Ketahui Jenis Ikan Yu Yang Ditangkap Di Perairan Semenanjung Malaysia

Pengkalan Tok Bali

Pengenalan

Ikan Yu adalah sejenis ikan yang mempunyai kerangka tulang rawan yang lengkap dan tubuh yang ramping. Ikan Yu menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada jenis spesis) untuk bernafas. Kedudukan insang ikan ini berada pada bahagian sisi, atau di belakang kepalanya. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulitnya dari kecederaan, parasit, dan mengurangkan geseran di dalam air semasa berenang. Ikan Yu mempunyai beberapa deretan gigi yang dapat diganti. Berbeza dengan pandangan umm, yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali terasa terancam.

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan ikan Yu ditangkap menggunakan peralatan komersil utama iaitu pukat tunda. Selain itu juga, spesis ikan Yu juga ditangkap menggunakan mata pancing oleh nelayan. Sehingga kini terdapat 19 spesis utama ikan Yu telah direkodkan mendarat melalui vesel-vesel nelayan. Walaupun penangkapan ikan ini berlaku secara sengaja atau tidak sengaja oleh nelayan, nisbah penggunaan ikan ini sebagai sumber protien tidak begitu menggalakkan. Ikan Yu biasanya diproses menjadi isi ikan atau surimi dan digunakan dalam memproses produk berasaskan ikan seperti keropok, bebola ikan dan lain-lain.

Permintaan tinggi mendorong pemburuan sirip ikan Yu juga merupakan satu ancaman utama penangkapan spesis ikan ini. Kempen yang dilancarkan oleh DOF Malaysia seperti Kempen TAK NAK SIRIP IKAN YU berjaya memberi kesedaran golongan muda tentang ancaman terhadap ekploitasi penangkapan bagi spesis ikan Yu.

Apakah tujuan NPOA – Shark Malaysia?

  • Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Pemuliharaan dan Pengurusan Ikan Yu Malaysia (NPOA – Sharks).
  • National Plans Of Action (NPOA).
  • Dilancarkan pada tahun 2006.
  • Tujuannya – menjelang tahun 2010 semua spesis Yu dan Pari dominan akan direkodkan mengikut spesis.
  • Memantau status sumber berkenaan diterokai secara lestari.

Mengapakah kajian spesis ikan Yu diperlukan?

  • Mengenalpasti spesis-spesis Yu dan Pari yang terancam.
  • Menjamin tangkapan Yu dan Pari secara berkekalan.
  • Menilai ancaman terhadap populasi Yu dan Pari serta menentukan dan melindungi habitat-habitat kritikal.
  • Menambahbaik dalam menyelaras konsultasi yang efektif  yang melibatkan kumpulan berkepentingan.
  • Penglibatan dalam menjaga kepelbagaian spesis.
  • Menggalakkan penggunaan sepenuhnya bahagian ikan Yu dan Pari bukan hanya tertumpu kepada sirip sahaja.
  • Merekod data pendaratan dan hasil tangkapan dengan nama spesis.
  • Penggunaan nama spesis dalam pengumpulan maklumat biologi dan perdagangan.

Apakah spesies ikan Yu yang ditangkap di perairan Semenanjung Malaysia?

  • Ikan Yu Pasir

Nama Tempatan : Yu Pasir

Nama Saintifik : Carcharhinus sealei

Gambar Penuh Yu Pasir Carcharhinus Sealei

Bentuk Yu Pasir (Carcharhinus Sealei)

Sirip Pertama Yu Pasir Carcharhinus Sealei Sirip Kedua Yu Pasir Carcharhinus Sealei

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Warna badan bahagian atas coklat cerah.
  2. Bahagian belakang sirap dorsal pertama melekuk.
  3. Sirip dorsal kedua berwarna agak gelap.
  • Ikan Yu Spesis Carcharhinus brevipinna

Nama Saintifik : Carcharhinus brevipinna

Carcharhinus Brevipinna 1

Ikan Yu Carcharhinus brevipinna ditangkap di Pelabuhan Kuantan

Carcharhinus Brevipinna

Carcharhinus Brevipinna

Sisi Ikan Yu Carcharhinus Brevipinna Sirip Kedua Atas Ikan Yu Carcharhinus Brevipinna Belahan Rongga Insang Ikan Yu Carcharhinus Brevipinna

