Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Memberus Gigi Kanak Kanak

Penjagaan gigi kanak-kanak

Pemeriksaan-gigi-berkala Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Pemeriksaan gigi berkala

Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik. Kebanyakan gigi hilang atau tercabut disebabkan oleh karies dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.

Kenapa penjagaan awal gigi susu sangat penting?

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh dengan senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Apakah masalah penjagaan gigi kanak-kanak istimewa?

Kanak-kanak istimewa kadang-kadang tidak ‘cooperative’ atau memberi kerjasama semasa memberus gigi. Keadaan ini akan menyukarkan ibubapa atau penjaga lebih-lebih lagi apabila ingin melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

Bagaimana cara ibubapa memeriksa gigi anak mereka?

Teknik-lift-the-lip-boleh-diamalkan-untuk-memeriksa-gigi-kanak-kanak-dirumah-oleh-ibubapa. Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Teknik Lift The Lip boleh diamalkan untuk memeriksa sendiri gigi kanak-kanak di rumah.

Pemeriksaan-gigi-pada-kanak-kanak-perlu-dilakukan-oleh-ibubapa-sebelum-waktu-tidur Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Pemeriksaan gigi pada kanak-kanak perlu dilakukan sebelum waktu malam sebelum tidur.

Pemeriksaan-gigi-pada-kanak-kanak Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Contoh pemeriksaan gigi pada kanak-kanak.

Ketahui berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak

Bentuk-berus-gigi-yang-menarik-dapat-menggalakan-kanak-kanak-memberus-gigi-mereka Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Rekabentuk dan warna berus gigi yang menarik dapat menggalakkan kanak-kanak memberus gigi.

Berus-gigi-silikon-boleh-digunakan-untuk-memberus-gigi-kanak-kanak-berumur-kurang-1-tahun Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Berus gigi jari silikon digunakan untuk memberus bahagian gusi dan gigi kanak-kanak berumur kurang 1 tahun.

Penggunaan-berus-gigi-elektronik-sesuai-untuk-kanak-kanak-istimewa-300x300 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Penggunaan berus gigi elektronik juga sesuai bagi kanak-kanak istimewa.

Kaedah penyesuaian penggunaan berus gigi pada kanak-kanak istimewa

  • Kanak-kanak istimewa memerlukan berus gigi yang mudah dipegang kerana mereka tidak mempunyai keupayaan motor  yang kuat. Beberapa kaedah pengubahsuaian telah dibuat untuk memudahkan mereka untuk memberus gigi. Gambarajah di bawah menerangkan cara penggunaan berus gigi.

gambar-penyesuaian-berus-gigi-kepada-kanak-kanak-isitimewa-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa penyesuaian-berus-gigi-kepada-kanak-kanak-isitimewa-2-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa penyesuaian-berus-gigi-kepada-kanak-kanak-isitimewa-3-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa penyesuaian-berus-gigi-kepada-kanak-kanak-isitimewa-4-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa penyesuaian-berus-gigi-kepada-kanak-kanak-isitimewa-5-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Apakah kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak dan bayi?

Bayi baru lahir sehingga 24 bulan

  • Bersihkan mulut kanak-kanak dengan berus gigi jari silikon, kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
  • Mula membersihkan mulut bayi anda beberapa hari pertama selepas lahir.
  • Lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan  lembap untuk menanggalkan plak selepas menyusu walaupun bayi anda masih belum ada gigi.
  • Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
  • Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.
  • Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
  • Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
  • Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
  • Mengatur tabiat makan anak anda.

Kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun

  • Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
  • Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
  • Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas

  • Ibubapa atau penjaga boleh mula menerapkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada anak mereka.
  • Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mereka mencapai umur 10 tahun.
  • Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi.
  • Teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor, jika perlu.

Bagaimanakah teknik memberus gigi dengan cara yang betul?

