Panduan Solat Sunat Tasbih Lengkap

Panduan Solat Tasbih

Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat.

Tasbihnya ialah :

tasbih-solat-tasbih-sq Panduan Solat Sunat Tasbih Lengkap

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”

Masa Untuk Menunaikan Solat Tasbih :

Malam atau siang. Sekiranya waktu malam hendaklah dikerjakan 4 rakaat dua salam. Apabila dilakukan pada waktu siang hendaklah dikerjakan 4 rakaat satu salama sahaja.

Lafaz niatnya :

niatTasbih Panduan Solat Sunat Tasbih Lengkap

“Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala”

Bacaan pada rakaat yang pertama :

Surah Yasin

Bacaan pada rakaat yang kedua :

Surah al-Waqiah

Bacaan pada rakaat yang ketiga :

Surah al-Dukhan

Bacaan pada rakaat yang keempat :

Surah al-Mulk

Ataupun boleh dibaca surah :

Al-Dhuha

Al-Insyirah

Al-kautsar

Al-Nasr

Ataupun surah :

Al-Zalzalah

Al-‘Adiat

Al-Nasr

Al-Ikhlas

Ataupun surah :

Al-Takathur

Al-‘Asr

Al-Kafirun

Al-Ikhlas

Cara Melaksanakannya :

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat dibaca 75 kali tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

  1. Selepas selesai membaca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, barulah dibaca tasbih sebnayak 15 kali ataupun membaca tasbih selepas doa iftitah sebanyak 15 kali. Kemudian setelah membaca surah bacalah pula tasbih 10 kali. (Kemudian tidak perlu lagi membacanya semasa duduk istirahat)
  2. Semasa rukuk, sesudah membaca bacaannya, baca tasbih 10 kali
  3. Semasa iktidal dibaca tasbih 10 kali
  4. Semasa sujud dibaca tasbih 10 kali
  5. Duduk antara 2 sujud dibaca tasbih 10 kali
  6. Sujud yang kedua dibaca tasbih 10 kali
  7. Apabila hendak berdiri semula (semasa duduk istirahat) dibaca tasbih 10 kali.

Jumlah-Bacaan-tasbih Panduan Solat Sunat Tasbih Lengkap

Maka jumlah tasbih kesemuanya dalam dalam satu rakaat yang pertama ialah 75 tasbih. Dan begitulah seterusnya pada rakaat kedua, ketiga dan keempat.

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada sesetengah tempat bolehlah dibaca di tempat rukun berikutnya untuk tidak mengurangkan tasbih sebagaimana yang telah ditetapkan.

Rujukan :
Dato’ Ismail Kamus (2009), “Indahnya Hidup Bersyariah : Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat”. Kuala Lumpur : Telaga Biru.
Baharuddin Ayudin (2010), “Himpunan Zikir daripada al-Kitab dan al-Sunnah”. Edisi Bahasa Melayu. Sepang, Selangor : Penerbitan Salafi.
Gambar raudhahjiwa.blogspot.my (2016)
Loading...

Tags: #amalan #cara solat tasbih #panduan solat #panduan solat sunat #panduan solat sunat tasbih #sholat tasbih #solat sunat tasbih #solat tasbih #tasbih solat

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.