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Badan kelihatan ada berjalur cerah-gelap.
  2. Tanda hitam pada dorsal ke 2 lebih bulat.
  3. Belahan rongga insang lebih panjang berbanding C.sorrah.
  4. Tiada rabung antara sirip dorsal pertama ke sirip dorsal kedua.
  • Ikan Yu Jalur Putih

Nama Tempatan : Yu Jalur Putih

Nama Saintifik : Carcharhinus amblyrhynchoides

Yu Jalur Putih Atau Carcharhinus Amblyrhynchoides

Bentuk ikan Yu Jalur Putih (Carcharhinus Amblyrhynchoides)

Carcharhinus Amblyrhynchoides Bawah Carcharhinus Amblyrhynchoides Belakan Carcharhinus Amblyrhynchoides Muncun Carcharhinus Amblyrhynchoides Siri

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Jalur putih jelas daripada ekor hingga ke bawah sirip dorsal.
  2. Permulaan sirip dorsal pertama selari bahagian tengah sirip pektoral.
  3. Tiada rabung dibelakang badan seperti Carcharhinus sorrah.
  4. Mempunyai muncung pendek berbanding spesis Carcharhinus brevipinna.
  • Ikan Yu Kepak Hitam

Nama Tempatan : Yu Kepak Hitam

Nama Saintifik : Carcharhinus sorrah

Bentuk Ikan Yu Kepak Hitam Carcharhinus Sorrah

Bentuk Ikan Yu Kepak Hitam (Carcharhinus Sorrah)

Bahagian Badan Ikan Yu Carcharhinus Sorrah Pada Dorsal Pertama Hingga Dorsal Kedua Tompok Hitam Pada Bahagian Ekor Ikan Yu Carcharhinus Sorrah

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Ada rabung (ridge) antara dorsal pertama hingga dorsal kedua.
  2. Tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua.
  • Ikan Yu Garang atau Yu Momok

Nama Tempatan : Yu Garang atau Yu Momok

Nama Saintifik : Carcharhinus leucas

Carcharhinus Leucas Besar

Ikan Yu Garang ( Carcharhinus Leucas ) Boleh Mencapai Saiz Besar

Gambar Penuh Yu Garang Atau Carcharhinus Leucas

Bentuk ikan Yu Garang ( Carcharhinus Leucas )

Yu Garang Atau Carcharhinus Leucas Atas Yu Garang Atau Carcharhinus Leucas

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Bahagian belakang badan berwarna kelabu cerah.
  2. Mempunyai muncung pendek dan bulat.
  3. Melebar jika dilihat dari bahagian bawah.

Maklumat tambahan :

  1. Ikan juvenile tempatan dijual dengan harga pasaran sekitar RM40.00/kg.
  2. Dikenali sebagai Yu Garang atau Yu Momok.
  • Ikan Yu Spesis Carcharhinus melanopterus

Nama Saintifik : Carcharhinus melanopterus

Gambar Penuh Carcharhinus Melanopterus

Yu (Carcharhinus Melanopterus)

Carcharhinus Melanopterus Sisi

Bentuk Ikan Yu ( Carcharhinus Melanopterus )

Carcharhinus Melanopterus Bawah Carcharhinus Melanopterus Siri

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Bahagian belakang badan berwarna perang.
  2. Bahagian sirip dorsal pertama dan sirip caudal berwarna hitam.
  3. Terdapat jalur putih pada bahagian badan.
  4. Mempunyai muncung pendek dan bulat.
  • Ikan Yu Muncung Susu

Nama Tempatan : Yu Muncung Susu

Nama Saintifik : Rhizoprionodon acutus

Rhizoprionodon Acutus

Yu Muncung Susu (Rhizoprionodon Acutus)

Rhizoprionodon Acutus Atau Yu Muncung Susu

Bentuk Badan Ikan Yu Muncung Susu ( Rhizoprionodon Acutus )

