Kantoi! Ini Cara Mengesan Seseorang Itu Bercakap Bohong Atau Menipu!

Mengesan Orang Menipu

Tidak ada seorang pun di dunia ini yang ingin dibohongi. Seiring dengan berkembangnya zaman dan kemajuan pada masa kini, pakar-pakar psikologi banyak menemui cara-cara untuk mengetahui gerak-geri yang biasanya dilakukan oleh seseorang penipu atau pembohong.

Memang tidak mudah untuk mengesan mimik wajah seseorang apabila berkata-kata, tetapi ada beberapa tanda yang boleh anda amati jika seseorang itu sedang berbohong. Pos pada kali ini ingin berkongsi kepada para pembaca 10 cara untuk mengetahui jika seseorang itu berbohong bila berkata-kata.

  1. Lihat Matanya

Jika matanya melihat ke kiri atas, maka dia cuba ingat pengalaman berkaitan dengan pertanyaan anda. Mata melihat ke kanan atas, maka dia akan sedikit mengarang ayat kerana belum siap dengan jawapannya. Bila matanya melihat ke kiri bawah, maka dia sedang mengambil fakta dari masa lalunya (jujur). Mata melihat ke kanan bawah pula terhubung dengan perasaan seseorang, maknanya apa yang disampaikan bukan sebuah rekaan.

  1. Lihat Dari Mimik Mukanya

Amati mimik wajahnya, adakah pipinya merona, lubang hidung melebar. Kebiasaan pembohong tiba-tiba menggigit bibir, berkelip cepat sehingga menarik nafas dalam-dalam ketika berbicara. Kalau dia melakukan hal-hal tersebut biasanya itu tanda bahawa dia sedang berbohong kepada anda.

  1. Perhatikan Bahasa Tubuhnya

Anda  boleh mengesan adakah seseorang sedang berbohong atau tidak melalui bahasa tubuhnya. Namun, cara ini hanya boleh dilakukan jika dia tidak dalam keadaan sibuk. Pertama, perhatikan tangannya. Jika dia meramas kedua tangannya waktu berbual dengan anda atau meraut atau menyentuh wajah, itu tanda bahawa dia sedang cemas atau sedang menutup cerita yang sebenarnya.

amati juga kakinya. Jika kakinya dilihat sering bergerak, mungkin dia terasa tegang dan ingin segera mengakhiri topik yang sedang dibicarakan (di mana topik ini biasanya mengandungi penipuan atau pembohongan).

  1. Lihat Cara Dia Tersenyum

Perhatikan dengan baik bagaimana dia tersenyum ketika anda berdua membicarakan topik tertentu. Misalnya, lihat gerakan mulut dan mata ketika dia tersenyum. Jika dia tersenyum lepas yang melibatkan seluruh organ wajah, itu tandanya dia jujur. Tetapi kalau dia tersenyum seolah terpaksa, itu tanda bahawa dia sedang berbohong.

  1. Cara Bicaranya

Untuk mengesan seseorang itu berbohong atau tidak, anda perlu melihat atau merasakan bagaimana pola nafasnya ketika berbicara, adakah cepat atau lambat. Jika dia berkata-kata dengan terlalu cepat atau terlalu lambat, biasanya dia sedang tidak berkata jujur.

  1. Terlalu Banyak Menyentuh Bahagian Tubuh

Saat seseorang berbohong, biasanya akan terdapat perubahan perilaku yang dilakukan. Mulai dari nada perbualan, postur dan gerakan tangan akan berubah. Hal-hal sederhana seperti ini sering terjadi dan dilakukan untuk menutupi pembohongan dari cerita yang anda dengari. Saat berbohong, dia juga biasanya akan sering menyentuh beberapa bahagian tubuh tertentu seperti wajah, bibir, dan leher.

  1. Memalingkan Muka Ketika Ditanya

Jika anda bertanyakan satu soalan yang sulit, kemudian dia memalingkan muka, itu mungkin sesuatu yang wajar. Namun, jika pertanyaan sederhana saja yang dilontarkan dan dia menghindari tatapan anda, maka anda perlu curiga kerana jawapan yang akan diberikan oleh dia mungkin adalah jawapan yang tidak jujur.

  1. Sifat Defensif

Ketika anda mengajukan pertanyaan, dia seolah terasa sedang dihakimi. Padahal anda hanya mengajukan pertanyaan biasa. Malah, dia melakukan sikap defensif dengan nada marah dan menuduh anda terlalu curiga.

  1. Menukar Topik Perbualan

Ketika dia berusaha mengalihkan perbualan secara halus dengan membicarakan topik lain, ada dua kemungkinan. Pertama, dia tidak tertarik dengan topik itu atau yang keduanya, dia sedang berbohong. Jika setelah topik lain yang dibicarakan dan dia menghela nafas panjang, mungkin dia tidak jujur. Ini kerana dia sudah berasa lega kerana tidak perlu lagi berbohong pada anda.

  1. Dengarkan Dengan Cermat Apa Yang Dibicarakan

Seseorang yang berbohong cenderung menggunakan kata-kata seperti “tapi”, “kecuali”, “sedangkan” kerana proses berfikir yang rumit berlaku ketika sedang berbohong. Biasanya mereka juga suka melakukan pengulangan.

Bagi seorang kaki bohong, mereka sebenarnya lupa apa yang pernah dibohongi olehnya kepada seseorang dan bila berlaku pengulangan, anda boleh mengesan jika dia berbohong ataupun tidak.

Kesimpulannya, memang hati kita sebagai manusia biasa akan terasa sakit bila dibohongi oleh seseorang, lebih-lebih lagi orang yang kita percayai. Tetapi, mungkin ada sebab dan alasan kenapa mereka berbohong. Jangan sesekali kita cepat menghakimi orang bahawa dia berkata bohong ataupun jujur, kerana itu adalah urusannya dengan Tuhan.

Sumber rujukan : https://ngonoo.com

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #bercakap bohong #cara mengetahui seseorang berbohong #cara mengetahui seseorang menipu #gaya orang menipu #kesan orang cakap menipu #tips mengesan pembohong

Khasiat Daun Inai Dan Kegunaannya Selain Menjadi Bahan Kecantikan Wanita
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ; “Janganlah kamu mencabut uban
5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!
Dari dahulu sehingga kini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Komunikasi,
Tampil Cantik Macam Selena Gomez? Ikuti 4 Tips Mudah Ini!
Talking about being a successful girl, Selena Gomez sangat sesuai dijadikan inspirasi. Bukan
Tips Mengenal Sifat Lelaki, Wanita Kena Baca Fakta Ini!
Bagi wanita yang ingin mengenali sifat dan sikap seorang lelaki, manusia yang berjantina

Comments are closed.