Cara Mudah Kahwin Dua

Kahwin Isteri Kedua

Apakah syarat suami untuk berkahwin isteri kedua atau berpoligami?

  • Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri

Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

  1. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambilkira keadaan isteri,
  2. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
  • Berlaku adil kepada isteri-isteri.

Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Selain itu juga suami perlu adil dalam menyediakan kediaman, pergiliran bermalam dan adil dalam musafir.

Status undang-undang poligami di Malaysia

Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini :

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123. ( AKTA 303 : AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005 )

Mahkamah akan mengambil kira empat (4) syarat kebenaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu :

  1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
  2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
  3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
  4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana ia bertentangan dengan hukum syarak. Namun syarat ini dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.

Prosedur permohonan berpoligami di Malaysia

Permohonan untuk berpoligami boleh dibuat oleh pemohon sama ada ia telah mendapat keizinan atau tidak untuk berpoligami daripada isteri atau isteri-isteri pemohon sedia ada. Caranya adalah seperti berikut :

  1. Permohonan boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah di tempat anda tinggal atau bermastautin.
  2. Permohonan mestilah disertai dengan:
  • Ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu dan patut.
  • Jumlah pendapatan pemohon ketika itu.
  • Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan.
  • Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon.

Cara ringkas pernikahan di Thailand

  • Pergi ke Pejabat agama dan mohon kebenaran untuk melangsungkan pernikahan di luar negara, dengan memberikan sebab-sebab mengapa ingin berbuat demikian.
  • Sekiranya melibatkan poligami, mohon kebenaran untuk berpoligami.
  • Setelah mendapat surat kebenaran untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara dan kebenaran untuk kahwin lagi (dengan isteri kedua – jika berkenaan) barulah pergi ke negara jiran.
  • Bagi kebanyakan kes, cukup untuk ke sana dengan hanya membawa pasport dan kad pengenalan.
  • Proses nikah di Thailand sama seperti di Malaysia. Tapi pastikan membawa bersama perakam video supaya dapat merakamkan upacara akad, untuk dijadikan bahan bukti bila mendaftar di Malaysia kelak.
logo-150x150 Cara Mudah Kahwin Dua

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Mudah Kahwin Dua

Loading...

Tags: #asas pertimbangan mahkamah memberi kebenaran suami berkahwin isteri kedua #cara nak kahwin isteri kedua #cara nak kahwin isteri muda #cara nikah ringkas di thailand #prosedur kahwin isteri kedua #prosedur permohonan kahwin isteri kedua #syarat mahu kahwin isteri kedua

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Mudah Kahwin Dua"