Biodata Haida Hafiz, Bintang GV4 Yang Popular Menerusi Lagu Zapin Usik Mengusik

Biodata Haida Hafiz Bintang GV4

Haida Hafiz, satu nama yang agak asing di minda para peminat tempatan berbanding lagu berhantunya Zapin Usik Mengusik yang dinyanyikan bersama kumpulan Senario sedekad yang lalu.

Meskipun beberapa kali membuat comeback, ternyata bakatnya belum bersinar terang di lapangan seni nyanyian negara sebelum ini.

Jenamanya mula dikenali ramai apabila menyertai program Gegar Vaganza 4 (GV4) yang disiarkan di saluran Astro Ria 104 setiap Ahad bermula 9.00 malam mulai 29 Oktober 2017.

Sepanjang beraksi di pentas GV4, anak kelahiran Klang, Selangor ini telah berjaya membuka mata netizen dan pengiat seni tanah air bahawa dirinya boleh menyanyi pelbagai jenis lagi selain Irama Malaysia dan Pop Etnik.

Paling diingati, persembahannya di minggu kedua dan ketiga yang berhasil memukau para penonton dan juri profesional dengan vokal yang mantap serta tersendiri.

Sayangnya, gegaran wanita berusia 36 tahun ini terhenti kerana tersingkir di minggu keempat selepas mendendangkan lagu dangdut, Memori Daun Pisang bersama artis undangan iaitu Ezad Lazim.

Dalam perkembangan terkini, Haida bakal mengeluarkan single terbaharunya tidak lama lagi yang turut mendapat sentuhan magis Hafiz Hamidun.

Jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik si cantik berbintang Capricorn ini meskipun tidak banyak informasi yang diperolehi tentang beliau. Let’s find out!

Biodata Ringkas Haida Hafiz

Nama Penuh: Noor Haida Mohd Idris
Nama Komersil: Haida Hafiz/Haida
Umur: 36 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 16 Januari 1981
Zodiak: Capricorn
Asal: Port Klang, Selangor
Kerjaya: Penyanyi & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Zapin Usik Mengusik (duet bersama Senario), Dikir Rambong, 5 Tahun Saja, Kekasihku Milik Orang

Laman Media Sosial Haida Hafiz

Trivia Menarik Tentang Haida Hafiz

  • Pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya pada 2004 sebelum bercerai pada tujuh tahun kemudian.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Haida dan bekas suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Al Hafiz yang kini berusia 11 tahun.
  • Beliau kini bernaung dibawah label kepada Yuni Shara Entertainment.
  • Selain Yuni Shara Entertainment, Haida pernah bergelar artis rakaman di bawah naungan Suria Record dan Ambang Klasik.
  • Turut mempunyai kelab peminat tersendiri iaitu Haida Hafiz Fan Club.
  • Memiliki lebih 18,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Haida Hafiz, Bintang GV4 Yang Popular Menerusi Lagu Zapin Usik Mengusik

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Haida Hafiz #Gegar Vaganza 2017 #Haida Hafiz #Haida Hafiz Bintang Gegar Vaganza 4 #haida hafiz biodata #Haida Hafiz GV4 #haida hafiz instagram #haida hafiz wiki #haida lagu hajat #Haida Penyanyi Lagu Zapin Usik Mengusik #Kenali Haida Hafiz #Profil Haida #Siapa Haida Hafiz #Zapin Usik Mengusik

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.