Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram

Tonton Drama 200km Ke Al Haram 2016

Drama berjudul  200km Ke Al-Haram

Drama bersiri terbaru berjudul 200km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan D’Taja Intergrated Visio Sdn Bhd diarahkan oleh Harris Fadzillah. Bertemakan kekeluargaan, percintaan, dan cenderung ke genre komedi dan Islamik. Mula bersiaran 12 November 2016, pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1.

Drama ini berkisahkan perkahwinan Salmah bersama Suhaimi yang tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Suhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air, Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser.

Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik.

Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin. Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang baik. Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapanya, Suhaimi ke Doha. Di sana, Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja.

Antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa. Sepanjang di Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik.

Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang murni. Bagi Hadi, ‘cinta’ adalah kunci buat segala-galanya. Cinta juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Drama ini membariskan pelakon seperi Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Dato Jalaludin Hassan, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Marisa Yasmin, Raja Azrey, Anne Abdullah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ika Nabella, Laila Nasir, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz, Elmy Moin, Hadi Nawawi. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini di Slot Widuri TV1 setiap Sabtu & Ahad, jam 7.00 malam.

Ringkasan utama :

Watak Utama : Syazwan Zulkifly (Hadi), Hanna Aqeela (Irma), Dato Jalaludin Hassan (Suhaimi)

Judul : 200 KM Ke Al-Haram

Jumlah Episod : 26 episod

Tahun : 2016

Siaran : Slot Widuri TV1 (RTM)

Pengarah : Harris Fadzillah Abd Samad

Terbitan : D’Taja Intergrated Visio Sdn Bhd

Lagu Tema / OST : Haruskah Berpisah (Aman Nassim), Hanya Padamu (Wali band), Patah Hati (Mojo)

Gambar menarik :

drama-2000km-Ke-Al-Haram-150x150 Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram iqram-dinzly-dan-mia-ahmad-200km-ke-al-haram-150x150 Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram janna-nick-bertudung-200km-ke-al-haram-150x150 Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram pelakon-drama-200km-ke-al-haram-150x150 Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram tonton-drama-200km-ke-al-haram-150x150 Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram

Loading...

Tags: #drama berjudul 2000 KM Ke Al-Haram #Iqram Dinzley #janna nick #lagu ost 2000 KM Ke Al-Haram #Mia Ahmad #pelakon drama 2000 km ke al-haram #senarai pelakon 2000km ke al-haram #sinopsis drama 2000km ke al-haram #watak utama 2000km ke al-haram

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Tonton Drama Berjudul 2000 Km Ke Al-Haram"