Sirip Dorsal Atau Caudal Yu Muncung Susu Liang Hyomandibular Pada Yu Muncung Susu

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Warna badan perak hampir kelabu cerah.
  2. Tiada tanda hitam pada dorsal atau caudal.
  3. Liang hyomandibular ada lebih 16 – jika kurang ia adalah spesis R. oligolinx.
  • Ikan Yu Minyak

Nama Tempatan : Yu Minyak

Nama Saintifik : Rhizoprionodon oligolinx

Yu Minyak Atau Rhizoprionodon Oligolinx

Yu Minyak ( Rhizoprionodon Oligolinx )

Rhizoprionodon Oligolinx Tubuh Yu Minyak

Bentuk Ikan Yu Minyak ( Rhizoprionodon Oligolinx )

Rhizoprionodon Oligolinx Kepala Yu Minyak

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Warna badan bahagian atas coklat cerah (keperangan).
  2. Liang hiomandibular hanya 6 ( pada kedua-dua sisi 12 – sedikit berbanding R.acutus )
  3. Mempunyai muncung panjang dan agak runcing jika dilihat dari bawah.
  4. Mata besar dan tidak ada lekuk.
  • Ikan Yu Bintik Putih

Nama Tempatan : Yu Bintik Putih

Nama Saintifik : Hemigaleus microstoma

Hemigaleus Microstoma Yu Bintik Putih

Yu Bintik Putih (Hemigaleus Microstoma)

Hemigaleus Microstoma Badan Penuh Yu Bintik Putih

Bentuk Badan Ikan Yu Bintik Putih ( Hemigaleus Microstoma )

Sirip Dorsal Yu Bintik Putih Hemigaleus Microstoma Sisi Badan Yu Bintik Putih Hemigaleus Microstoma

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Warna badan coklat cerah.
  2. Terdapat tompokan warna putih pada badan.
  3. Puncak sirip dorsal pertama dan kedua serta hujung sirip ekor berwarna putih.
  • Ikan Yu Mata Lekuk

Nama Tempatan : Yu Mata Lekuk

Nama Saintifik : Loxodon macrorhinus

Loxodon Macrorhinus Yu Mata Lekuk

Yu Mata Lekuk (Loxodon Macrorhinus)

Loxodon Macrorhinus Yu Mata Lekuk Badan

Bentuk Ikan Yu Mata Lekuk (Loxodon Macrorhinus)

Kepala Yu Mata Lekuk Loxodon Macrorhinus Bahagian Muncung Bawah Yu Mata Lekuk Loxodon Macrorhinus

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Mata besar dan ada lekukan pada bahagian belakang mata.
  2. Mempunyai muncung panjang dan kelihatan jernih dari bawah dan berbentuk parabolik.
  • Ikan Yu Padi atau Yu Jereh

Nama Tempatan : Yu Padi atau Yu Jereh

Nama Saintifik : Scoliodon laticaudus

Scoliodon Laticaudus Yu Padi

Bentuk Ikan Yu Padi (Scoliodon Laticaudus)

Bahagian Bawah Yu Padi Scoliodon Laticaudus Bahagian Atas Yu Padi Scoliodon Laticaudus

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Ikan yu bersaiz kecil serta badannya agak nipis.
  2. Mata besar dan tiada lekuk.
  • Ikan Yu Tenggiri atau Tiger Shark

Nama Tempatan : Yu Tenggiri atau Tiger Shark

Nama Saintifik : Galeocerdo cuvier

Yu Tenggiri Tiger Shark Galeocerdo Cuvier

Yu Tenggiri / Tiger Shark (Galeocerdo Cuvier)

Bahagian Atas Galeocerdo Cuvier

Bentuk Ikan Yu Tenggiri / Tiger Shark (Galeocerdo Cuvier)

Kepala Galeocerdo Cuvier Sirip Atas Galeocerdo Cuvier

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Kulit berwarna kelabu serta corak bertompok kelabu gelap.
  2. Mempunyai muncung pendek berbentuk lebar dan bulat.
  3. Terdapat rabung (ridge) antara Sirip dorsal pertama dan dorsal kedua.
  • Ikan Yu Semilang

Nama Tempatan : Yu Semilang

Nama Saintifik : Nebrius ferrugineus

Nebrius Ferrugineus Yu Semilan

Yu Semilang (Nebrius Ferrugineus)

Bentuk Badan Ikan Yu Semilang Nebrius Ferrugineus

Bentuk Badan Ikan Yu Semilang (Nebrius Ferrugineus)

Nebrius Ferrugineus Yu Semilang Bahagian Bawah

Ciri-ciri pengenalan spesis :

  1. Sirip pektoral agak besar.
  2. Sirip ekor panjang dan kira-kira 1/3 panjang badan.
  • Ikan Yu Cicak Lampai

Nama Tempatan : Yu Cicak Lampai

Nama Saintifik : Chiloscyllium hasseltii

Chiloscyllium Hasseltii Yu Cicak Lampai Sisi

Yu Cicak Lampai (Chiloscyllium Hasseltii)

Chiloscyllium Hasseltii Yu Cicak Lampai

Bentuk Ikan Yu Cical Lampai (Chiloscyllium Hasseltii)

Chiloscyllium Hasseltii Yu Cicak Lampai Bahagian Atas

Chiloscyllium Hasseltii

Ekor Chiloscyllium Hasseltii Yu Cicak Lampai Kepala Chiloscyllium Hasseltii Yu Cicak Lampai

  • Ikan Yu Cicak Insang Putih

Nama Tempatan : Yu Cicak Insang Putih

Nama Saintifik : Chiloscyllium punctatum

 

Chiloscyllium Punctatum Yu Cicak Insang Putih

Chiloscyllium Punctatum Yu Cicak Insang Putih

Kepala Yu Cicak Insang Putih Chiloscyllium Punctatum Ekor Yu Cicak Insang Putih Chiloscyllium Punctatum

  • Ikan Yu Cicak Tembaga

Nama Tempatan : Yu Cicak Tembaga

Nama Saintifik : Chiloscyllium indicum

Yu Cicak Tembaga Chiloscyllium Indicum

Yu Cicak Tembaga Chiloscyllium Indicum

Jenis Yu Cicak Tembaga Chiloscyllium Indicum

Jenis Yu Cicak Tembaga Chiloscyllium Indicum

  • Ikan Yu Cicak Bintik

Nama Tempatan : Yu Cicak Bintik

Nama Saintifik : Chiloscyllium plagiosum

Yu Cicak Bintik Chiloscyllium Plagiosum

Yu Cicak Bintik (Chiloscyllium Plagiosum)

  • Ikan Yu Tukul

Nama Tempatan : Yu Tukul

Nama Saintifik : Syhyrna lewini

Yu Tukul Syhyrna Lewini

Yu Tukul Syhyrna Lewini

  • Ikan Yu Karang

Nama Tempatan : Yu Karang

Nama Saintifik : Atelomycterus marmoratus

Yu Karang Atelomycterus Marmoratus

Bentuk Yu Karang (Atelomycterus Marmoratus)

Yu Karang Atelomycterus S

Yu Karang (Atelomycterus spp)

  • Ikan Yu Karang spesis Atelomycterus erdmanni

Nama Tempatan : Yu Karang

Nama Saintifik : Atelomycterus erdmanni

Yu Karang Atelomycterus Erdmanni

Yu Karang (Atelomycterus erdmanni)

 

Sumber : DOF Malaysia

Carian Berkaitan

jenis ikan yu, gambar ikan yu, spesis yu, gambar kajian pari tempatan malaysia, ikan yu di malaysia, jenis ikan yu bintik, jenis ikan yu di malaysia

Artikel Berkaitan

Tags: #gambar ikan yu di malaysia #ikan yu di malaysia #jenis ikan yu malaysia #kempen tak nak sirip ikan yu #kenali spesis ikan yu #nama saintifik ikan yu #nama tempatan ikan yu #penangkapan ikan yu #pendaratan ikan yu #pengenalan spesis ikan yu #spesis ikan yu malaysia

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Leave a reply "Ketahui Jenis Ikan Yu Yang Ditangkap Di Perairan Semenanjung Malaysia"