Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Neelofa Meletop

Pengenalan Pengasas Naelofar Hijab

Business-Award-at-the-Tribute-to-Women-Malaysia-2016-1-150x150 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di MalaysiaNaelofar Hijab diasaskan pada bulan September 2014 oleh seorang pelakon dan pengacara terkenal iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Pelakon dan pengacara Neelofa binti Mohd Noor telah membabitkan diri dalam perniagaan hijab yang mendapat sambutan hangat iaitu Naelofar Hijab. Tudung keluaran Neelofa kebanyakannya berbentuk shawl segera. Ciri-ciri kesegeraan dan kecantikan tudung tersebut telah berjaya menambat hati ribuan wanita untuk menjadi pelanggan setianya.

Transformasi peribadi

Pelancaran jenama tudung Naelofa Hijab oleh Neelofa sebenarnya didorong oleh transformasi peribadinya sendiri dan semangat besar beliau dalam bidang fesyen. Dengan pelancaran Naelofar Hijab ini, ia menawarkan penyelesaian yang praktikal dan bergaya untuk wanita Muslim moden.

Kini, jenama Naelofar Hijab telah berkembang pesat di Malaysia dengan pelbagai koleksi yang boleh digayakan dalam pelbagai majlis. Ia ditampilkan dengan 13 gaya tudung dengan 30 warna bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk semua peringkat usia, Naelofar Hijab direka bagi menampilkan hijab sebagai pemakaian yang moden, bergaya dan mudah bagi wanita yang berkeyakinan tinggi. Rekaan tudung milik pengacara dan pelakon Neelofa mungkin pernah dihimpit kontroversi, tetapi ia mungkin ujian tidak berpanjangan apabila jenamanya itu kini dikatakan antara yang paling mendapat tempat di hati peminat.

Pasaran tudung jenama Naelofar Hijab

Naelofar Hijab juga menyasarkan pasaran di peringkat global. Antara Negara yang menjadi pengedar jenama Naelofar Hijab adalah Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Menurut laporan agensi media BBC, sehingga kini hasil jualan rekaan Neelofa iaitu Naelofar Hijab dikatakan mencecah melebihi RM50 juta setahun. Apa yang menarik berkenaan Naelofar Hijab ini ialah harga tudungnya dijual pada harga tidak melebihi RM100.

Selain Neelofa, individu lain yang bertanggungjawab di sebalik pencapaian itu adalah Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, iaitu kakaknya, Noor Nabila binti Mohd Noor. Kini telah terdapat tiga syarikat yang bernaung di bawah jenama ini iaitu Neelofa Enterprise, Neelofa Sdn. Bhd. dan NH Prima International Sdn. Bhd. yang memasarkan jenama tudung Naelofar Hijab melalui stokis dan 700 pengedar di seluruh negara.

Jenama Naelofar Hijab juga turut dijual secara online dan dihantar ke mana-mana tempat di seluruh dunia. Rangkaian network melalui media sosial turut menyumbang kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini, Neelofa mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di Instagram dan 1.6 juta pengikut di Twitter. Pengasas Naelofar Hijab ini berazam untuk menjadikan jenamanya sebagai jenama hijab nombor satu dunia.

Anugerah ikon wanita

Pada tahun 2016, pengasas Naelofar Hijab yang juga artis terkenal, Neelofa, telah menerima anugerah ikon wanita sempena Anugerah ‘Tribute to Women’ Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Pengiktirafan ini membuktikan Neelofa sebagai seorang ikon wanita dan usahawan berjaya.

Dipetik dengan kata-kata pengasas Naelofar Hijab; “Orang yang gagal adalah orang yang takut gagal” membawa maksud agak sama dengan peribahasa “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” iaitu sesebuah kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha.

Biodata pengasas Naelofar Hijab

Nama Penuh : Noor Neelofa binti Mohd Noor

Nama Popular : Neelofa

Asal : Pasir Mas, Kelantan

Tarikh Lahir : 10 Februari 1989

Agama : Islam

Warganegara : Malaysia

Pendidikan Tertinggi : Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, Petaling Jaya)

Keluarga : Anak ketiga daripada 9 adik-beradik

Status : Belum berkahwin

Kerjaya : Usahawan, pengacara dan pelakon

Nama Syarikat : 

  • Neelofa Enterprise
  • Neelofa Sdn. Bhd.
  • NH Prima International Sdn. Bhd.

Jenama : Naelofar Hijab

Logo : logo-naelofa Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Jenis Produk : Tudung, pakaian muslimah
Alamat : Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon : +60 3-7725 0515
Facebook Naelofar Hijab :https://www.facebook.com/naelofarhijabofficial
Laman Naelofar Hijab : http://naelofarhijab.com
Instagram Naelofa Hijab : https://www.instagram.com/naelofarhijab

Lihat Biodata Lengkap Neelofa

Fakta menarik Pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa binti Mohd Noor

  • Pelancaran Naelofa Hijab sebenarnya didorong oleh transformasi peribadinya kepada imej muslimah bertudung dan minatnya dalam bidang fesyen pada 2014.
  • Neelofa telah menceburi pelbagai bidang perniagaan antaranya adalah kanta lekap dengan jenama Lofalens, kasut (LofaHeels) dan produk minuman kesihatan BellaVita.
  • Neelofa telah melancarkan buku berjudul The Chic Codes pada 2016 yang memaparkan jurnal kehidupan Neelofa dan prinsip yang dipegangnya selama ini.
  • Neelofa telah menerima anugerah ikon wanita sempena Anugerah ‘Tribute to Women’ Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Gambar menarik Pengasas Naelofar Hijab

neelofa-pengasas-tudung-naelofar-hijab-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

naelofa-hijab-oleh-pengasas-neelofa-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia pengayaan-tudung-Naelofar-for-ZALORA-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia Naelofar-hijab-for-ZALORA-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia model-tudung-naelofar-oleh-neelofa-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia naelofar-hijab-digayakan-oleh-neelofa-pelakon-pengacara-e1500997237769-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia produk-jenama-naelofar-hijab-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia wajah-pengasas-naelofa-hijab-e1500997267694-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia rekaan-tudung-moden-oleh-neelofa-e1500997285789-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia pengasas-naelofa-hijab-e1500997300823-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia fesyen-naelofa-di-zalora-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia neelofa-queen-of-trends-hijabista-e1500997321989-300x300 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

logo-150x150 Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia

Loading...

Tags: #biodata pengasas tudung naelofar hijab #fakta menarik pengasas jenama tudung naelofar hijab #jenis tudung naelofar hijab #jilbat naelofar hijab #latarbelakang naelofar hijab #model tudung naelofar hijab #naelofar hijab #neelofa majalah hijabista #profil pengasas naelofar hijab #sejarah naelofar hijab #shawl naelofar hijab #usahawan tudung muslimah #zalora naelofar hijab

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Pengasas Naelofar Hijab, Jenama Tudung Popular Di Malaysia"