Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Gambar Ed Sheeran

Shape Of You, Sing dan Thinking Out Loud merupakan antara untaian hits penyanyi popular antarabangsa, Ed Sheeran atau nama lengkapnya iaitu Edward Christopher Sheeran.

Memulakan langkah sebagai seorang penyanyi sejak 2005, figura kelahiran British ini merupakan salah seorang ikon muzik yang berpengaruh di arena seni hiburan hari ini. 

Sepanjang bergelar anak seni selama 12 tahun, anak bongsu dari dua beradik ini telah menerima pelbagai anugerah antaranya Lagu Terbaik Sepanjang Tahun dan Persembahan Pop Solo di Grammy Awards 2016 (Thinking Out Loud), Artis Antarabangsa Terbaik di iHeartRadio Much Music Video Award 2015 (Thinking Out Loud) dan Muzik Video Terbaik di MTV Music Awards 2014 (Sing).

Selain menyanyi, pelantun lagu Photograph ini juga berbakat besar dalam menulis lirik lagu.

Di samping menyanyikan lagu ciptaannya, Ed turut menghasilkan lirik lagu kepada artis-artis lain. Antaranya, Little Things (1 Direction), Love Yourself (Justin Bieber), Everything Has Changed (Taylor Swift), Dark Times (The Weeknd), Love Shine Down (Olly Murs) dan I Was Made For Loving You (Tory Kelly).

Jom intai 5 trivia menarik tentang Ed Sheeran yang kini dikatakan hangat bercinta dengan Cherry Seaborn yang merupakan bekas rakan sekelasnya.

1. Lahir Dari Keluarga Seni

Kalau nak tahu, Ed dilahirkan dalam keluarga berdarah seni. Bapanya merupakan kurator seni manakala ibunya bekerja sebagai pereka barang perhiasan. Abangnya iaitu Matthew Sheeran adalah seorang komposer muzik klasik.

2. Pengumpul gitar

Sebagai penyanyi dan pemuzik, Ed juga mempunyai pelbagai jenis gitar. Menariknya, semua gitar yang dimilikinya mempunyai nama tersendiri. Antara nama gitar-gitarnya ialah James The Second, Lloyd, Keith, Nigel, Trevol, Felix dan Cyril.

3. Memiliki seekor ‘kucing selebriti’

Ed juga memiliki seekor kucing belaan yang diberi nama Graham. Pelantun lagu Shape Of You turut membuka sebuah akaun Twitter khusus buat kucing berkenaan di bawah nama @GrahamShizza. Paling menarik, populariti Graham melonjak ke seluruh dunia sebagai kucing selebriti kerana telah diikuti lebih 70,000 pengikut di Twitternya.

4. Hampir menukarkan namanya

Pernah terdetik untuk menukarkan namanya kepada Redwart bagi memulakan kehidupannya sebagai seorang anak seni satu masa dahulu.

5. Diikitiraf oleh Ratu Elizabeth II

Dipetik dari portal berita luar negara iaitu Telegraph, Ed telah menerima penghargaan sebagai Member of the Most Excellent Order of the British Empire (MBE) oleh Ratu Elizabeth II awal Jun 2017 lalu. Penghargaan yang diterima Ed adalah sebagai tanda penghormatan yang diberikan oleh Kerajaan British dalam rangka meraikan sambutan ulang tahun Ratu Elizabeth II selaian pencapaian cemerlangnya dalam karier muzik di Grammy Awards dan Brit Awards.

Biodata Ringkas Ed Sheeran

Nama Penuh: Edward Christopher Sheeran
Nama Komersil: Ed Sheeran
Tarikh Lahir: 17 Februari 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Zodiak: Aquarius
Asal: Hedben Bridge, United Kingdom, British
Adik Beradik: Anak bongsu dari dua beradik
Kerjaya: Penyanyi dan Penulis Lirik
Genre Muzik: Pop
Kelab Peminat: Sherrios

Lagu: Shape Of You, Sing, Thinking Out Loud, Photograph, You Need Me I Dont Need You, The A Team, Lego House, Runaway, Wake Me Up, Kiss Me, Give Me Love, Little Bird, Autumn Leaves, I See Fire, Grade 8, Take Is Back dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian: Lagu Terbaik Sepanjang Tahun dan Persembahan Pop Solo di Grammy Awards 2016 (Thinking Out Loud), Artis Solo Terbaik British di Brit Awards 2015 dan 2012, Artis Antarabangsa Terbaik di iHeartRadio Much Music Video Award 2015 (Thinking Out Loud), Muzik Video Terbaik di MTV Music Awards 2014 (Sing), dan banyak lagi.

Sosial Media Ed Sheeran

Gambar Menarik Ed Sheeran

download-Ed-Sheeran-HD-Wallpapers-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! ed-sheeran-face-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! Ed-Sheeran-HD-Wallpapers-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! Ed-Sheeran-sing-HD-Wallpapers-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! ed-sheeran-wallpaper-desktop-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! guitar-Ed-Sheeran-HD-Wallpapers-300x300 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

azlan-150x150 Ed Sheeran, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ed Sheeran #Ed Sheeran #ed sheeran albums #ed sheeran divide #ed sheeran perfect #ed sheeran photograph #ed sheeran shape of you #ed sheeran song #ed sheeran thinking out loud #ed sheeran youtube #foto ed sheeran #penyanyi ed sheeran #Profil Ed Sheeran #Trivia Menarik Ed Sheeran #wallpaper ed sheeran

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.