Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!

Biodata Pengasas Benang Hijau

Latarbelakang pengasas jenama Benang Hijau

Pada peringkat permulaan, Puan Fadzilah binti Mamat@Muhammad bekerja sebagai perunding kewangan amanah. Kemudian, selepas berkunjung ke Guangzhou, China, beliau telah mula menukar haluan kerjayanya ke bidang usahawan kerana berasa teruja melihat industri pembuatan yang cukup meriah di sana.

Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini, beliau telah menyertai satu kursus memborong barangan dari luar negara dengan menyertai lawatan memborong ke Vietnam. Dengan berbekalkan modal pinjaman daripada saudara dan adik-beradik, beliau mula memborong baju kurung manik dan kain pasang untuk dijual semula di Malaysia.

Atas sambutan yang sangat menggalakkan serta ketidakmampuan untuk memenuhi permintaan pelanggan menyebabkan pengasas jenama Benang Hijau, Puan Fadzilah Mamat@Muhammad memilih untuk menjual pakaian di butik secara runcit dan menerusi dalam talian.

Penubuhan syarikat Benang Hijau Sdn. Bhd

logo-benang-hijau-sdn-bhd Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!

Syarikat Benang Hijau Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini ditubuhkan dengan inspirasi “menjual apa yang saya perlukan”. Produk dari Benang Hijau akhirnya mula mencuri tumpuan dalam industri fesyen patuh syariah di Malaysia. Kini jenama Benang Hijau telah menggunakan tagline “Inspirasi Wanita Anggun”.

Bermula dari hanya sekadar kios kecil, syarikat Benang Hijau kini telah mempunyai 19 cawangan seluruh negara dengan mempunyai seramai lebih 100 orang kakitangan. Di antara cawangan butik Benang Hijau adalah di Shah Alam, Kota Damansara, Bangi, Wangsa Melawati, Johor Bharu, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan juga di Kedah.

Idea penghasilan pakaian muslimah jenama Benang Hijau

Pada awalnya, cetusan idea Puan Fadzilah binti Mamat@Muhammad telah berjaya menghasilkan rekaannya sendiri dengan selendang berukuran 1.8 meter. Ia merupakan satu-satunya selendang ukuran paling besar atas jenama Benang Hijau. Tanpa diduga, produk tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan ini mendorong beliau untuk menghasilkan tudung, selendang dengan pelbagai warna dan corak.

Kini pengeluaran produk tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran tudung dan shawl sahaja tetapi turut memperkenalkan jubah dan blaus yang mempunyai identiti sendiri. Untuk jubah, Benang hijau telah memilih fabrik berkualiti dan senang diurus. Justeru, wanita tidak lagi perlu memakai alas baju kerana kain digunakan tidak jarang. Baju juga mudah diuruskan, tidak mudah berkedut serta boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

Setiap jubah juga direka dengan mengambil kira keselesaan ibu menyusu serta mesra wuduk. Baju rekaan Benang Hijau juga dilengkapi dengan bahagian poket kiri dan kanan supaya lebih praktikal dipakai dalam pelbagai situasi dan majlis.

Bagi wanita yang mementingkan keanggunan dan kemasan berhijab patuh syariat, semestinya butik Benang Hijau wajib dikunjungi. Pelbagai pilihan tudung dan shawl untuk keselesaan pemakai ditawarkan dengan harga yang menarik dan mampu milik.

Biodata Pengasas Benang Hijau

Nama Penuh : Puan Fadzilah binti Mamat @Muhammad
Kerjaya : Usahawan, Pengasas dan CEO Perniagaan pakaian muslimah jenama Benang Hijau
Pendidikan : Kelulusan dalam bidang kejuruteraan
Keluarga : Ibu kepada 4 orang anak (3 lelaki dan 1 perempuan)
Nama Syarikat : Benang Hijau Sdn Bhd
Tahun Ditubuhkan : Julai 2012
Inspirasi Penubuhan : “Menjual apa yang saya perlukan”
Tagline Produk : “Inspirasi Wanita Anggun”
Produk : Pengeluar koleksi tudung dan pakaian wanita Muslimah
Jenis Produk Tudung / Shawl : Bawal Maira, Bawal Naura, Shawl Nadeera
Jenis Produk Baju Kurung / Blouse : Baju Kurung Safiyya, Jubah Rania, Blouse Layla
Jumlah Cawangan : 19 butik seluruh negara
Harga Produk (2016) :

  • Harga tudung RM19 – RM79
  • Harga baju RM99 – RM249

Laman Web Benang Hijau :

 Gambar menarik produk pakaian muslimah jenama Benang Hijau :

gambar-Pengasas-Benang-Hijau-Fadzilah-Mamat@Muhammad Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!Pengasas-syarikat-Benang-Hijau-sdn.-bhd-Fadzilah-Mamat-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!Puan-Fadzilah-Mamat-pengasas-tudung-benang-hijau-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!benang-hijau-instant-shawl-bercorak-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!tudung-zara-premium-benang-hijau-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!koleksi-tudung-muslimah-benang-hijau-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya! produk-jubah-benang-hijau-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!       model-wanita-muslimah-produk-benang-hijau-300x300 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!

logo-150x150 Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!

Loading...

Tags: #Autumn Tree Dress Benang Hijau #baju kurung benang hijau #biodata pengasas benang hijau #blouse muslimah benang hijau #cara pakai tudung benang hijau #Contoh Koleksi Jubah Benang Hijau #jubah benang hijau #koleksi shawl benang hijau #koleksi tudung benang hijau #laman benang hijau #Model Produk Laura Shawl Benang Hijau #Model Wanita Muslimah Produk Benang Hijau #pakaian muslimah benang hijau #pakaian tudung jenama benang hijau #Pengasas Benang Hijau #Puan Fadzilah Mamat #Stripe Blouse Benang Hijau #usahawan pakaian muslimah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Pengasas Jenama Benang Hijau, Usahawan Tudung, Pakaian Muslimah Berjaya!"