Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan

Beli Rumah

Setiap bank mempunyai kriteria masing-masing untuk meluluskan sesuatu permohonan pinjaman. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang itu layak atau tidak memohon pinjaman adalah berdasarkan kepada komitmen bulanan pemohon.

Kriteria pendapatan yang diambil kira sebelum meluluskan sesuatu pinjaman adalah seperti berikut :

  • Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji bulanan)
  • Bonus tahunan. Ia dikira dengan dibahagikan 12 bulan.
  • Komisen lain seperti komisen insurans Takaful. Namun, pendapatan ini harus diisytiharkan dan dibayar cukai.
  • Sumber pendapatan daripada penyewaan (dibuktikan melalui perjanjian / kontrak sewaan).

Perkara utama yang diambilkira oleh pihak bank dalam meluluskan sesuatu pinjaman adalah seperti berikut :

  • Komitmen bayaran bulanan sewa beli kenderaan
  • Outstanding baki hutang kad kredit
  • Komitmen pinjaman peribadi atau personal loan
  • DSR (Debt Service Ratio)

Untuk pengetahuan anda, kelulusan sesuatu pinjaman perumahan bergantung kepada DSR (Debt Service Ratio) seseorang. DSR ialah berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan.

DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang boleh kita ada. Kadangkala kadar DSR juga akan berubah mengikut dasar semasa kerajaan. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta. Secara lazimnya kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara boleh dianggap sebanyak 70%

Bagaimanakah cara untuk mengira DSR (Debt Service Ratio)

Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:

  • Hutang kereta RM 700.00
  • Purata bayar hutang kad kredit RM 150.00
  • Hutang ASB RM 500.00
  • Hutang personal loan RM 600.00

Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000. Jadi, berdasarkan kadar DSR yang ditetapkan 70% maka kita cuma dapat membuat pinjaman baru sehingga RM 850.00 sahaja.

Formula DSR :

DSR = Jumlah komitmen (Installment bulanan rumah + installment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + installment personal loan) / Gaji bulanan x 100

Untuk kira anggaran installment bulanan rumah dengan mudah, kita juga boleh cuba memuatnaik aplikasi dalam application Play Store bagi pengguna telefon pintar android. Antara aplikasi yang boleh anda guna seperti Home Loan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan loan calculator yang boleh dijumpai di mana-mana laman rasmi bank atau laman web yang berkaitan hartanah.

Contoh pengiraan di laman web bank : http://www.bankislam.com.my/home/calculators/personal-financing-debt-service-ratio-calculator/

home-loan-application-150x150 Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan

Home Loan Application

Loading...

Tags: #asb loan dikira komitmen #cara beli rumah secara pinjaman #cara kira DSR pemohon pinjaman #cara mohon pinjaman perumahan dengan bank #cara untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) #hutang dikira komitmen bulanan #kadar DSR bank #komitmen diambil kira untuk kelulusan pinjaman perumahan #kriteria kelulusan pinjaman oleh bank

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan"