Cara Mengenal Lelaki Melalui Pergerakan & Bahasa Tubuh

Cara Mengenal Lelaki Melalui Pergerakan & Bahasa Tubuh

Apabila seseorang lelaki sedang berkomunikasi atau sedang berbual dengan wanita, anda boleh mengetahui personalitinya. Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika anda tahu menilai pergerakan dan bahasa tubuhnya, anda pasti akan tahu akan diri lelaki itu. Pada lelaki tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Cara Mengenal Lelaki Melalui Pergerakan Dan Bahasa Tubuh

Cara-cara mengenal tingkah laku di bawah adalah antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

  • Memandang mata

Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapat hubungannya dengan orang tersebut.

  • Mendekatkan badan

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

  • Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya, itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu anda apabila diperlukan pertolongan.

  • Menggerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

  • Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

  • Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan tidak menimbulkan masalah.

  • Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

  • Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

 

Rujukan : http://www.pemaniskata.com
IMG_20171206_114610-150x150 Cara Mengenal Lelaki Melalui Pergerakan & Bahasa Tubuh

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #bagaimana cara nak tahu isi hati lelaki #Bagaimana Hendak Mengenali Lelaki #cara lelaki lihat wanita #cara nak kenal lelaki #ciri ciri lelaki baik #ciri ciri lelaki matang #ciri ciri lelaki setia dan penyayang #ciri pria jujur #kenali lelaki melalui bahasa tubuhnya #kenali lelaki melalui gaya ketika berbicara #kenali lelaki melalui pergerakan badan #lelaki #lelaki jenis macam mana #mengenali sikap lelaki betul-betul jujur #rahsia lelaki #rahsia lelaki sejati #rahsia mengenal lelaki memlaui pergerakakan #tanda lelaki setia #tanda lelaki setia dan jujur #tips mengenal lelaki #tips mengenal lelaki melalui pergerakan #tips untuk wanita

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.