Drama Suamiku Paling Sweet

Drama Lakonan Syafiq Kayle Dan Mawar Rashid

Drama berjudul Suamiku Paling Sweet

Drama terbitan Primeworks Studios ini menampilkan gandingan pelakon baru iaitu Mawar Rashid yang dipadankan dengan Syafiq Kyle.

Drama mengisahkan Qisya terpaksa mengikut kata mamanya dalam keadaan paksa rela, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia menampilkan pelakon seperti Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem

Ringkas drama :

Watak Utama : Mawar Rashid (Qisya Iris), Syafiq Kyle (Izz Haikal)
Judul : Suamiku Paling Sweet
Jumlah Episod : 28
Tahun : Ogos 2016
Siaran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki
Terbitan : Primeworks Studios
Lagu Tema : Ippo hafiz – Cool Love (ost suamiku paling sweet)

syafiq-kayle-dan-mawar-rashid-150x150 Drama Suamiku Paling Sweet

novel-suamiku-paling-sweet-150x150 Drama Suamiku Paling Sweet pelakon-drama-suamiku-paling-sweet-150x150 Drama Suamiku Paling Sweet suamiku-paling-sweet-drama-150x150 Drama Suamiku Paling Sweet

Loading...

Tags: #Drama Suamiku Paling Sweet #gambar pelakon drama uamiku paling sweet #mawar rashid #ost suamiku paling sweet #pelakon drama suamiku paling sweet #sinopsis drama suamiku paling sweet #slot drama akasia tv3 2016 #syafiq kyle

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Suamiku Paling Sweet"