Kenali Kaka Azraff, Penyanyi Cantik & Serba Boleh

Kenali Kaka Azraff, Anak Sedara Ella, Penyanyi Cantik & Serba Boleh

Bukan Hal Aku, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta dan Terima Kasih. Itulah untaian hit penyanyi bernama Nur Atiqa Noor Azraff atau nama komersilnya Kaka Azraff.

Dikurniakan suara yang serak-serak basah dan tersendiri, satu persatu lagu nyanyiannya samaada secara solo atau duo bertakhta di carta muzik radio tempatan dan menjadi siulan para penikmat muzik tanah air.

Jika penyanyi lain memilih irama lagu-lagu balada cinta tangkap leleh yang sememangnya popular sekitar 90-an, wanita berusia 29 tahun ini pula memartabatkan lagu-lagu berunsur urban hip hop dan Electronic Dance Music (EDM).

Keluar dari zon selesa sebagai seorang penyanyi, figura berasal dari Klang, Selangor ini mencabar dirinya sebagai seorang pelakon dan pengacara. Antara drama lakonannya adalah Dunia Generasi Baharu, Plan Cinta Tak Jadi dan Kesempatan Kedua.

Terkini, Kaka sedang ligat mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Kembali yang dicipta sepenuhnya oleh The Good Fellas.

Apa tunggu lagi, jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik Kaka Azraff dibawah. Take a look!

Biodata Ringkas Kaka Azraff

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Nama Komersil: Kaka Azraff
Umur: 29 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 20 Mei 1989
Zodiak: Taurus
Asal: Klang, Selangor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Pengacara & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Kembali, Bukan Hal Aku (duet bersama Sleeq), Terima Kasih, Infiniti Cinta (duet bersama Zizan Razak), Bawaku Pergi (duet bersama Zizan Razak), Kudrat, Terpulanglah, Perjalanan (duet bersama Sleeq), Ada JalanNya (duet bersama Awi Rafael).

Drama/Telefilem: Plan Cinta Tak Jadi, Kesempatan Kedua, Dunia Generasi Baharu.

Filem: 7 Dimensi Aliff, Interchange & Cinta Paradoks.

Laman Media Sosial Kaka Azraff

Trivia Menarik Tentang Kaka Azraff

  • Kaka merupakan anak saudara kepada Ratu Rock Malaysia, Ella.
  • Pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah pada 2006 lalu.
  • Figura ini juga adalah wajah Selebriti Sokongan Riben Merah selian Majlis Aids Malaysia.
  • Berkawan baik dengan selebriti popular tempatan, Juliana Evans dan Hanny Madu.
  • Naib johan program nyanyian secara duet terbitan Astro Ria, Duo Starz berpasangan dengan Awi Rafael.
  • Bukan itu sahaja, si cantik molek ini juga pernah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 bersama Johan As’ari namun tersingkir di episod kesepuluh.
  • Jurucakap kepada produk kecantikan berjenama antarabangsa, Ponds.
  • Pernah menjalinkan cinta dengan gitaris kumpulan Kristal, Rody sebelum putus di tengah jalan.
  • Masih lagi bernaung dibawah label pengurusan Uprising Entertainment.
  • Pertama kali ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 2015 menerusi lagu Bukan Hal Aku.
  • Pernah mengacarakan program #Supper yang disiarkan di TV9.
  • Turut memiliki bisnes minyak wangi berjenama sendiri iaitu Kleiz By Kaka Azraff.
  • Kaka memiliki lebih 500,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Kaka Azraff, Penyanyi Cantik & Serba Boleh

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Kaka Azraff #Kaka Azraff #Kaka Azraff Anak Saudara Ella #kaka azraff ella #kaka azraff facebook #kaka azraff instagram #kaka azraff kahwin #kaka azraff kembali #Kaka Azraff Profile #kaka azraff songs #kaka azraff terima kasih #Kenali Kaka Azraff #Nor Atiqa Noor Azraff #Profil Kaka Azraff

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Kaka Azraff, Penyanyi Cantik & Serba Boleh"