Benarkah Wanita Berdarah O Sukar Hamil?

Wanita Mengandungkan Anak

Banyak rumors menerangkan bahawa wanita yang mempunyai kategori darah O mengalami masalah kesuburan. Benarkah begitu?

Satu kajian telah dijalankan dan hasilnya mendapati golongan wanita yang mempunyai darah O berada pada risiko tinggi untuk kehabisan telur (ovum) yang sihat seiring
dengan pertambahan usia mereka. Akibat daripada itu, mereka ini akan mengalami masalah sukar hamil apabila usia meningkat.

Kajian populasi penduduk di Amerika Syarikat mendapati hampir separuh rakyatnya (44 peratus) mempunyai kumpulan darah O. Manakala 42 peratus berdarah A dan 14 peratus lagi berdarah AB. Hasil penemuan tersebut, wanita mempunyai darah O mempunyai dua kali lebih rendah dari segi penghasilan ovum yang sihat dalam badan mereka.

Yale University dan Albert Einstein College of Medicine, New York, telah melihat jenis darah yang diambil daripada 563 orang wanita di bawah usia 45 tahun yang tengah menjalani perawatan kesuburan. Mereka telah membandingkan paras folikel Stimulating Hormone (FSH), ketinggian zat kimia dalam darah, dan kajian kesuburan wanita.

Ukuran paras FSH lebih besar dari sepuluh menunjukkan seorang wanita itu akan mengalami kesukaran untuk hamil. Hasilnya, kajian ini mendapati, kebanyakkan wanita berdarah O tidak mempunyai paras FSH di atas pada sepuluh.

Wanita dengan kadar FSH lebih tinggi dari 20 akan dianggap subur. Hasil daripada kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa seseorang wanita perlu merancang masa depan untuk bekeluarga berdasarkan faktor jenis darah mereka.

Dr Edward Nejat, dari Albert Einstein College of Medicine, yang dipetik daripada akhbar Daily Mail menyatakan wanita mempunyai golongan darah A dan AB amat berisiko rendah kepada masalah kesukaran kehamilan ini.

Tetapi, kajian itu masih belum dikaji sepenuhnya, kerana rata-rata saintis mengakui ramai wanita berdarah O juga berjaya mempunyai ramai anak. Dan, beberapa faktor lain yang mempengaruhi kesuburan wanita seperti umur, berat badan dan ketagihan alkohol.

Loading...

Tags: #keluarga tak dapat anak #masalah kehamilan #sukar dapat anak #sukar hamil #wanita berdarah o positif #wanita sukar hamil #wanita sukar mengandung #wanita susah nak dapat anak #wanita tidak subur

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Benarkah Wanita Berdarah O Sukar Hamil?"