5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Tudung Terkenal Malaysia

Lambakan tudung di pasaran tempatan boleh ibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan pelbagai jenama, rekaan dan warna, anda boleh dapatkan di butik, kedai pakaian atau di atas talian (online) dari harga puluhan hingga ratusan ringgit.

Namun begitu, terdapat beberapa jenama popular yang menjadi igauan dan wajib dimiliki oleh wanita muslimah di luar sana.

Berikut, penulis senaraikan jenama-jenama tudung popular di Malaysia. Take a look!

1. Fareeda

Untuk pengetahuan pembaca, tudung berjenama Fareeda ini sudah berada di pasaran lebih 10 tahun.

Diasaskan oleh Faridah Zakaria, tudung yang menjadi buruan wanita berhijab ini kini diuruskan oleh anaknya iaitu Mawar Abdul Rashid.

Setiap kali mengadakan promosi atau jualan rekaan baharu, pastinya pelanggan-pelanggan setia akan beratur panjang dan ada yang sanggup bermalam di depan butik semata-mata demi mendapat tudung tersebut.

Selain di Bangi, Fareeda juga mempunyai butik di Subang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang dan Putrajaya.

Setakat ini, lebih 30 koleksi tudung telah dihasilkan dibawah jenama Fareeda seperti Nour Aisya, Nour Mariya, Sabreena dan Suraiya yang berharga dari RM70.00 dan keatas.

Fareeda mememangnya terkenal dengan tudung berkonsepkan tiga lapisan dan dipadankan pelbagai warna menarik serta dihiasi batu kerongsang berkualiti di tengah-tengahnya yang menjadi identiti kepada jenama berkenaan.

2. Naelofar Hijab

Pernah mencetuskan fenomena industri fesyen muslimah apabila perniagaan tudung berjenama Naelofar Hijab yang dimiliki pengacara dan pelakon cantik manis, Neelofa mencecah RM1.3 juta dalam masa tiga minit selepas membuka tempahan baru pada tahun 2016.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Nor memulakan bisnes tudung pada tahun 2014 di mana perniagaannya semakin pesat membangun sehingga mempunyai lebih daripada 400 stokis dari dalam dan luar negara termasuklah Singapura, Brunei, Australia dan Amerika.

Kebanyakan tudung yang dikeluarkan oleh pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini berbentuk Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

Lebih 20 rekaan tudung telah dihasilkan dibawah jenama Naelofar Hijab seperti Lady Warda, Lady Lofa, Lady Lofa Luxe, Queen Warda dan Miss Lofa Plain dengan harga bermula dari RM60.00 dan ke atas.

3. Ariani

Jenama Ariani sememangnya cukup sinonim dengan fesyen hijab tempatan.

Mementingkan elemen Eksklusif, Kesopanan dan Kontemporari dalam setiap rekaan, jenama Ariani mula dikenali sejak tahun 2008 lagi.

Untuk info, Ariani merupakan anak syarikat kepada gedung tekstil terkemuka tanah air iaitu Jakel.

Ariani menghasilkan pelbagai jenis tudung bermula dengan selendang, bawal sehinggalah ke tudung instant, pashmina dan koleksi eksklusif yang boleh digayakan oleh semua peringkat umur dan keadaan.

Menariknya, Datuk Siti Nurhaliza dan Bella Daily diangkat sebagai ikon dan duta kepada tudung berkenaan.

Sehingga hari ini, Ariani mempunyai lebih 15 cawangan di seluruh negara termasuklah di Jakel Mall, Kuala Lumpur dan Wisma Jakel, Shah Alam.

4. AidiJuma (AJ)

Buat wanita yang menggemari tudung bawal, pastinya jenama AidiJuma (AJ) menjadi pilihan dan koleksi peribadi anda.

Dimiliki oleh bekas personaliti TV3 iaitu Norjuma Habib Mohamad, bisnes ini dijalankannya sejak tahun 2012 menerusi syarikat Color Addiction Sdn Bhd.

Kewujudan AidiJuma dalam industri fesyen muslimah dengan menampilkan konsep tudung bawal bercorak ceria dan inovatif secara tidak langsung memberi impak positif kepada pemakaian tudung bawal yang sebelum ini tenggelam ekoran penampilan pelbagai fesyen tudung masa kini.

Salah satu keunikan yang terdapat pada tudung AidiJuma ialah gaya pemakaianya boleh dipelbagaikan seperti twoway, twistandwear dan lain-lain mengikut kehendak dan citarasa si pemakai.

Di samping Bawal Basic (Plain) dan Bawal Tone, AidiJuma turut menghasilkan tudung-tudung yang dicetak khas iaitu Bawal Printed Love dan Bawal Printed Care.

Paling penting, tudung-tudungnya sangat ringkas, mengikut trend dan menawarkan harga serendah RM10.00 dan ke atas.

5. Radiusite

Radiusite merupakan salah satu jenama tudung yang tidak asing lagi di negara kita.

Memulakan bisnes secara atas talian beberapa tahun dahulu, pemiliknya iaitu A’tikah Ash’ari kini boleh tersenyum bangga kerana berjaya memiliki butik-butik sendiri yang terletak di Rawang, Shah Alam, Johor Bahru dan Bandar Baru Bangi.

Antara tudung-tudung yang popular di Radiusite ialah Siti Damia, Shasmeen Sakura, Shasmeen Sofia, Nieysa Shawl, Zora Shawl, Paddle Pop dan banyak lagi

Selain tudung, Radiusite turut menampilkan busana muslimah seperti jubah, blaus dan skirt menerusi label Dreemika dan pakaian kanak-kanak.

azlan-150x150 5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 jenama tudung popular #AidiJuma (AJ) #Ariani #Fareeda #hijab paling popular di malaysia #Jenama Tudung Popular Malaysia #naelofar hijab #Radiusite #tudung malaysia #tudung terkenal di malaysia

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia"