Makhluk Yang Bakal Muncul, Peristiwa Akhir Zaman

Makhluk Yang Bakal Muncul Di Akhir Zaman

Hari kiamat adalah hari akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Hari kiamat adalah hari yang mana langit akan terbelah, planet-planet dengan huru-haranya berterbangan, bintang-bintang berjatuhan, gunung-gunung hancur, matahari digulung, binatang-binatang liar telah dikumpulkan, lautan-lautan meluap, roh-roh dipertemukan dengan badan, neraka dinyalakan, syurga telah didekatkan dan bumi diratakan.

Khabar tentang terjadinya Hari Kiamat sudah tertulis dalam al-Qur’an dan al-hadis. Menjelang terjadinya Kiamat besar, maka akan terjadi petaka dan huru-hara yang akan melanda manusia khususnya umat Islam. Dalam Al-Quran, sebelum datangnya Kiamat, ada beberapa makhluk yang sudah dijadualkan untuk hadir menemani manusia.

Ada yang tugasnya untuk membawa manusia pada keburukan, ada juga yang membawa pada kebaikan. Berikut adalah ulasan tentang makhluk-makhluk yang akan muncul sebagai tanda kiamat sudah dekat!

  • Al-Masih Dajjal

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata;

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Dajjal akan muncul pada umatku… (lalu dia menuturkan hadis, dan di dalamnya:) lalu Allah mengutus ‘Isa bin Maryam seakan-akan ia adalah ‘Urwah bin Mas’ud, kemudian dia mencarinya dan membinasakannya.”

Imam Ahmad dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Majma’ bin Jariyah al-Anshari RA, dia berkata,

“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Ibnu Maryam akan membunuh Dajjal di pintu Ludd.”

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dari an-Nawwas bin Sam’an RA, sebuah hadits yang panjang tentang Dajjal dan di dalamnya terdapat kisah turunnya Nabi ‘Isa dan terbunuhnya Dajjal, dan di dalamnya ada sabda Nabi SAW:

“Orang kafir yang mencium aroma nafasnya akan mati, dan aroma nafas-nya dapat tercium sejauh pandangannya. Lalu dia mencarinya, sehingga men-dapatkannya di pintu Ludd, kemudian dia membunuhnya.”

Keluarnya Dajjal merupakan antara tanda datangnya Kiamat. Fitnah (cubaan) yang ditimbulkan oleh Dajjal adalah seberat-beratanya ujian yang akan dihadapi manusia. Dajjal dinamakan Al Masih kerana salah satu matanya terusap/ tertutup (ertinya: buta sebelah). Disebutkan pula bahawa ia dinamakan Al Masih kerana  dia mengusap/ melewati Bumi selama empat puluh hari.

  • Isa bin Maryam

Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya.

  • Yakjuj dan Makjuj

Allah SWT berfirman :

“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari Kebangkitan), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang kafir. (Mereka berkata,) ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.” [surah Al-Anbiyaa’: ayat 96-97]

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj adalah keburukan yang dekat yang telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW. Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj dan Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj dan Makjuj dari keluar di sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu.

Akan tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj dan Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj dan Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi.

  • Imam Mahdi

Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, iaitu anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata:

“Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama.”

Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya.”

Imam Mahdi adalah seorang Quraisy yang muncul di akhir zaman untuk memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezzaliman. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.

  • Dabbat al-Ard

Dabbat al-Ard merupakan binatang buas yang muncul dari perut bumi. Setelah terbitnya Matahari dari ufuk sebelah barat, keluarnya binatang yang melata dari perut bumi iaitu Dabbat al-Ard. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.

  • Azazil

Sebelum diciptakannya Adam, Azazil pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat) dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Syurga). Sebelum dilaknat oleh Allah, Azazil memiliki wajah rupawan, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, terbanyak dalam hal ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan dia juga pemimpin para malaikat dan masih banyak lagi.

Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah menjadi bentuk seperti babi hutan. Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai. Azazil diberi umur hingga hari akhir Kiamat. Dengan janji untuk menyesatkan manusia sebanyak mungkin dan menemaninya di neraka Jahannam kelak.

Setelah ditiupkan sangkakala pertama, Allah SWT berfirman kepada malaikat maut,

“Pakailah pakaian kemurkaanKu dan bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah.”

Malaikat maut turun ke bumi Allah SWT dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Azazil mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Azazil dikepung di tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu dibentaknya Azazil dan dicabutnya nyawanya secara kasar dan paksa lagi mengerikan. Menjeritlah ia dan matilah ia di sana.

Loading...

Tags: #akhir zaman #al masi #al Masih Dajjal #Azazil #Dabbat al Ard #Dajjal #dalil tentang dajjal #dalil tentang yakjuj makjuj #iblis #imam mahdi #Isa bin Maryam #makhluk akhir zaman #makhluk keluar dari perut bumi #makhluk yang akan muncul di akhir zaman #Makhluk Yang Bakal Muncul Di Akhir Zaman #makhluk yang muncul menjelang Kiamat #muncul 6 makhluk ini sebelum Kiamat #peristiwa akhir zaman #Tanda kiamat #Yakjuj dan Makjuj

Amalan Mudah Mendapat Jodoh. Yang Belum Berpunya Boleh Cuba Petua Ini!
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Badal haji. Ini Syarat Yang Membolehkannya Dilakukan
Pengertian Badal Haji Badal ertinya ‘ganti’,’pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji

Leave a reply "Makhluk Yang Bakal Muncul, Peristiwa Akhir Zaman"