5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Anak Selebriti Malaysia Popular 2017

Bergelar seorang anak selebriti bukannya mudah. Bukan sahaja ibu bapa diburu cahaya populariti malahan anak-anak turut terkena tempiasnya.

Dari yang kecil hingga dewasa, segala gerak-geri dan aktiviti seharian mereka sentiasa dipandang oleh mata masyarakat kita.

Walaupun tidak terlibat dengan dunia seni hiburan, anak-anak artis tetap menjadi ikutan dan pengaruh di media-media sosial hari ini.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan anda lima si cilik yang popular di Malaysia. Take a look!

1. Lara Alana

lara-alana-photo-300x300 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Siapa yang tidak mengenali buah hati kesayangan pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini.

Si cilik bernama Lara Alana ini sangat popular serta menjadi tumpuan netizen dan pengamal media sejak dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Pusat Perubatan Price Court, Kuala Lumpur.

Video telatahnya yang comel dan lucu turut sensasi di media-media sosial apabila dimuatnaik oleh ibu bapanya di Instagram masing-masing.

Dengan pengaruh yang luar biasa di media sosial, kanak-kanak berusia empat tahun ini menjadi rebutan syarikat-syarikat gergasi berasaskan produk kanak-kanak untuk dilamar sebagai duta produk mereka seperti Dutch Lady Nutriplan, Yakutl Malaysia dan Johnson & Johnson Milk.

Paling menarik, Lara merupakan kanak-kanak pertama di Malaysia yang mempunyai rancangan realiti televisyen tersendiri iaitu Lara Oh Lara yang disiarkan pada Ogos 2016 di Astro Ria 104.

Mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibunya (Scha), si cilik ini sering kali dibandingkan dengan anak bongsu Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Aaisyah. Dhia Rana.

Popular dengan nama jolokan sebagai Datin, Lara mempunyai 2.8 juta pengikut di Instagram miliknya.

2. Yusuf Iskandar

Yusuf-Iskandar-photo-300x300 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Walaupun masing kecil, Yusuf Iskandar mempunyai ramai peminat di luar sana.

Kalau nak tahu, si cilik ini mempunyai 1.6 juta follower di Instagramnya yang diaktifkan sejak 4 Julai 2016 lalu.

Pernah dinobatkan sebagai Si Cilik Meletop di Anugerah Meletop Era 2017, Yusuf merupakan putera sulung kepada popular tempatan iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Dilahirkan pada 3 Jun 2016 dengan berat 3.85 kilogram, kanak-kanak ini juga mempunyai realiti televisyen berjudul Hairul Hanis Junior yang memaparkan perjalanan ibubapanya berkongsi detik kelahiran Yusuf.

Selain foto-fotonya yang lucu dan stailo, Yusuf juga mempunyai kucing kesayangan yang bernama Bujibu Chempel.

3. Aaisyah Dhia Rana

Aaisyah-Dhia-Rana-anak-che-ta-300x300 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Jika anda menonton rancangan Little Princess Aaisyah yang disiarkan di Astro Ria, pastinya mengenali kanak-kanak comel berusia empat tahun ini.

Dilahirkan pada 1 November 2014, Aaisyah Dhia Rana ini merupakan anak kepada pasangan merpati dua sejoli iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Si cilik turut mempunyai dua orang abang yang kacak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra (anak hasil perkahwinan Che Ta terdahulu).

Di samping kecomelannya, Aaisyah yang memiliki wajah pan asia sangat bijak bergaya di depan kamera terutamanya apabila memakai kaca mata dan beg tangan mewah kanak-kanak. Pendek kata, kalah super model terkenal.

Untuk info, Aaisyah mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram miliknya.

4. Sri Aileen Marissa

Sri-Aileen-Marissa-photo-300x300 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Dilahirkan di dalam keluarga berdarah seni, Sri Aileen Marissa atau mesra disapa Sri turut terjun dalam bidang lakonan walaupun usianya terlalu muda.

Untuk pengetahuan pembaca, Sri pernah berlakon sebagai Baby Qalish di dalam drama bersiri popular iaitu Sayang Papa Saya Tak? dimana merupakan kemunculan pertamanya sebagai anak seni.

Terkenal dengan pipi pau dan rambut kerintingnya, kanak-kakak perempuan ini merupakan anak sulung dari Yaya Maembong dan Wan Raja serta anak saudara kepada Emma Dan Cha Cha Maembong.

Memiliki lebih 200,000 follower di Instagramnya, Sri pernah dikuaratinkan oleh pihak hospital kerana tertelan najis ketika proses bersalin.

5. Aisy Mateen

Aisy-Mateen-photo-300x300 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Aisy Mateen yang dilahirkan pada 21 Julai 2016 adalah anak kepada bintang filem Adnan Sempit dan Bini Biniku Gangster iaitu Yana Samsudin bersama pasangannya, Fadzil Bahari Zahari.

Si cilik ini sangat popular di instagram disebabkan matanya yang sepet serta memiliki pipi yang bulat dan tembam seakan-akan watak kartun terkenal iaitu Shin Chan.

Meskipun berusia baru setahun lebih, Aisy Mateen mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagramnya.

Sama seperti Yusuf Iskandar, kanak-kanak ini juga memiliki kucing peliharaan yang popular bernama Pandarudin iaitu kucing berbaka Siam.

azlan-150x150 5 Anak Selebriti Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial Dan Mempunyai Ramai Follower!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aaisyah Dhia Rana #Aisy Mateen #anak selebriti malaysia #Anak Selebriti Popular Malaysia #Lara Alana #Si Cilik Ini Sangat Berpengaruh Di Media Sosial #Si Cilik Selebriti Popular Di Malaysia #Sri Aileen Marissa #Yusuf Iskandar

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.