Cara Solat Sunat Dhuha, Doa Dan Kelebihannya

Cara Solat Dhuha Lengkap

Solat Dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zohor. Solat dhuha dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat. Solat ini dikenal sebagai solat sunat untuk memohon kemurahan rezeki daripada Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali R.A. katanya, bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit matahari dua rakaat dan juga tatkala matahari naik pertengahan sedikit, baginda melakukan sebanyak empat rakaat.

Lafaz niatnya :

اُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usholli sunnatad dhuhaa rok’ataini lillaahi ta’aala

“Sengaja aku solat sunat dhuha dua rakaat keranana Allah ta’ala”

Bacaannya :

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah surah al-Syams. Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah baca surah al-Dhuha.

Doa solat dhuha :

Selepas memberi salam, bacalah doa ini

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Allaahumma innadh dhuhaa-a dhuhaa-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ‘ishmata ‘ishmatuka. Allaahuma inkaana rizqii fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’assaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’iidan fa qarribhu, bihaqqi duhaa-ika wa bahaa-ika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatinii maa ataita ‘ibaadakash shaalihiin.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Kelebihan solat sunat dhuha :

Solat dhuha memiliki keutamaan dan faedah yang sangat agung

  1. Orang yang mengerjakan solat Dhuha selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan dari Allah  sepanjang hari.
  2. Dosa-dosanya dihapuskan.
  3. Terjaga dari perbuatan-perbuatan buruk.
  4. Dimasukkan ke dalam golongan muhsinin (orang-orang berbuat ihsan), ahli ibadah dan menjadi golongan yang beruntung.
  5. Dibangunkan rumah di dalam syurga.
  6. Memperoleh pahala seperti pahala menunaikan haji dan umrah; serta sepadan dengan sedekah 360 kali. Pahadal sedekah ini menjadi kewajiban setiap ruas tubuh manusia setiap harinya.
Rujukan : Dato’ Ismail Kamus (2009), “Indahnya Hidup Bersyariah : Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat”. Kuala Lumpur : Telaga Biru.
IMG_20171206_114610-150x150 Cara Solat Sunat Dhuha, Doa Dan Kelebihannya

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara mengerjakan solat dhuha #doa solat dhuha #kelebihan solat dhuha #khaifiat solat sunat #panduan solat dhuha #panduan solat sunat #waktu solat dhuha

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.