dengan makanan baru, mulakan pemberian makanan baru dengan jumlah seminima sahaja, sebagai contoh beberapa ketul makanan kering (kibbles).
  • Sekiranya kucing anda masih lagi enggan menyentuh makanan baru, cuba amalkan teknik handfeeding, iaitu memberi makan menggunakan tapak tangan anda.
Ratio Pemberian Makanan Kucing

Ratio Pemberian Makanan Kucing

Teknik lain

  • Anda boleh melembutkan makanan kucing (kibbles) menggunakan air rebusan ikan selayang, kembung, kemudian gaulkan makanan kering dengan isi ikan rebus dengan kadar ratio 1:3. Gaulkan sehingga sebati dan beri makan kucing anda di dalam sangkar.
  • Hampir 70% teknik ini berjaya, dan kucing anda akan mula merasai makanan baru. Amalkan teknik ini selama beberapa hari, diselangi dengan makanan keras dry feed biasa dengan kadar sedikit.
  • Sentiasa menyediakan bekalan air bersih yang cukup kepada kucing anda.

Makanan Basah, Campuran

 

Loading...

Tags: #atasi masalah makanan kucing #panduan beri makan kucing #panduan tukar makanan kucing #petua tukar makanan kucing #teknik beri makanan baru kucing #teknik berkesan beri makanan kucing #teknik berkesan tukar makanan kucing #tips bagi makanan kering pada kucing

3 Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat
Memiliki kucing yang sihat, gemuk dan berbulu lebat merupakan mimpi terindah buat para
5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang cukup diminati dan akrab pula hubungannya dengan
Kenapa Perlu Memberi Ubat Cacing Pada Kucing Anda?
Pemberian ubat cacing secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing
Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam