Drama Berjudul Di Hujung Ranting, Sinopsis dan Pelakon

Di Hujung Ranting Drama

Drama bersiri adaptasi novel ‘Di Hujung Ranting’ karya Indah Hairani di RTM. Dibintangi oleh pelakon seperti Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin. Drama Di Hujung Ranting disiarkan setiap hari mulai 24 April ini pukul 5.30 petang di TV2 dan ulangan pukul 5.00 pagi.

Drama ini mengisahkan Mawardah, iaitu anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Negeri Terengganu. Semenjak dia kecil, Mawardah telah bersahabat baik dengan Adi, pemilik sebuah café dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Amar seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, iaitu Dato Hashim. Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawardah dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.

Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri. Saksikan episod menarik ini sehingga akhir.

JUDUL : DI HUJUNG RANTING
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Setiap hari, 5.30 petang
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Umar Dzariff, Aishah Atan, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Aida Khalida, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Jovi Heng, Joyce Harn

PELAKON
Nad Zainal sebagai Mawardah
Shukri Yahaya sebagai Amar
Dayang Areeda sebagai Fatin
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
Afzan A Rahman sebagai Helmi
Silfeny Osman sebagai Syuhadah

LAGU TEMA / OST
Inikah Dikatakan Cinta – Sufian Suhaimi

sinopsis-di-hujung-ranting Drama Berjudul Di Hujung Ranting, Sinopsis dan Pelakon

Loading...

Tags: #drama baru dihujung ranting #drama dihujung ranting #gambar pelakon di hujung ranting #lagu ost drama di hujung ranting #mawardah #pelakon drama dihujung ranting #sinopsis drama di hujung ranting

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.