5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Selebriti Lelaki Kekal Kacak Diusia 40 Tahun

Masih ingat dengan artikel 5 Artis Wanita Popular Malaysia Kekal Cantik Di Usia 40-an yang dikongsikan penulis sebelum ini.

Buat kali ini, penulis senaraikan pula 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Kekal Hot Dan Handsome Di Usia 40-an.

Untuk info, kelima-lima artis ini masih lagi aktif berkarya dalam bidang masing-masing sehingga hari ini. Siapa saja mereka, jom kita intai!

1. Norman Hakim

norman-hakim 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Menginjak usia 41 tahun, pemilik nama Mohamed Norhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim tetap kacak dan bergaya.

Memulakan karier sebagai anak seni pada tahun 1996, bintang filem Pasrah, Gila-Gila Pengantin dan Kabali ini kini memiliki tubuh badan yang fit dan sasa.

Di samping aktif berlakon, figura kelahiran Pahang ini melebarkan sayap dalam bidang perniagaan dengan membuka dua bisnes iaitu pusat kecergasan Mr Sado Gym & Fittnes Center dan butik pakaian muslimah bernama Meylana yang diuruskan isteri tercinta, Memey Suhaiza sebagai punca pendapatan mereka.

Wajah bapa kepada lima orang cahaya mata ini boleh ditonton menerusi saluran TV2 (RTM) melalui drama bersiri popular, Gerak Khas.

2. Zarul Umbrella

zarul-umbrella-zarul-husin 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Zarul Umbrella atau kini memggunakan nama pentas sebagai Zarul Husin merupakan antara artis lelaki Malaysia yang masih lagi tampan dan awet muda.

Namanya kembali meledak di industri seni hiburan setelah menyertai program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza (GV) 2016. Menerusi program itu, bekas pramugara Malaysia Airlines yang kini berusia 44 tahun ini merangkul tempat ketiga.

Selepas GV 2016, rezekinya lebih mencurah kepada seni lakonan. Antara drama lakonan anak jati Pasir Puteh, Kelantan ini adalah Cik Serba Tahu, Menantu Malam Raya dan Misteri Sofa Lama.

Banyak lagu popular yang mengangkat namanya termasuklah Ramalanku Benar Belaka, Jangan Pernah, Satu Rasa (duet dengan Marsha Milan), Cuci Tangan, Penyesalan dan Sayang Bersebab.

3. Dato’ AC Mizal

dato-ac-mizal-masih-tampan-pada-usia-40-tahun 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Aktif, Stailo dan Kelakar. Tiga perkataan tersebut muncul di fikiran penulis apabila menggambarkan karakter pengacara tersohor negara, Dato’ AC Mizal.

Meskipun usia mencecah angka 46 tahun, figura tinggi lampai ini sangat bijak dalam berfesyen dan bertenaga apabila mengemudikan sesuatu acara seperti program hiburan ataupun majlis anugerah.

Sebelum terjun ke dunia pengacaraan, AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini merupakan salah seorang ahli kumpulan hip hop popular sekitar awal 90-an iaitu 4U2C.

Selepas itu, anak kelahiran Johor Bahru ini mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Filem pecah panggung iaitu Gerak Khas The Movie sedikit sebanyak melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.

Sepanjang kerjaya seninya, pelantun lagu Paranoid dan Al-Haq ini dinobatkan sebagai Host Meletop di Anugerah Meletop Era 2016 dan 2015, Pengacara Lawak Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2016 dan Pengacara TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014.

4. Yusri Abdul Halim

Yusri-Abdul-Halim-yusri-kru-2017 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Yusri Abdul Halim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada seni hiburan tanah air.

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-44 tahun pada Jun lalu, Yusri kini bahagia bersama suri hatinya iaitu Lisa Surihani dan dua orang cahaya matanya.

Mengetuk pintu seni hiburan bersama dua adik beradiknya iaitu Edry dan Dato’ Norman, mereka bertiga menubuhkan kumpulan rap bernama KRU yang popular dan digilai remaja sekitar 90-an dengan lagu-lagu seperti Awas, Ohh! La La, Generasiku, Fanatik, Perpisahan Terasing dan Terhangat Di Pasaran.

Selain bernyanyi, anak jati Selangor ini juga berbakat dalam bidang lakonan. Pelbagai filem tempatan dilakonkan olehnya termasuklah Ular, Cicakman, Cicakman 2: Planet Hitam, Mr.Cinderella, Lady Boss, Cinta Kolestrol, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan pembaca, Cicakman, Cicakman 2: Planet Hitam, Karak, Hikayat Merong Mahawangsa dan Vikingdom merupakan filem arahan bekas suami Erra Fazira ini.

5. Zamarul Hisyam

Zamarul-Hisyam-dan-keluarga-raya 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Walaupun berusia 46 tahun, Zamarul Hisyam tetap diberikan peluang untuk memegang watak hero sedangkan pelakon lelaki sebayanya kini memegang watak seorang bapa.

Ini kerana, figura kelahiran Kuala Lumpur berkenaan memiliki aura lakonan yang mantap dan tersendiri serta mempunyai wajah yang masih kacak meskipun berumur 40-an.

Sama ada memegang watak baik atau antagonis di dalam drama, telefilem mahupun filem, pasti lakonannya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton.

Bergelar anak wayang selama lebih 20 tahun, suami kepada Diana Rafar ini pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2008 menerusi drama Ihsan dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 18 menerusi filem Di Ambang Misteri.

 

azlan-150x150 5 Artis Lelaki Popular Malaysia Ini Kekal  Hot Dan Handsome Di Usia 40-an

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis lelaki kekal tampan di usia 40 tahun #Artis Lelaki Malaysia #Artis Lelaki Popular Malaysia Kekal Handsome Di Usia 40-an #gambar lelaki malaysia umur 40 tahun #Selebriti Malaysia Ini Kekal Kacak Di Usia 40-an #usia lelaki malaysia 40

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.