Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!

Pesakit Aids

Bagaimana Cara HIV Merebak?

Virus HIV merebak melalui hubungan seks yang tidak selamat (tanpa perlindungan) dengan orang yang dijangkiti HIV (samada heteroseksual atau homoseksual) menggunakan semula jarum atau alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti HIV.

Ibu dijangkiti HIV akan menyebarkan penyakit kepada bayinya semasa kehamilan dan juga penyusuan susu ibu kepada bayi selepas kelahiran.

HIV boleh merebak melalui bendalir badan seperti :

1. Darah
2. Cecair seminal, air mani (dan juga air mazi)
3. Rembesan faraj
4. Susu badan

Virus HIV Juga Boleh Merebak Melalui Seks Oral

Jika salah seorang daripada individu tersebut telah dijangkiti virus HIV, pasangannya boleh dijangkiti HIV jika ada ulser atau luka pada mulut semasa melakukannya tanpa perlindungan kondom. Jika tidak tahu status pasangan anda, gunakanlah kondom.

Ujian Mengesan Jangkitan Virus HIV

Terdapat dua kaedah ujian untuk mengesan jangkitan virus HIV iaitu :

1. Ujian HIV rapid test
2. Ujian Antibodi HIV yang terdapat di mana-mana klinik atau hospital

Tempoh Masa Virus HIV

Tempoh masa diterima pakai oleh WHO (World Health Organisation) adalah antara 3 – 6 bulan. Ini kerana sistem imunisasi badan memerlukan masa antara 3 hingga 6 bulan untuk menghasilkan antibodi kepada virus HIV tersebut.

Justeru untuk keselamatan, anda dinasihatkan memakai kondom setiap kali melakukan hubungan seks dan lakukan ujian saringan HIV.

Jika keputusan mengesan virus HIV negatif bermakna anda tidak dijangkiti virus HIV.

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor.

Tanda Awal & Gejala Seseorang Dijangkiti Virus HIV

Jangkitan virus HIV tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus diperingkat awal.

Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak mengetahui dia telah dijangkiti virus ini.

Walaubagaimana pun pada peringkat ini, individu ini masih boleh merebakkan virus HIV kepada orang lain.

Tanda dan gejala akan kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh Virus HIV.

Tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:

  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Berpeluh pada tengah malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk yang kronik
  • Hilang ingatan

Rawatan  Penyakit HIV/AIDS

Penggunaan ubat anti HIV (Highly Active Antiretroviral Therapy –HAART) boleh memastikan pesakit HIV/AIDS hidup berkualiti dan boleh berfungsi seperti biasa.

Akan tetapi, tidak ada pemulihan untuk penyakit HIV sehingga sekarang, justeru itu, perawatan HAART semestinya sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan.

Contoh Tanda Awal Pada Kulit

Molluscum-contagiosum-in-HIV-300x300 Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!ruam-kesan-virus-HIV-300x300 Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!

logo-150x150 Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!

Loading...

Tags: #cara hiv aids merebak #cara hiv merebak #Cara Mengetahui Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS #cara rawatan hiv aids #cara ujian hiv #Cara untuk Mengenali Gejala HIV #Gejala dan Ciri-ciri Terkena HIV AIDS Tahap Awal Sampai Lanjut #Gejala Terkena HIV #homoseks dan hiv #liwat dan hiv #oral seks dan hiv #tanda awal hiv aids #tanda awal terkena penyakit hiv aids #Tanda yang Menunjukkan Orang Terinfeksi HIV #Tanda-Tanda Penyakit HIV Secara Umum #tempoh masa dikesan terkena hiv aids #tempoh masa penyakit hiv aids

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Kesan Awal Dijangkiti Penyakit HIV AIDS, Wajib Baca Artikel Ini!"