Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Top Korean Artis Paling Terpengaruh

Saban tahun, majalah ekonomi popular antarabangsa iaitu Forbes Magazine akan mengeluarkan senarai-senarai selebriti paling terpengaruh di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Forbes telah menyenaraikan Top 40 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017 dalam edisi terbaharunya.

Dipetik dari portal Koreaboo.com, penulis kongsikan dengan anda Top 5 selebriti Korea paling terpengaruh pada tahun ini versi Forbes Magazine. Here they are!

5. BTS

BTS-band-korea-300x300 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Kumpulan Bangtan Sonyeondan atau lebih dikenali sebagai BTS meraih tempat kelima selebriti Korea paling terpengaruh 2017.

Dianggotai tujuh anak muda, boyband yang dibentuk pada 13 Jun 2013 ini meriliskan album pertamanya berjudul 2 Cool 4 Skool dimana memperolehi pelbagai anugerah dan penghargaan di persada seni muzik Korea.

Nama BTS semakin mekar mewangi selepas mengeluarkan album kedua iaitu Wings pada 2016 dan berjaya menembusi carta muzik Billboard 200 US dikedudukan ke-26. Ini merupakan pencapaian paling tinggi untuk album muzik K-Pop sepanjang zaman. Daebak, BTS!

4. EXO

EXO-band-2017-300x300 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Jika beberapa tahun lalu mengungguli tempat kelima, kumpulan EXO bangkit ke carta empat sebagai selebriti Korea paling terpengaruh versi Forbes Magazine pada tahun ini.

Bermula dengan 13 ahli kumpulan, boyband yang popular dengan lagu seperti Lucky One, Monster dan Lotto ini kini dibarisi oleh sembilan orang jejaka berjiwa seni.

Mula menjejakkan kaki di pentas seni hiburan mulai 2011, kumpulan ini dikatakan sebagai boyband K-Pop yang mempunyai ramai peminat dan paling setia berbanding fandom yang lain.

3. TWICE

TWICE-band-korea-300x300 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Bukan sahaja berada di tempat ketiga sebagai selebriti Korea paling terpengaruh 2017, bahkan kumpulan Twice adalah girlband nombor satu di Asia pada tahun ini yang popular menerusi lagu berjudul Knock Knock dan Signal.

Debut sejak 2015 dengan album mini bertajuk The Story Begins, kumpulan ini dikenali oleh penikmat muzik K-Pop melalui single Cheer Up yang menguasai beberapa carta radio dan televisyen pada 2016.

Dibentuk menerusi rancangan realiti survival bernama Sixteen, kumpulan yang disertai sembilan ahli kumpulan iaitu Nayeon, Jeongyeon, Jihyo, Sana, Mina, Dahyun, Momo, Chaeyoung dan Tzuyu ini secara rasminya ditubuhkan pada 2015 dibawah pengurusan JYP Entertainment.

2. So Joong Ki

song-joong-ki-korean-actor-e1502547992326-300x300 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Di posisi kedua, selebriti Korea paling terpengaruh 2017 dimiliki oleh pelakon tampan iaitu So Joong Ki. Namanya mula meledak selepas membintangi k-drama popular, Descendants Of The Sun dan The Innocent Man.

Sebelum terjun ke dunia seni hiburan, Joong Ki merupakan atlet luncur laju. Aktor ini bakal menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati bernama Song Hye Kyo pada penghujung Oktober 2017. Congratulation, Oppa!

1. Park Bo Gum

Park-Bo-Gum-2017-face-300x300 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Bagi anda yang pernah menonton k-drama berjudul Hello Monster, Reply 1988 dan Love In The Moonlight, pastinya mengenali jejaka bernama Park Bo Gum ini. Figura ini berjaya menduduki tempat pertama sebagai selebriti Korea paling terpengaruh pada tahun ini.

Sepanjang kariernya, Bo Gum pernah dinobatkan sebagai Most Popular Actor di 53rd Well Baeksang Arts Awards 2017, Best Actor dan Netizen Award di KBS Drama Awards 2016 serta tvN Asia Award di tvN10 Awards 2016.

Selain aktif dalam bidang lakonan, jejaka kacak berusia 24 tahun ini juga seringkali diundang untuk menjayakan beberapa variety show popular Korea seperti Infinite Challenge dan Running Man.

azlan-150x150 Top 5 Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017, Agaknya Siapakah Mereka Ini?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis K-Pop #Artis Korea Paling Terpengaruh 2017 #artis kpop paling berpengaruh #Selebriti K-Pop #Selebriti Korea Paling Terpengaruh 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.