Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timur

Biodata Adik Wani Kelantan

Adik Wani adalah seorang penyanyi dikir barat moden wanita yang sangat popular di Pantai Timur. Adik Wani mula terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian sejak berusia 13 tahun dan sudah menghasilkan lebih daripada 20 album termasuk single dan kompilasi.

Adik Wani mendendangkan lagu-lagu menggunakan dialek Kelantan. Kebanyakkan lagu Adik Wani menerapkan unsur kepercayaan, hubungan cinta, nasihat dan tentang kehidupan masyarakat.

Alunan rentak muzik nyanyian Adik Wani  banyak dipengaruhi lagu ala dangdut, hindi dan dikir moden seperti penggunaan peralatan gitar elektrik dalam melengkapkan sesebuah lagu.

Tampil bertudung dalam klip video lagu “Huk Aloh Laa” yang dinyanyikan bersama penyanyi-penyanyi seangkatan dari negeri pantai timur iaitu Man Khan, Fendi Kenali dan Rosalinda. Lagu tersebut mempunyai alunan seperti lagu qhasidah berjudul “Ya Hanana”.

Adik Wani juga terkenal dengan lagu-lagu merdu seperti Sekuntum Mawar Merah, Begitulah Hatiku, Takdok Jodoh dan banyak lagi.

Sehingga kini, terdapat ramai penyanyi dikir barat moden utama seperti Rosalinda, Man Khan, Fendi Kenali, Aris Kapilla, Zaidi Buluh Perindu, Jali Bunga Tanjung, Ropi Hitam Manis, Nini, Udy, Abe Wei, Awie Ikan Duyung, Cikgu Sulizi, Baruding, Cikgu Naim dan ramai lagi.

Bakat dan alunan suara unik penyanyi dikir ini mengalunkan lagu-lagu dikir memberikan kepuasan tersendiri kepada peminat seni dikir barat moden di Pantai Timur, khususnya di Kelantan. Oleh itu, seni muzik Kelantan perlulah dipertahankan untuk generasi akan datang. Tanpa mereka ini, maka tiadalah masa depan muzik ini di negeri Kelantan.

Biodata Adik Wani Dikir

Nama Penuh : Azmahirwani binti Nordin
Nama Popular : Adik Wani
Umur : 26 tahun (2016)
Asal : Kampung Kelaburan, Tumpat, Kelantan
Komponen Muzik : Etnik, Hindi, Pop, Dangdut, Dikir
Album Popular : Jagoh 10 Gegar, MTV Karaoke Hebat 3, Cokek Mok Bolok dan Lain-lain
Lagu Popular : Cokek Mok Bolok, Sekuntum Mawar Merah, Male Sunat, Tubik Masuk, Weh Weh Wok, Comel Sungguh (feat. Nini), Abe oh Abe (Apo Kono Jang versi Kelate feat. Zaidi Buluh Perindu), Bobeh Duk Judi, Huk Aloh La (Qasidah Ya Hanana versi Kelate) dan lain-lain.

Gambar Menarik Adik Wani Dikir

adik-wani-dikir-pakai-tudung-1-e1476634763700-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai TimurAdik-Wani-pakai-tudung-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timuradik-wani-artis-dikir-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timurpenyanyi-adik-wani-dikir-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timuradik-wani-dikir-barat-kelantan-e1506939568930-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timur penyanyi-dikir-adik-wani-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timurwajah-adik-wani-dikir-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai TimurAdik-Wani-Berhijab-selfie-300x300 Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timur

Loading...

Tags: #adik wani dan rosalinda #adik wani dangdut star #adik wani dikir #adik wani goyang dumang #adik wani lagu #adik wani tubik masuk #adik wanie #Azmahirwani binti Nordin #biodata adik wani #biodata adik wani dikir #biodata artis dikir kelate #gambar adik wani #latarbelakang adik wani #penyanyi dikir adik wani #penyanyi dikir barat kelantan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula
  1. author

    review movies5 years ago

    Thanks a lot for sharing this with all people you really understand what you are talking about!

    Bookmarked. Please additionally seek advice from my web site =).
    We may have a hyperlink change agreement between us

    Reply

Leave a reply "Jom Kenal Adik Wani, Penyanyi Dikir Barat Popular Di Pantai Timur"