4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

Artis Wanita Malaysia

Kejayaan sebuah drama, telefilem mahupun filem bukannya bergantung kepada hero dan heroin semata-mata malahan dibantu oleh watak-watak pembantunya seperti watak antagonis atau jahat.

Bukan sahaja menghidupkan lagi jalan cerita, watak antagonis juga mampu mencuri perhatian sehingga meninggalkan bekas di jiwa para penonton.

Untuk kali ini, penulis kongsikan dengan anda tentang 4 pelakon wanita Malaysia masa kini yang sukses membawa watak antagonis. Here they are!

1. Raja Ilya

wajah-raja-ilya-pelakon-cantik-300x300 4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya merupakan salah satu pelakon wanita popular yang sinonim dengan watak-watak antagonis. Tidak takut dicop sebagai wanita jahat, figura berusia 32 tahun ini semakin selesa dan yakin apabila diberikan peluang membawa karakter antagonis sama ada di dalam drama, telefilem atau filem tempatan.

“Jika dulu, saya memang sangat risau kalau perlu membawakan watak jahat. Tetapi, selepas beberapa kali membawakan watak sebegitu, keyakinan untuk membawa watak jahat semakin meningkat. Malah, saya sudah tidak kisah lagi jika dibenci peminat kerana itu membuktikan lakonan saya ‘menjadi’,” katanya. – Sinar Harian.

Dek penangan watak antagonis, finalis program nyanyian Gempak Superstar ini dikenali ramai dan mempunyai peminatnya tersendiri. Sehingga kini, aktres berwajah Bollywood mempunyai lebih 400,000 pengikut di instagram miliknya.

Antara drama yang menampilkan dirinya sebagai watak antagonis adalah Syurga Nur, Cinta Ibadah, Tuan Anas Mikael dan Lorong Kecil Ke Syurga.

Menariknya, anak jati Perak ini turut dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015 menerusi drama Lorong Kecil Ke Syurga.

2. Nonny Nadirah

Nonny-Nadirah-nonny-af-300x300 4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

Siapa tidak mengenali pelakon cantik dan berkulit putih melepak bernama Nonny Nadirah ini. Lahir dari program realiti nyanyian Akademi Fantasia 5 (AF5), namun tuah Nonny lebih menyerlah ke arah bidang lakonan.

Seringkali disogok dengan watak yang jahat, kejam dan penuh kebencian, bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini tetap positif dan menganggapnya sebagai rezeki yang tertulis buat dirinya di arena seni lakonan.

“Saya seronok bawa watak jahat. Sebabnya, tidak semua pelakon yang mampu menjayakan watak antagonis. Memanglah ramai yang membenci sehinggakan ada yang memaki hamun saya di laman sosial. Malah, ada juga yang menjeling saya tatkala berjumpa, namun saya bersyukur kerana pihak penerbit mempercayai bakat saya dan penonton menyukai lakonan saya,” katanya. – Kosmo Ahad

Lara Terindah, Dia Isteri Luar Biasa dan Cinta Hati Abah dan Istikharah Cinta merupakan sebahagian drama bersiri yang dijayakan oleh Nonny sebagai watak antagonis.

3. Sasqia Dahuri

wajah-pelakon-Sasqia-Dahuri-300x300 4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

 

Tidak takut dilabelkan sebagai klise atau stereotaip, Sasqia Dahuri mengakui suka dan puas apabila membawa watak antagonis kerana boleh membina karakter yang berbeza dalam lakonannya.

Pelbagai drama dan telefilem yang telah dibintangnya dengan menggalas watak ‘hitam’ termasuklah Lara Aisyah, Cik Bunga dan Encik Sombong, Satu Cinta serta Abang Bomba I Love You.

Figura berbintang Taurus ini juga tidak pernah dikecam peminat walaupun kerap membawa watak jahat sekaligus meninggalkan rasa geram dan sakit hati apabila menontonnya.

“Kalau penonton kecam saya, itu tandanya saya berlakon bagus. Jadi, saya sepatutnya bergembira dan bukan bersedih. Lagipun sekarang ini, semua peminat dah binak dan boleh menilai sendiri,” katanya. – Sinar Harian

“Bukan saya menolak watak baik, saya terima semua tawaran asalkan jalan cerita bagus dan kena dengan jiwa saya. Cuma, bila kita berlakon watak ‘jahat’ ini, jiwanya berbeza,” katanya. – Utusan Online

4. Miera Liyana

pelakon-Miera-Liyana-300x300 4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

Mempertaruhkan watak antagonis sebagai langkah untuk dirinya dikenali ramai, percaturan Miera Leyana atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi nyata menjadi.

Melalui karakter jahat, nama aktres kelahiran Johor Bahru, Johor ini melekat di ingatan para pencinta seni hiburan tanah air.

Selain Memori Cinta Suraya, drama bersiri yang dilakonkan oleh Miera sebagai wanita jahat adalah Biar Aku Jadi Penunggumu, Mr Boss Miss Stalker dan Putera Rayyan.

Sejak akhir-akhir ini, anak kedua daripada tiga beradik ini mula selektif dalam memilih tawaran lakonan untuk menjadi seorang pelakon yang serba boleh.

“Saya sekarang cuba mencari skrip lebih baik untuk kurangkan antagonis itu. Harapannya dapat bawa watak baik. Saya berharap watak sebegitu akan lebih banyak supaya tidak antagonis sahaja dan lebih versatile,” katanya. – The Malay Mail Online.

 

azlan-150x150 4 Pelakon Wanita Malaysia Masa Kini Yang Sukses Membawa Watak Antagonis

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Miera Liyana #Nonny Nadirah #Pelakon Antagonis Malaysia Masa Kini #Pelakon Antagonis Wanita Popular #pelakon wanita malaysia #Raja Ilya #Sasqia Dahuri #watak pelakon wanita berjaya

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.