Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming

New Spiderman Tom Holland Fact

Buat kaki wayang, pastinya tidak sabar untuk menonton filem terbaharu Spider-Man iaitu Spider-Man: Homecoming yang telah ditayang mulai 6 Julai 2017 di seluruh pawagan berdekatan anda.

Jika sebelum ini dilakonkan oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield, filem terbaharu Marvel ini mempertaruhkan wajah baharu Peter Parker iaitu Tom Holland sebagai lelaki labah-labahnya.

Sebelum membintangi Spider-Man: Homecoming, bintang muda berusia 21 tahun ini pernah menjayakan beberapa filem Hollywood popular seperti The Impossible, The Lost City Of Z, Pilgrimage dan Captain America: Civil War.

Selain Tom, filem superhero ini turut membariskan para pelakon popular antarabangsa seperti Robert Downey Jr, Marisa Tomei, Zendaya, Tony Revolori dan Michael Keaton.

Berikut, penulis kongsikan lima trivia menarik Tom Holland buat tatapan para pembaca. Jom kita semak!

1. Spider-Man Lovers

Kalau nak tahu, Tom sememangnya meminati Spiderman sama ada versi kartun atau filem. Filem Spider-Man yang paling digemarinya adalah The Amazing Spider-Man (2012) yang dibintangi oleh Andrew Garfield.

Malah, jejaka kacak ini turut mengimpikan untuk menerajui watak tersebut jika diberi peluang, Ternyata, impiannya untuk bergelar The Next Spider-Man menjadi realiti.

Untuk rekod, Tom merupakan aktor termuda dalam sejarah pembikinan filem terbitan Marvel ini iaitu 19 tahun sedangkan pelakon Spider-Man sebelumnya iaitu Tobey Maguire berusia 25 tahun dan Andrew Garfield berumur 26 tahun saat membintangi filem box office berkenaan.

2. Lahir Dalam Keluarga Seni

Ayahnya iaitu Dominic Holland merupakan seorang komedian (pelawak), pelakon dan penulis manakala ibunya Nicola Frost adalah jurugambar.

3. Seorang Penari

Selain berlakon, Tom juga merupakan seorang penari. Beliau mula menari di kelas tarian hip hop iaitu di Feet Dance School di Wimbledon, London.

Setelah menjalani latihan selama dua tahun dan menghadiri lapan ujibabakat, Tom akhirnya berjaya menyertai persembahan muzikal berjudul Billy Elliot The Musical. Dalam muzikal itu, Tom membawa watak sebagai sahabat Billy iaitu Michael.

Menariknya, Tom mendapat banyak pujian dan respon positif diatas bakat menari dan lakonannya dalam persembahan musikal itu.

4. Jaguh Back Flip

Bagi menjayakan watak Spider-Man, Tom dituntut untuk memiliki tubuh badan yang fit, cergas dan fleksibel.

Itu bukannya masalah buat jejaka kelahiran British ini kerana Tom sememangnya boleh melakukan pergerakan back flip.

Dia juga seringkali menujukkan kemahiran back flip dengan memuatkan video tersebut di instagram miliknya. Aktor muda juga gemar melakukan aktiviti seperti gimnastik.

5. Filem Pertamanya Adalah The Impossible

Pada tahun 2012, Tom memulakan kerjaya lakonan di layar perak.

Dia ditawarkan membintangi sebuah filem berjudul The Impossible yang diilham oleh kisah benar dari kejadian Tsunami yang terjadi di Thailand.

Filem pertama lakonannya ini turut dijayakan oleh pelakon popular Hollywood iaitu Naomi Watts dan Ewan McGregor.

Menerusi filem ini, Tom mendapat pelbagai pujian dan penghargaan antaranya Best Newcimer dari Empire Awards 2017, Young British Perfomer of the Year dari London Film Critic Circle Awards dan Breakthrough Actor dari National Board of Review.

Sejak itu, Tom menerima pelbagai tawaran lakonan dan menganggap pentas lakonan sebagai periuk nasinya.

Biodata Ringkas Tom Holland

Nama Penuh: Thomas Staley Holland
Nama Komersil: Tom Holland
Tarikh Lahir: 1 Jun 1996
Umur: 21 tahun (2017)
Asal: Kingston upon Thames, England, United Kingdom
Adik Beradik: Anak sulung dari empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Penari
Warganegara: British
Pendidikan: The Brit School of Performing Arts and Technology

Filem: Spider-Man: Homecoming, Captain America: Civil War, The Impossible, Locke, The Lost City Of Z, In The Heart Of The Sea, A Monster Calls, Edge Of Winter, Pilgrimage dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian: Best Performance by a Younger Actor di Saturn Awards 2017 (Captain America: Civil War), Rising Star di British Academy Film Awards 2017, Best Leading Young Actor In A Feature Film di Young Artist Award 2013 (The Impossible) dan Best Newcomer di Empire Awards 2013 (The Impossible).

Media Sosial Tom Holland

Gambar Menarik Tom Holland

Cute-Photo-Spider-Man-Tom-Holland-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming full-hd-tom-holland-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming new-spiderman-tom-holland-hd-wallpaper-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming tom-holland-IG-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming tom-holland-celebrity-wallpaper-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming tpm-holland-spiderman-300x300 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming

azlan-150x150 Tom Holland Watak Terbaharu Peter Parker Dalam Spider-Man: Homecoming

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Tom Holland #new spiderman 2017 #Spider-Man: Homecoming #Tom Holland #tom holland photos #Tom Holland Spiderman 2017 #tom holland wallpaper hd #Trivia Menarik Tom Holland

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.