Kenali Akma Abdullah, Pengacara Go Shop Yang Versatil

Akma Abdullah, Pengacara Go Shop Yang Versatil

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaharu tentang salah seorang finalis Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Akma atau nama lengkapnya Asiah Tunakma Abdullah.

Selepas menyertai program realiti nyanyian berkenaan, pintu rezekinya lebih kearah bidang lakonan berbanding nyanyian. Antara drama dan telefilem yang telah dibintanginya adalah Daun Kesum Daun Kari, Bukan Aku dan Otai.

Biarpun lama tidak muncul di kaca televisyen, aktres berbintang Pisces ini aktif menerima undangan bagi membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat dan persendirian.

Terkini, anak jati Kuala Lumpur ini tampil sebagai sekarang pengacara program beli-belah secara atas talian, Go Shop di saluran Astro 118 bersama-sama Syakirin Husnal, Kym Hassan, Tahirah Sirat, Aina Wahida dan Hazim Shauki.

Ternyata figura berusia 33 tahun ini berbakat dalam bidang pengacaraan selain berlakon dan menyanyi.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan pelantun lagu Percaya Pada Cinta dan Tetap Menanti yang versatil ini. Check it out!

Biodata Ringkas Akma Abdullah

Nama Penuh: Asiah Tunakma Abdullah
Nama Komersil: Akma Abdullah/Akma AF3
Umur: 33 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 9 Mac 1985
Zodiak: Pisces
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak keempat daripada enam beradik
Kerjaya: Pengacara, Penyanyi, Pelakon & Usahawanita
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Percaya Pada Cinta, Tetap Menanti dan Pergilah.

TV Show: Go Shop.

Drama/Telefilem: Bukan Aku, Farah Shaqira, Pria, Daun Kesum Daun Kari & Otai.

Filem: Hooperz

Laman Media Sosial Akma Abdullah

Trivia Menarik Tentang Akma Abdullah

  • Menamatkan zaman solonya dengan pemuda bernama Farih Hamshi pada 30 Jun 2012.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Akma dan suaminya dikurnikan dua cahaya mata iaitu Awatif Husna Hamshi (5 tahun) dan Fayyaaz Hamshi (3 tahun).
  • Sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur dalam jurusan Pengurusan Industri Kreatif.
  • Beliau adalah graduan jurusan Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Pernah menjadi guru tadika di ibu kota dan mengajar muzik selama dua tahun.
  • Taglinenya ketika di AF3 adalah Konichiwa.
  • Akma juga pernah mewakili pasukan Selangor dalam sukan bola baling.
  • Akma mula berhijab sepenuh pada tahun 2011.
  • Kakaknya iaitu Sofea Abdullah merupakan bekas penyampai radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Akma tersingkir dari pentas AF3 pada minggu kelapan selepas mendendangkan lagu tugasan berjudul Selamat Jalan Romeo nyanyian asal Ramlah Ram.
  • Setakat ini, Akma memiliki seramai 43,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Akma Abdullah, Pengacara Go Shop Yang Versatil

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Akma Abdullah #Akma Abdullah Host Go Shop #akma abdullah instagram #Akma Abdullah Pengacara Go Shop #Akma AF3 #Akma AF3 Pengacara Go Shop #Akma Akademi Fantasia 3 #anak akma abdullah af #Biodata Akma Abdullah #Biodata Akma AF3 #Images for akma abdullah af3 #Kenali Akma Abdullah #Mrs. Farih Hamshi #Pengacara Go Shop #Profil Akma Abdullah #Profil Akma AF3

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Akma Abdullah, Pengacara Go Shop Yang Versatil"