Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besar

Biodata Shila Amzah Menarik

Biodata Shila Amzah

Nama Penuh : Nurshahila binti Amir Amzah
Nama Popular : Shila Amzah
Tarikh Lahir : 13 Ogos 1990
Bintang : Leo
Umur : 26 tahun (2016)
Tinggi : 165 cm
Keluarga : Anak sulung daripada empat orang adik-beradik (Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada)
Asal : Setapak, W.P Kuala Lumpur
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Status : Belum berkahwin
Syarikat Rakaman : Shila Amzah Entertainment sdn. bhd.

Album :

  • Album Terima Kasih Guru (2000)
  • Sha-hila (2005)
  • 5 Jingga (2008)
  • Bebaskan (2009)
  • Album 3 suara (2010)
  • Ke Akhir Garisan
  • Throught My Window
  • Rentak Optimis
  • Best of Both Worlds feat Miley Cirus
  • Tunjukkan CintaMu feat Ran
  • Hanya Kita
  • Tian Shen Ji

Lagu Hits : Patah Seribu

Pencapaian :

  • Naib Johan Bintang Kecil RTM
  • Pencalonan Artis Kanak-kanak Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000
  • Naib Juara One In A Million Musim Kedua
  • Anugerah Industri Muzik ke-16, Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Memori Tercipta)
  • Juara Asia New Single Competition, 2008
  • Juara Penang Shanghai World Star Quest, 2008
  • Anugerah Planet Muzik 2010, Duo/Kumpulan Terbaik (3 suara)
  • Anugerah Industri Muzik ke-18, Persembahan vokal Duo/Kumpulan Terbaik (3 suara)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Artis Duo/Kumpulan Popular (3 Suara)
  • Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan
  • Anugerah Industri Muzik ke-19, Lagu Pop Terbaik & Lagu Terbaik(Patah Seribu)
  • Anugerah Shout! 2012, Power Vocal House Award
  • Anugerah Industri Muzik 2013, Anugerah Kembara
  • Anugerah Juara Lagu 29, Naib Juara (Masih Aku Cinta)
  • Juara Asian Wave, 2012

Fakta Menarik Shila Amzah

  • Dikenali dengan gelaran Shila Tekno di zaman kanak-kanak dan menggunakan nama Sha-Hilla pada zaman remaja dan akhirnya kekal dengan nama Shila.
    Shila berhijrah ke China pada tahun 2012 untuk mengembangkan bakatnya. Beliau terpilih untuk menyertai pertandingan nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen di Hunan.
  • Anak kepada penyanyi terkenal N.D Lala. Shila Amzah berjaya membuang bayangan bapanya lantas mencipta imej tersendiri.
  • Shila merupakan anak sulung buat pasangan suami isteri bahagia, Amir Amzah Salleh atau ND Lala dan Fauziah Sarman.
  • Shila Amzah merakamkan vokalnya buat pertama kali sebagai penyanyi latar untuk lagu nyanyian bapanya, Jenguk-Jenguk Anak Kita.
  • Shila Amzah menyertai satu pertandingan lagu patriotik pada usianya baru lapan tahun bersama tujuh finalis lain dan layak ke peringkat akhir seterusnya menjadi juara.
  • Shila Amzah mempelajari bahasa mandarin agar memudahkannya berkomunikasi dan memasuki pertandingan nyanyian. Ia dikagumi oleh penonton sehinggakan loghat yang dinyanyikan seakan-akan seorang yang bertutur Mandarin sejak kecil.
  • Shila Amzah memenangi tempat kedua dalam rancangan realiti One In A Million musim kedua pada 2008 dan menjadi juara Singer New Asia pada tahun yang sama.
  • Shila Amzah menawan hati peminat menerusi olahan lagu tersendirinya terhadap lagu ‘The Night I Was Missing You’.
  • Shila Amzah mempelajari bahasa Kantonis agar dapat mengorak langkah ke dunia seni Hong Kong.
  • Bakat suara Shila Amzah bukan sahaja terkenal di China tetapi juga negara serantau Asia Tenggara seperti Singapura dan Brunei.
  • Shila Amzah mula mendapat perhatian peminat cilik apabila terpilih menjadi mentor bagi sebuah rancangan televisyen kanak-kanak berjudul Let’s Sing, Kids, pada tahun 2014.
  • Shila Amzah mempunyai hubungan baik dengan media cina dan antarabangsa. Konflik dengan media tempatan yang berlarutan menyebabkannya kurang mendapat liputan di media tempatan.
  • Shila Amzah mempunyai jumlah pengikut yang ramai apabila lebih 2.5 juta peminat berdaftar di Weibo, iaitu sebuah laman mikro blog yang popular di China.
  • Shila Amzah memperkembangkan bakatnya ke China membuatkan penyanyi yang berasal dari Setapak ini bekerja lebih keras untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang disegani.
  • Shila Amzah memenangi pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China dengan mendendangkan lagu Forever Love (Lee Hom).
  • Shila Amzah dinobatkan anugerah istimewa oleh kerajaan China atas sumbangan khasnya dalam mengeratkan perhubungan di antara Malaysia dan China.
  • Shila Amzah diangkat menjadi duta budaya setelah Shila menghiburkan presiden China, Xi Jinping semasa lawatannya ke Malaysia pada Oktober 2013.

Laman Sosial Shila Amzah

Gambar Menarik Shila Amzah

gambar-terbaru-shila-amzah-cantik-2016-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besarpenyanyi-berbakat-shila-amzah-2016-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besarpenyanyi-cantik-shila-amzah-e1476627760228-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besarshila-amzah-cantik-berhijab-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besartudung-shila-amzah-penyanyi-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besargambar-terbaru-shila-amzah-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besarwajah-penyanyi-shila-amzah-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besarshila-amzah-berhijab-300x300 Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besar

Loading...

Tags: #album shila amzah #biodata shila amzah #fakta menarik shila amzah #gambar terbaru shila amzah #lagu shila amzah #latarbelakang shila amzah #Nurshahila binti Amir Amzah #penyanyi cipta nama di negara China #penyanyi shila amzah #profil lengkap shila amzah #shila amzah biodata #shila amzah china #shila amzah instagram #shila amzah religion #shila amzah songs #shila amzah youtube

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Shila Amzah, Penyanyi Melayu Berbakat Besar"