Resipi Biskut Raya Semperit

Biskut Semperit

Biskut semperit merupakan biskut raya yang popular apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Pasti anda akan ada rumah yang menghidangkan biskut semperit untuk para tetamu pada Hari Raya dalam kebanyakan rumah yang anda kunjungi. Sebenarnya untuk membuat biskut semperit tidaklah rumit.

Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri biskut raya ini, berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan biskut raya semperit. Untuk makluman anda, resepi biskut semperit ini tidak menggunakan telur.

Resipi Biskut Raya Semperit

Bahan-bahan :

  • 2 cawan marjerin
  • Setengah cawan tepung kastad (diayak)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 400 gram tepung jagung (diayak)
  • 1 setengah cawan gula halus
  • 1 sudu esen vanilla

Cara-cara penyediaan :

  1. Pukul marjerin dan gula sehingga sebati (boleh guna senduk kayu sahaja). Tapi jangan pukul sehingga kembang ya.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad yang telah diayak tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  4. Bentukkan biskut menggunakan acuan semperit.
  5. Kemudian bakar biskut sampai kekuningan.
  6. Biskut semperit siap. Untuk hiasan, boleh letakkan ceri yang dipotong kecil di atas biskut atau apa-apa mengikut kreativiti anda.
IMG_20171206_114610-150x150 Resipi Biskut Raya Semperit

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #aneka resepi biskut #cara buat biskut Semperit #kuih raya #resepi biskut raya #resepi raya #Resipi Biskut Raya Semperit

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resipi Biskut Raya Semperit"