Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak?

Sayang Papa Tak Novel Drama

Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak?

Nantikan kemunculan drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Membawakan gandingan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama.

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Drama ini turut membariskan pelakon seperti Hisyam Hamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Wan Sharmila, Izara Aishah, Eleena Sui, Fahad Iman, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Februari tahun hadapan.

Watak Drama

Hisyam Hamid (Farish)
Emma Maembong (Raisya)
Wan Sharmila (Azyan)
Izara Aishah (Kasih)
Eleena Sui (Aleya)

Ringkasan

Judul : Sayang Papa Saya Tak?
Bilangan episod: 16 episod
Tarikh : February 2017
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Karya Novel : Hanni Ramsul
Pengarah : Amie Maziah
Terbitan : Suhan Movies & Trading

emma-maembong-dan-hisyam-hamid-150x150 Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak? sayang-papa-saya-tak-150x150 Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak?

Pelakon-Sayang-Papa-Saya-Tak-1-150x150 Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak? Pelakon-Sayang-Papa-Saya-Tak-150x150 Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak?

Loading...

Tags: #drama 2017 Sayang Papa Saya Tak? #Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak? #eleena sui #Emma Maembong #hisyam hamid #izara aishah #novel Sayang Papa Saya Tak? #pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? #senarai pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? #sinopsis Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak? #wan sharmila

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak?"