Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri

Proses Jual Beli Tukar Nama Kereta

Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing bersetuju. Proses pindah milik biasanya dilakukan atas sebab pemilik asal (owner) telah menjual kenderaan tersebut kepada pemilik baru (buyer). Proses ini boleh dilakukan oleh mana-mana pihak (pembeli/pemilik) atau wakil (agent/runner).

Kaedah pindah milik kenderaan persendirian

1. Pemilik atau pembeli perlu mendapatkan tarikh untuk proses inspection samada melalui telefon atau walk in. Bagi proses tukar nama kenderaan, pemilik/pembeli perlu membawa geran asal.
2. Selepas mendapat booking number, pemilik/pembeli atau wakil perlu membawa kenderaan tersebut ke PUSPAKOM untuk proses pemeriksaan kenderaan. Kadar bayaran untuk inspection (semak kadar dibawah) bagi mendapatkan keputusan dalam Borang B5.
3. Bagi pemilik baru (buyer) yang ingin mendapatkan pinjaman bank, ia memerlukan dua laporan daripada PUSPAKOM iaitu Borang B5 (Keputusan Pemeriksaan) dan Laporan B7 (Pemeriksaan Sewa-Beli).
Kaedah pindah milik kenderaan oleh pemilik asal (owner) kepada pemilik baru (buyer)
4. Apabila keputusan inspection telah mendapat kelulusan, pemilik asal (owner) perlu mendapatkan maklumat pemilik baru (buyer) seperti Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon serta salinan kad pengenalan asal. Pemilik (owner) atau wakil perlu mengisi borang pindah milik semasa di JPJ.
5. Setelah maklumat selesai diperoleh, pemilik asal (owner) perlu memaklumkan segera kepada pemilik baru (buyer) untuk membuat cop biometric (ibu jari) di mana-mana cawangan JPJ terdekat selepas pemilik asal (owner) selesai membuat cop biometric (ibu jari) terlebih dahulu. Pemilik baru (buyer) tidak perlu hadir sama sewaktu proses ini dilakukan.
6. Pemilik baru (buyer) perlu segera melakukan cop biometric selepas pemilik asal melakukan cop biometric. Tempoh selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tarikh pemilik asal (owner) melakukan proses tersebut. Selepas proses selesai, roadtax dan insurans atas nama pemilik asal (owner) akan terbatal dengan sendiri.
7. Pemilik baru (buyer) perlu membeli insuran kenderaan terlebih dahulu sebelum membuat roadtax baru. Jika anda (buyer) mempunyai insuran kenderaan atas nama sendiri yang tidak digunakan tetapi masih sah tempoh, anda boleh pindahkan NCD lama ke insuran baru kenderaan yang baru anda beli. Maka, anda akan dapat menjimatkan kos membeli insurance kerana NCD insurance sedia ada mungkin sudahpun mencapai NCD 55% (murah daripada NCD 0%)

Cara mengira kadar kos pindah milik kenderaan persendirian :

  • Kos inspection B5 : RM25
  • Kos pindah milik/tukar nama/owner transfer : RM100 (bayar semasa proses tukar nak semasa cop jari)
  • *Kos inspection B7 (sewa-beli) : RM60
  • *Kos cukai jalan (roadtax) : *bergantung kepada CC kenderaan (Kenderaan 1300 cc RM70)
  • *Kos insurance : *bergantung kepada nilai kenderaan atau sum of insured atau berapa jumlah coverage

Kadar fee terkini yang dikenakan oleh PUSPAKAOM (2016) adalah seperti berikut ;

Puspakom Fee 2016

Carian Berkaitan

cara inpection b7, cara inpection kereta puspakon b5, cara jual beli kereta terpakai, cara menukar ncd kereta lama ke baru, tips jual insurans, urus jual kereta

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #beli kereta dengan loan bank #caj bayaran inspection kereta #cara pindah milik kereta #cara tuka nama kereta #cara urus jual kereta sendiri #jual beli kereta terpakai #kaedah jual beli kereta sendiri #kaedah jual beli pindah milik kereta #kaedah jual beli tukar nama kereta #kos proses tukar nama kereta #peranan owner dan buyer dalam jual beli kereta #proses nak tukar nama kereta #urusan dengan JPJ dan puspakom

Kereta Murah Paling Jimat Minyak Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu!
Walaupun harga petrol turun naik dan ketika ini diparas yang rendah, namun kereta
Honda Jazz 1.5L, Kereta Terbaik Bagi Pemanduan Di Bandar
Honda Jazz diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2003, kenderaan buatan Honda ini
Spesifikasi Nissan Pulsar GTi-R, Kereta Compact Yang Power!
Model : Nissan Pulsar GTi-R Car type : Compact / Hatchback Curb weight
Spesifikasi Nissan Skyline R32 GT-R, Kegilaan Peminat Kereta JDM
Nissan Skyline R32 GT-R dikeluarkan antara Ogos 1989 sehingga tahun 1994. Kereta ini

Comments are closed.