6 Istilah Wajib Anda Ketahui Jika Ingin Bergelar Seorang Wartawan

Kerja Sebagai Wartawan

Dunia kewartawanan sangat menyeronokkan. Dengan kepesatan teknologi hari ini, lapangan kewartawanan bukan hanya tertumpu pada surat khabar, televisyen ataupun radio malahan kearah yang lebih digital iaitu secara atas talian (online).

Saban hari, para wartawan akan menjalani pelbagai cabaran baru yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan bahan berita yang dikehendaki.

Selain dapat berjumpa dengan pemimipin negara dan selebriti terkenal tanah air, wartawan juga memain peranan penting dalam menyebarkan sesuatu maklumat terkini kepada masyarakat.

Nah, enam istilah wajib ini perlu anda ketahui jika bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan.

1. Editor

Orang yang bertanggungjawab dalam menyunting atau mengedit berita yang dihantar oleh wartawan sebelum dimasukkan dalam portal berita atau surat khabar. Untuk info, editor merupakan seorang wartawan senior yang mempunyai lebih lima tahun pengalaman dalam industri kewartawanan.

2. Assignment

Assignment merupakan nama lain kepada tugasan yang diberikan oleh editor kepada seseorang wartawan. Kebiasaannya, satu atau dua assignment akan ditugaskan kepada wartawan untuk diselesaikan setiap hari sama ada menghadiri sebuah majlis, menemubual pemimpin negara atau membuat susulan kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh bagi dijadikan bahan berita untuk para pembaca akhbar atau portal berita.

3. Siaran Akhbar (Media Release)

Siaran Akhbar atau Media Release adalah kenyataan bertulis atau rakaman sesuatu pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan kepada agensi berita atau organisasi media. Siaran-siaran tersebut biasanya dihantar melalui emel atau mesin faks bagi menjemput atau mengumumkan sesuatu projek terkini, acara atau kenyataan.

4. Jolok

Perkataan yang seringkali digunakan oleh seluruh wartawan dan pengamal media di Malaysia. Jolok ialah istilah yang digunapakai apabila seseorang atau sekumpulan wartawan menemuramah ‘sumber berita’ dalam sidang media atau press conference (PC) untuk mendapatkan bahan berita.

5. Ketuk Story

Bukan mengetuk sesuatu tetapi menulis berita dengan menggunakan telefon bimbit, laptop peribadi atau komputer di pejabat. Berdasarkan pengalaman penulis, para wartawan akan menyiapkan segera berita yang ditugaskan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing di tempat assigment sebelum kembali ke pejabat.

6. Deadline

Perkataan yang paling menyeramkan semua wartawan di dunia ini. Deadline merujuk kepada tarikh akhir sesuatu tugasan yang perlu dihantar oleh para wartawan kepada editornya. Selalunya, istilah ini digunakan oleh wartawan rencana dimana penulisan sesebuah rencana mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan sebelum di terbitkan.

azlan-150x150 6 Istilah Wajib Anda Ketahui Jika Ingin Bergelar Seorang Wartawan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Istilah Wartawan Perlu Anda Ketahui #kerja sebagai wartawan #Ketahui Istilah Kewartawanan #kewartawanan #reporter #wartawan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.