  • Gigi perlu diberus sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang sesuai dan juga ubat gigi berfluorida.
  • Ubat gigi diletakkan sebesar saiz kacang pis di atas berus yang lembut.
  • Waktu malam iaitu sebelum sebelum tidur adalah paling penting untuk memberus gigi kerana pada waktu tidur, air liur kurang dirembeskan dan ini menggalakkan kejadian karies sekiranya terdapat sisa makanan di dalam mulut.
  • Sebagai tambahan boleh juga menggunakan flos dan juga ubat kumur untuk kanak-kanak yang sudah boleh berkumur (umur 6 tahun)

Gambarajah di bawah menunjukkan cara memberus yang betul.

Cara-memberus-gigi-dengan-betul Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Gambaran Cara Memberus Gigi Dengan Betul

Apakah makanan yang sesuai bagi membantu perkembangan gigi yang sihat?

  • Makanan yang sihat adalah terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian. Elakkan pengambilan ‘junk food’ kerana ia tidak baik untuk kesihatan tubuh dan gigi.

Apakah masalah gigi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak?

Karies-gigi-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Karies Gigi

Karies-pada-gigi-geraham-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Karies Pada Gigi Geraham

Trauma-pada-gigi-akibat-kecedaraan-dan-kemalangan-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Trauma pada gigi akibat kecederaan (jatuh) mengakibatkan gigi patah atau fraktur

Apakah kaedah rawatan gigi biasa kepada kanak-kanak?

 Rawatan tampalan sewarna atau amalgam

Tampalan-gigi-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Tampalan Gigi

  • Rawatan Sealant fissure 
rawatan-sealant-fissure-150x150 Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Rawatan Sealant Fissure pada gigi yang mempunya alur yang dalam seperti gigi geraham.

  • Sapuan fluorida 
sapuan-florida-atau-fluoride-varnish-pada-kanak-kanak-secara-berkala-setiap-6-bulan Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Sapuan Florida Atau Fluoride Varnish pada kanak-kanak secara berkala setiap 6 bulan.

  • Rawatan pulpotomy dan pulpectomy
Kaedah-rawatan-pulpotomy-dan-pulpectomy Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Kaedah rawatan Pulpotomy dan Pulpectomy.

Rawatan-pulpotomy-dan-pulpectomy Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Gambar X-Ray rawatan Pulpotomy dan Pulpectomy yang telah selesai.

  • Stainless steel crown (SSC)
sampel-stainless-steel-crown Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Sampel Stainless Steel Crown.

stainless-steel-crown Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Pemasangan Stainless Steel Crown pada gigi.

  • Rawatan cabutan gigi

Rawatan-cabutan-gigi Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa

Rawatan cabutan gigi dilakukan jika gigi tidak dapat diselamatkan sebagai contoh abses atau karies yang teruk.

 

Sumber : Dental officer Gov. Clinic, Malaysia
Loading...

Tags: #Bagaimana cara ibubapa memeriksa gigi anak mereka #Bagaimana Menjaga Gigi Anak Kecil #bentuk berus gigi sesuai kanak-kanak #berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak #cara berus gigi dengan betul #Cara Untuk Bersihkan Gigi Anak Kecil #jaga gigi kanak-kanak istimewa #kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak dan bayi #Kaedah penyesuaian penggunaan berus gigi pada kanak-kanak istimewa #kaedah rawatan gigi biasa kepada kanak-kanak #kaedah rawatan gigi kanak-kanak #Kaedah rawatan Pulpotomy dan Pulpectomy #makanan yang sesuai bagi membantu perkembangan gigi yang sihat #masalah gigi kanak-kanak #masalah gigi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak #masalah penjagaan gigi kanak-kanak istimewa #panduan penjagaan gigi kanak-kanak bayi #penjagaan gigi bayi #Rawatan pulpotomy dan pulpectomy #Rawatan Sealant fissure #Rawatan tampalan sewarna atau amalgam #Sapuan fluorida #Stainless steel crown (SSC) #teknik memberus gigi dengan cara yang betul

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Bagi Kanak-Kanak Dan Golongan Istimewa"