Biodata Tengku Fiella, Aktres Cun Drama Kisah Yang Hilang

Biodata Tengku Fiella, Aktres Cun Drama Kisah Yang Hilang

Meskipun telah lama bergelar seorang anak wayang, wanita bernama Tengku Fiella ini masih lagi kurang dikenali berbanding pelakon-pelakon wanita yang lain di dalam industri seni hiburan tanah air.

Bakat yang dimiliknya tidak boleh dipandang enteng lebih-lebih lagi ketika memegang watak antagonis seperti wanita jahat dan penggoda.

Antara drama rantaian dan telefilem yang pernah dibintanginya adalah Misi Laksa Dan Laksam, Semusim Rindu, Si Kolot Suamiku, Hantu Punya Bos dan Selipar Jepun Stiletto Merah.

Terkini, si cantik ini muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu drama bersiri Kisah Yang Hilang yang sedang hangat ditayangkan di slot Seramedi di TV3 mulai 26 Disember 2017 lalu.

Selain Fiella, drama 20 episod ini turut dijayakan oleh Izzue Islam, Eyka Farhana, Aizat Hassan, Wan Gegau dan Epy Kodiang.

Jom kenali figura berbintang Capricorn ini dengan lebih dekat!

Biodata Ringkas Tengku Fiella

Nama Penuh: Tengku Norshufilla Tengku Mohammad Shubli
Nama Komersil: Tengku Fiella (Fiella)
Umur: 26 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 14 Januari 1992
Zodiak: Capricorn
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Adik Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Kelantan

Drama/Telefilem: Kisah Yang Hilang, Semusim Rindu, Misi Laksa Dan Laksam, Si Kolot Suamiku, Lafazkan Kalimat Cintamu, Cik Oxford Mr Mesir, Gugurl Propa, Calon Menantu Bapa, Cinta Kau Tak Layak Untuk Aku, Hantu Punya Bos, Selipar Jepun Stiletto Merah, Playboy Kantoi, Bomba Hero: The Series, Lip Lap Raya, Dendam Semalam dan banyak lagi.

Filem: Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, Keranda Tok Wan Terbang & Isteri Untuk Dijual.

Laman Media Sosial Tengku Fiella

Trivia Menarik Tentang Tengku Fiella

  • Fiella adalah berketurunan kerabat diraja negeri Kelantan (sebelah ayahnya).
  • Fiella merupakan bekas teman wanita kepada pemain bola sepak tempatan, Nazmi Faiz Mansor.
  • Figura cantik ini bernaung di bawah label Metrowealth International Group (MIG Production Sdn Bhd).
  • Sejak kecil lagi, Fiella didedahkan dengan seni teater, tarian dan nyanyian.
  • Untuk info, wanita ini pernah berkhidmat sebagai pramugari di Firefly selama dua tahun manakala di Air Asia selama setahun.
  • Menggemari masakan seperti gulai ikan keli dan masak singgang.
  • Di samping bergelar selebriti, Fiella juga bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan berjaya di masa depan.
  • Sangat mengagumi kejayaan dan percapaian Neelofa dalam bidang seni dan bisnes.
  • Sejak kecil lagi, Fiella tinggal dan dijaga oleh neneknya selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai.
  • Kelab peminatnya dikenali sebagai Fiella Fairies.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Tengku Fiella, Aktres Cun Drama Kisah Yang Hilang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Tengku Fiella #Kenali Tengku Fiella #Pelakon Drama Kisah Yang Hilang #Profil Tengku Fiella #siapa tengku fiella #Tengku Fiella #tengku fiella adik neelofa #tengku fiella biodata #tengku fiella instagram #Tengku Fiella Pelakon Drama Kisah Yang Hilang #Tengku Fiella Pelakon Semusim Rindu #tengku fiella semusim rindu #Tengku Norshufilla Tengku Mohammad Shubli #Trivia Menarik Tengku Fiella

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Tengku Fiella, Aktres Cun Drama Kisah Yang Hilang"