Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

Pokok Bunga Kertas atau Bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Pokok bunga ini berasal dari Amerika Selatan. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainvillea, seorang Komander Laut Perancis.

Terdapat tiga spesies utama Bougainvillea di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis. Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna.

Untuk membiakkan pokok bunga kertas, terdapat dua cara yang digunakan iaitu melalui keratan batang dan cantuman baji. Berikut adalah cara dan panduan untuk menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang.

Menanam pokok bunga kertas secara keratan batang

Secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:

  • Keratan kayu lembut
  • Keratan kayu sederhana keras
  • Keratan kayu keras

Boleh rujuk gambar di bawah.

Jadual Menanam Pokok Bunga Kertas Secara Keratan Batang

Berikut adalah cara keratan kayu keras.

  1. Potong bahagian berkayu. Pastikan pisau yang digunakan adalah tajam, sebaik-baiknya gunakan scateurs. Setelah potong buang semua pucuk dan ranting.

Bunga Kertas 1

  1. Kemudian potong batang (bottom) secara 45 darjah atau secara serong.

Bunga Kertas Tanam 2

  1. Isikan medium tanaman ke dalam pasu kecil.

Bunga Kertas Keratan 3

  1. Celupkan bahagian yang telah dipotong tadi dengan hormon penggalak akar. Contohnya seradix. Selain menggunakan hormon penggalak akar, anda juga boleh menggunakan madu atau serbuk kayu manis.

Bunga Kertas Hormon 4

  1. Cucukkan keratan yang ke dalam tanah lebih kurang 2 hingga 3 inci, di tengah-tengah pasu. Kemaskan tanah dengan tangan agar struktur tanah lebih kukuh.

Penanaman Bunga Kertas 5

  1. Siramkan pasu dengan air.

Cara Tanam Bunga Kertas 6

  1. Pada peringkat permulaan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Siram secara konsisten. Pokok bunga kertas adalah tanaman yang tumbuh dengan perlahan. Maka, ia mengambi masa 6 hingga 12 minggu untuk akar mula tumbuh dengan baik.
  2. Selepas 4 bulan, inilah pokok bunga kertas yang ditanam dengan keratan batang.

Daun Bunga Kertas 7

  1. Pindahkan pokok ke tempat yang memberi sinaran matahari terus untuk pembungaan yang maksimum dan baik selepas 3 hingga 4 bulan.

Carian Berkaitan

cara tanam pokok bunga kertas keratan batang
Loading...

Tags: #asal bunga kertas #bagaimana tanam bunga kertas #Bougainvillea di Malaysia #bouganvilla #bourgainvillea #bunga kertas #Bunga Kertas Anda Ingin Cepat Tumbuh #cara mananam bunga kertas #Cara Menanam Bunga Kertas Agar Cepat Tumbuh #Cara Menanam Bunga Kertas Bougenville dalam Pot #Cara menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #jenis keratan batang #Keratan Batang bunga kertas #membiakkan bunga kertas #menanam bunga kertas #Panduan Cara Menanam Bunga Kertas Bergambar #panduan menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #Pokok Bunga Kertas #teknik tanam bunga kertas #Tips Tanam dan Jaga Bunga Kertas #tutorial menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #variasi bunga kertas

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Leave a reply "Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang"