5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir

Yaya Zahir Cantik Feat Photo

Walaupun baru setahun jagung dalam industri seni hiburan, wanita bernama Yaya Zahir ini semakin dikenali para peminat tempatan.

Bakatnya mula disedari menerusi drama bersiri popular, Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang telah ditayang di slot Mega Drama di Astro Ria 104 bermula 24 April 2017 lalu.

Tidak mahu kekal di zon selesa, Yaya atau nama lengkapnya, Zuhairah Mohd Zahir ini turut mengembangkan bakat seninya ke dunia pengacaraan.

Di Astro, si cantik manis ini diberi kepercayaan untuk mengendalikan rancangan HLive! dan Alternatif.

Berikut, penulis ingin kongsikan 5 perkara menarik mengenai Yaya Zahir yang anda perlu tahu. Let’s find out!

1. Sudah aktif berlakon drama bersiri sebelum ini

Selain Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Yaya sudah banyak berlakon drama bersiri yang lain. Antaranya, Syurga Nur, Mr London Ms Langkawi dan Uda & Dara.

2. Sangat meminati dunia seni dan fesyen

Kerana minatnya terhadap fesyen, Yaya diberi peluang menjadi pengacara program Alternatif yang mengenengahkan fesyen-fesyen terkini serta gaya hidup sihat.

Untuk pengetahuan anda, figura cantik ini juga merupakan pereka hiasan dalaman sambilan kepada pereka fesyen terkemuka tanah air, Datuk Rizalman

3. Aktif bersukan dan melancong ke luar negara

Sangat meminati sukan menunggang kuda, bola baling dan melancong ke luar negara bersama teman rapatnya. Antara negara yang pernah dikunjungi Yaya adalah Itali, Australia dan Korea.

4. Merupakan model sambilan

Selain wajahnya menghiasi katalog-katalog fesyen, Yaya juga pernah memperagakan pakaian pereka-pereka fesyen hebat iaitu Datuk Rizalman dan Hana Tajima di pentas peragaan.

5. Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram

Penangan Hikayat Cinta Si Pematah Hati sedikit sebanyak melonjakkan bilangan pengikutnya di instagram. Menerusi instagramnya, Yaya serba sedikit berkongsi foto-foto mengenai aktiviti-aktiviti seni dan hidupnya.

Biodata Ringkas Yaya Zahir

Nama Penuh: Zuhairah Mohd Zahir
Nama Komersil: Yaya Zahir
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Adik-beradik: Anak bongsu dari tiga adik-beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pengacara, Wartawan Penyiaran, Pelakon dan Model Sambilan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kelab Peminat: Yayavers

Laman Sosial Yaya Zahir

Gambar Menarik Yaya Zahir

yaya-zahir-senyum-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahirfesyen-yaya-zahir-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahirfoto-menarik-yaya-zahir-pelakon-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahirfoto-yaya-zahir-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir gambar-yaya-zahir-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir yaya-zahir-cantik-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir yaya-zahir-pengacara-hlive-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir yaya-zahir-pengacara-wartawan-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir

azlan-150x150 5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Yaya Zahir #gambar yaya zahir #laman sosial yaya zahir #model yaya zahir #pelakon yaya zahir #pengacara yaya zahir #wartawan yaya zahir #Yaya Zahir #yaya zahir asal #yaya zahir drama #yaya zahir height #Yaya Zahir HLive! #yaya zahir kahwin #yaya zahir seksi #yaya zahir tinggi #zuhairah zahir biodata

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "5 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Yaya Zahir"