Hey Wanita! Ini 8 Perilaku Yang Membuatkan Lelaki Mudah Cair!

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Bagi wanita di luar sana, jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. Berikut adalah 10 sikap wanita yang disukai oleh lelaki.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti situasi sebenar dan mendengar penjelasan.

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai 3 orang anak?

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Jadi, adakah anda memiliki sikap-sikap seperti di atas? Jika ya, pasti anda seorang yang bertuah kerana sikap-sikap di atas bukan sahaja disukai oleh lelaki, bahkan ia merupakan sifat-sifat terpuji mengikut landasan yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, sebagai wanita seharusnya sikap-sikap sebegini yang patut dimiliki dan disemai dalam diri.

Loading...

Tags: #cara tarik perhatian pasangan #erilaku Yang Membuatkan Lelaki Mudah Cair #kenapa lelaki cair tengok wanita #perhubungan #sifat wanita buat lelaki suka #sikap wanita #wanita #wanita dan lelaki

4 Perkara Ini Tidak Boleh Dilakukan Anda Ketika Di Dalam Kapal Terbang!
Menaiki pesawat sama ada untuk pergi bercuti, bekerja atau balik kampung sangat menyeronokkan.
4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!
Kadang-kala, perasaan tidak boleh dikawal lebih-lebih apabila bersendirian dan terbayang-bayang bekas kekasih di
Wanita, Ini 5 Manfaat Garam Laut Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri Anda!
Garam laut atau sea salt adalah sejenis garam yang diperolehi menerusi proses penyejatan
Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!
Salah satu faktor kenapa berlakunya masalah kulit wajah seperti kusam, jerawat dan jeragat

Comments are closed.