Cara Mengerjakan Solat Jamak & Solat Qasar

Muslim Travel Pray Jamak Qasar

Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat. Sabda Rasullah SAW :

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

Syarat-Syarat Perjalanan (Musafir) Yang Dibenarkan Untuk Solat Qasar/Jamak :

  • Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
  • Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 kilometer).
  • Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

Hikmah Disyariatkan Solat Qasar/Jamak

  • Meringan dan memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
  • Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
  • Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun.
  • Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

Solat Qasar

Bahasa : Pendek dan ringkas.
Istilah   : Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat. Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Syarat-Syarat  Solat Qasar :

  • Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
  • Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
  • Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
  • Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar :

  • Dikerjakan hanya 2 rakaat.
  • Lafaz niat adalah seperti beikut :

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 Solat  Jamak

Bahasa : Himpun / kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

  1. Jamak Taqdim – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

Syarat-Syarat Jamak Taqdim :

  • Niat solat Jamak dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib)

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah selesai).

  • Bertertib

Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dengan solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu. Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang,  belum masuk waktu.

  • Dilakukan berturut-turut

Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.

Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap seperti azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak. Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air untuk berwuduk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

  • Perjalanan yang berterusan

Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua).

Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

  • Waktu solat

Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua. 

  • Zan

Zan ialah sangkaan yang kuat bahawa solat yang pertama itu sah.

Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim :

  • Sunat atau afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
  • Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
  • Contoh lafaz niat Solat Jamak Taqdim

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

  1. Jamak Ta’hir – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

Syarat-Syarat Solat Jamak Ta’hir :

  • Berniat melakukan solat Jamak Ta’hirdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib). Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
  • Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara Melakukan Solat Jamak Ta’hir :

  • Sunat atau afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
  • Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
  • Contoh lafaz niat Solat Jamak Ta’hir

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4  rakaat dihimpunkan  kepadanya Solat Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan kepada solat  Asar   Jamak  Ta’hirkerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepadanya solat Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala .

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan kepada solat  Isya’   Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Qasar Dan Jamak

Selain daripada melakukan solat secara Qasar atau Solat secara Jamak, kita juga diharuskan untuk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak :

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama seperti mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, cuma ditambah Qasar sahaja iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak

  • Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dijamakkankan  kepada solat Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dijamakkan  kepadanya solat Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dijamakkan  kepada solat  Asar   JamakTa’hir kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dijamakkan  kepadanya solat Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dijamakkan kepada solat  Isya’  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Loading...

Tags: #Cara Mengerjakan Solat Jamak #cara mengerjakan solat jamak dan qasar #Cara Mengerjakan Solat qasar #fadhilat solat jamak dan qasar #niat solat jamak #niat solat qasar #panduan lengkap solat jamak qasar #panduan solat jamak #panduan solat qasar #rukhsah solat #solat ketika bermusafir #syarat solat jamak #syarat solat qasar

Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seorang Muslim
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
Cara Mengesan Gangguan Jin Dalam Tubuh Anak
Untuk membendung gangguan jin pada anak, cegahlah dengan anak-anak supaya tidak keluar pada
5 Manfaat Disebalik Air Zam Zam
Air Zam Zam sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia.
Bacaan Selawat Nabi Lengkap Dalam Jawi & Rumi Beserta Terjemahannya
Bacaan Selawat dalam Jawi dan Terjemahannya   صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah

Comments are closed.