Simpton & Petua Mengatasi Pedih Ulu Hati Dan Heartburn!

Melegakan Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Gastro Esophageal Reflux merupakan rasa sakit di bahagian perut atau dada dan kadangkala ianya melarat sehingga ke bahagian kerongkong.

Menurut mamaworld-collections.com, didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku akibat daripada masalah penghadaman (dyspepsia atau angin), pengumpulan asid (ulser, gastrik) atau aliran balik asid daripada perut ke dalam esofagus (refluks) lalu menyebabkan radang pada permukaan esofagus.

Simptom-simptom pedih ulu hati

  • Rasa pedih ulu hati iaitu rasa terbakar pada kawasan belakang tulang dada bahagian bawah
  • Pedih ulu hati sewaktu makan
  • Pedih ulu hati sewaktu baring
  • Pedih ulu hati selepas makan makanan pedas dan masam
  • Pedih ulu hati sewaktu menggeliat
  • Air liur keluar dengan banyak
  • Rasa loya dan tiada selera makan
  • Rasa kembung atau penuh dibahagian perut
  • Sendawa tanpa henti

Faktor penyebab pedih ulu hati

  • Hernia dalaman (perut ternaik ke atas ke kawasan ruang dada) menyebabkan pencerut tidak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan asid dari perut naik ke kawasan esofagus
  • Pencerut esofagus menjadi lemah
  • Esofagus kehilangan fungsi peristalsis (pergerakan esofagus rosak)
  • Kegemukan
  • Terlebih penghasilan asid di perut
  • Perut lambat kosong akibat daripada lambatnya pemprosesan makanan di perut
  • Terlebih makan sehingga perut penuh
  • Merokok
  • Mengandung
  • Pembedahan dalam pesakit achalasia
  • ubat ubatan

Tips mengatasi dan mencegah masalah pedih ulu hati

Sebenarnya terdapat banyak cara yang anda boleh mengelakkan pedih ulu hati ni, antaranya :

  • Makan makanan yang dalam portion yang lebih kecil tetapi kerap
  • Pemilihan makanan yang betul. Elakkan pengambilan makanan pedas, terlalu berempah, berminyak dan sebagainya.
  • Jangan makan dalam tempoh beberapa jam sebelum tidur
  • Kurangkan tekanan
  • Jika ada masalah berat badan, turunkan berat badan
  • Perbanyakkan makan halia
  • Amalkan minum cuka epal setiap hari
  • Jangan merokok dan minum alkohol
  • Elakkan dari berbaring rata. Sokong badan anda supaya bahu dan kepala lebih tinggi
  • Pastikan mengambil sarapan pagi
  • Elakkan minuman berkafein
  • Banyakkan minum air masak

Petua menghilangkan pedih ulu hati

  • Ambil 1 camca teh soda bikarbonat. Campurkan dalam segelas air dan minum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikan pH yang berasid.
  • Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.
Loading...

Tags: #cara menghilangkan perih ulu hati #faktor penyebab pedih ulu hati #heartburn #pedih perut #pedih ulu hati ketika hamil #petua menghilangkan sakit pedih ulu hati #punca sakit pedih ulu hati #ramuan obat tradisional sakit ulu hati #rawatan tradisional pedih ulu hati #sakit pedih ulu hati #sakit ulu hati dan sesak nafas #simpton pedih ulu hati #tanda-tanda pedih ulu hati #tips mengatasi pedih ulu hati #tips obat tradisional sakit ulu hati

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.