Teks Bacaan Doa Sempena Peperiksaan

Doa Terangi Hati Menjawab Soalan Peperiksaan

Teks bacaan doa sempena peperiksaan. Berikut adalah dua contoh teks bacaan doa untuk dibacakan sebelum menduduki peperiksaan dan diaminkan secara beramai-ramai.

  • DOA (1)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ

عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ  وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

اللهم انت العزيز الجليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يارافع الدرجات وياقاضي الحاجات

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua. Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.

يا ال يا رحمن يا رحيم

Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu  dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • DOA (2)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

يا ال يا رحمن يا رحيم

Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya Matahari  selama-lamanya

يا ال يا حكيم يا حليم

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau  biarkan kami melupainya.

يا ال يا غفار

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

يا ال يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami, justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

اللّهُمّ لَ سَهْلَ إِلّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَه ً ْل

رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار

وصلى ال على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

وَالْحَمْدُ ِلِ رَبّ الْعَالَـمِيْن

 

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #bacaan doa #berdoa #contoh doa-doa #doa #doa penerang hati #doa terangi hati menjawab soalan peperiksaan #panduan doa #teks bacaan doa #teks bacaan doa sempena peperiksaan #teks doa

Cara Mengerjakan Solat Jamak & Solat Qasar
Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah
Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seorang Muslim
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
Cara Mengesan Gangguan Jin Dalam Tubuh Anak
Untuk membendung gangguan jin pada anak, cegahlah dengan anak-anak supaya tidak keluar pada
5 Manfaat Disebalik Air Zam Zam
Air Zam Zam sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia.

Comments are closed.