Petua Rumah Tangga Kekal Bahagia, Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Rahsia!

Siti Nurhaliza Dan Datuk K

Sedar atau tidak, perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza bersama ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) memasuki tahun ke-11 pada tahun ini.

Penyanyi nombor satu negara ini disatukan bersama pasangannya pada 21 Ogos 2006. Meskipun jarak usia beza 20 tahun tetapi pasangan serasi ini kelihatan cukup bahagia dan romantis.

Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia perkahwinan diva pop negara kita ini.

Dipetik dari portal Hanasuva.com, pelantun lagu Kau Kekasihku dan Purnama Merindu ini berkongsi 4 rahsia perkahwinannya kekal bahagia sehingga hari ini. Apa tunggu lagi, jom kita semak!

1. Saling Hormat-Menghormati

“Hormat-menghormati antara suami isteri sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Saya kira sifat saling hormat-menghormati adalah kunci bagi menguntuhkan jalinan cinta dan kekeluargaan. Apabila bergelar seorang isteri kepada Datuk K, saya juga menerima kehadiran anak-anaknya dalam kehidupan. Itu adalah tanggungjawab saya sebagai isteri,” katanya.

2. Air Tangan Pengikat Kasih Sayang

“Sejak kahwin dengan saya, Datuk K sangat menggemari ikan patin masak tempoyak meskipun beliau berasal dari Kedah. Bagi saya, ikan patin masak tempoyak antara menu pengikat kasih sayang kami berdua disebabkan saya akan memasaknya sendiri untuknya,” jelasnya.

3. Bercuti Bersama

“Bercuti bersama suami dan anak-anak merupakan langkah bijak dalam menyemarakkan hubungan rumah tangga. Kebiasaannya, suami saya akan mencadangkan beberapa lokasi percutian serta berbincang bersama saya dan ahli keluarga. Ada kalanya kami berdua dan ada masanya diikuti anak-anak,” katanya.

4. Eratkan Hubungan Dengan Anak-Anak

“Selain patut dan setia pada suami, anak-anak juga perlu diberikan perhatian dan kasih sayang setiap masa. Suami dan anak-anak saya sangat gemarkan percutian di pantai serta suka mencuba aktiviti baru serta sukan ekstrem sehingga saya terikut-ikut dengan hobi mereka. Inilah masa saya mengeratkan hubungan bersama suami dan anak-anak,” jelasnya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Dato Siti Nurhaliza #Dato Siti Nurhaliza & Datuk K #Dato Siti Nurhaliza Kongsi Petua Perkahwinan #Dato' Siti Nurhaliza Kongsi Rahsia #Nak Tahu Rahsia Perkahwinan Dato Siti Nurhaliza #Petua Rumah Tangga Kekal Bahagia #Rahsia Perkahwinan Dato Siti Nurhaliza

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tips Melegakan & Menghilangkan Sakit Senggugut
Senggugut ataupun disebut sebagai dysmenorrhea adalah merujuk kepada masalah sakit yang terpaksa dihadapi
Petua Tradisional Penyakit Gout, Tanda-Tanda, Punca & Langkah Pencegahan
Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini

Comments are closed.