Cara Mengesan Dan Menghalau Gangguan Jin Di Dalam Rumah

Jin Hantu

Bagaimanakah cara untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwuduk.

Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan. Gambar-gambar dan patung-patung merupakan tarikan kepada jin hadir ke dalam rumah.

Rawatan pesakit terkena rasuk

Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dimintanya berwuduk, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya. Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya.

Seterusnya hendaklah meminta salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk kepada perintah Allah SWT.

Untuk mengusir atau membunuh jin, pengamal perubatan Islam akan membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah memohonkan kutukan Allah untuknya, atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.

Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan supaya tidak membunuhnya begitu saja. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam. Biasanya dia akan meminta izin kepada untuk keluar.

Jika begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kekejangan atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin tersebut masih ada dalam tubuh pesakit.

Kemudian, ambil segelas air. Letakkan bibir di gelas, lalu bacalah surah Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit.

Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu beri pesaki itu minum segelas air bercampur garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Jikalau tidak berhasil, atau si pesakit tidak muntah (tetapi ini jarang terjadi) maka jin tersebut akan keluar pada saat si pesakit membuang air kecil atau air besar.

Apakah tanda-tanda ada gangguan jin di dalam rumah

  • Makanan dan masakan menjadi cepat basi
  • Kedengaran bunyi guli jatuh dan bergolek di atas lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot, kerusi di tengah malam
  • Ternampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Bulu roma sering meremang dan sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah

Cara mengusir jin di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa rumah kita berlaku gangguan jin, maka ada dua (2) perkara yang harus kita lakukan :-

(1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

Surah Halau Jin

Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali

Maksudnya : “Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorang pun.”

(2) Jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bekas untuk mengisi air, kemudian letakkanlah jari kita di dalamnya dan dekatkanlah ke bibir dengan air tersebut sambil membaca surah-surah berikut :

  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas

Kemudian renjiskan air tersebut ke seluruh penjuru rumah ( mengikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis di dalam tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah SWT.

(3) Atau anda boleh membacakan doa dan ayat ini ke dalam air tersebut ;

Surah Halau Jin Panjang

Dibaca ke dalam air

Maksudnya : “Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.”

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Amalkanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Allah SWT

Carian Berkaitan

mengusir jin yg degil dlm rumah, halau jin dari rumah, doa halau iblis dari rumag, ayat menghalau jin dalam rumah, UBAT KENA RASUK
Loading...

Tags: #ayat al quran halau jin #cara halau jin dalam rumah #cara ubati orang kena rasuk #cara usir jin dalam rumah #gangguan jin dalam rumah #kaedah bacaan surah halau jin #kaedah ubati pesakit kena rasuk #pagar rumah dari jin #surah al quran halau jin #surah untuk halau jin dalam rumah #tanda gangguan makhluk halus #tanda rumah ada jin

4 Perkara Ini Tidak Boleh Dilakukan Anda Ketika Di Dalam Kapal Terbang!
Menaiki pesawat sama ada untuk pergi bercuti, bekerja atau balik kampung sangat menyeronokkan.
4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!
Kadang-kala, perasaan tidak boleh dikawal lebih-lebih apabila bersendirian dan terbayang-bayang bekas kekasih di
Wanita, Ini 5 Manfaat Garam Laut Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri Anda!
Garam laut atau sea salt adalah sejenis garam yang diperolehi menerusi proses penyejatan
Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!
Salah satu faktor kenapa berlakunya masalah kulit wajah seperti kusam, jerawat dan jeragat

Comments are closed.