Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang

Love You Mr Arang Hanna Aqeela

Drama berjudul Love You, Mr Arang

Drama berjudul Love You, Mr Arang bakal ditayangkan di slot Iris TV3 bermula 23 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya.

Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju. Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni, Muntazar Ghufran, Alif Rusydi, Amelia, Aisyah, Nik Harraz Danish dan ramai lagi.

Ringkasan :

Watak Utama : Amirul Faqeem (Fariz), Hanna Aqeela (Irma)
Judul : Love You, Mr Arang
Jumlah Episod : 20
Tahun : 2016
Siaran : Slot Iris, TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : Primeworks Studios Sdn Bhd
Lagu Tema / OST : Wanita Setia – Qanda

Gambar Menarik Drama Berjudul Love You, Mr Arang

drama-2016-love-u-mr-arang-150x150 Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang Love-You-Mr-Arang-150x150 Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang pelakon-Love-You-Mr-Arang-150x150 Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang senarai-Pelakon-Love-You-Mr-Arang-150x150 Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang

Loading...

Tags: #cerita Love You Mr Arang #drama 2016 Love You Mr Arang #Drama Berjudul Love You Mr Arang #hanna aqeela #pelakon drama Love You Mr Arang #ringkasan drama Love You Mr Arang #sinopsis Love You Mr Arang

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Tonton Drama Berjudul Love You, Mr Arang"