Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo

Pelakon Korea Song Hye Kyo

Siapa tidak kenal dengan aktres yang cantik ini. Bagi penggemar drama dan filem Korea, pasti nama Song Hye Kyo tidak asing lagi bagi anda. Dilahirkan pada 22 November 1981, pelakon berusia 36 tahun ini memasuki industri hiburan pada tahun 1996 apabila memenangi hadiah utama dalam SunKyung Smart ketika berada di tahun ketiga pengajian di sekolah tinggi junior. Tidak berapa selepas itu, Song Hye Kyo membintangi drama pertamanya, Happy Morning.

Sejak itu, Song Hye Kyo terus terbabit dalam beberapa drama dan sitkom. Namun namanya mula masyhur serata Asia setelah menjadi watak utama dalam drama Autumn In My Heart pada tahun 2000 bergandingan dengan Song Seung-hun dan Won Bin.

Populariti Song Hye Kyo semakin meningkat setelah dia menggalas watak utama dalam drama All In bergandingan dengan aktor terkenal Lee Byung-hun. Kemudian disusuli dengan kejayaan drama Full House bergandingan dengan Rain. Song Hye Kyo membintangi filem pertamanya My Girl And I, sebuah filem yang menarik untuk anda tonton dan mampu membuat penonton menitiskan air mata.

Song Hye Kyo pernah diiktiraf sebagai wanita tercantik Korea. Pada 2010, Song Hye disenaraikan pada kedudukan ke-18 dalam senarai TC Candler’s bagi “Most Beautiful Faces”. Aktres cantik dan berbadan kecil ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak Hyun Bin setelah mereka sama-sama bergandingan dalam drama The World That They Live In pada tahun 2008.

Bagi peminat drama dan filem Korea, pada pos kali ini penulis menyenaraikan daftar lengkap semua drama dan filem lakonan Song Hye Kyo.

Senarai drama lakonan Song Hye Kyo :

  • Descendants of The Sun : BTS (2016) – watak utama sebagai Dr. Kang Mo Yeon
  • Descendants of The Sun : Recap Special (2016) – watak utama sebagai Dr. Kang Mo Yeon
  • Descendants of The Sun (2016) – watak utama sebagai Dr. Kang Mo Yeon
  • The Winter, The Wind Blows (2013) – watak utama sebagai Oh Yeong
  • The World That They Live In (2008) – watak utama sebagai Ju Jun Young
  • Full House (2004) – watak utama sebagai Han JI Eun
  • Rays of Sunshine (2004) – watak utama sebagai Ji Yeon Woo
  • All In (2003) – watak utama sebagai Angela/Min Soo Yeon
  • Guardian Angel (2001) – watak utama sebagai Jeong Da So
  • Hotelier (2001) – watak utama sebagai Kim Yun Hee
  • Autumn In My Heart (2000) – watak utama sebagai Choi Eun Suh
  • Sweet Bride (1999) – watak sampingan
  • White Nights 3.98 (1998) – watak sampingan
  • Soonpoong Clinic (1998) – watak utama sebagai Oh Hye Gyo
  • Six Siblings (1998) – watak sampingan sebagai Choi Eun Shil
  • First Love (1996) – watak sampingan sebagai Jung Ah

Senarai filem lakonan Song Hye Kyo :

  • The Crossing Part 2 (2015) – watak utama sebagai Zhou Yunfen
  • The Queens (2015) – watak utama sebagai Annie
  • The Crossing (2014) – watak utama sebagai Zhou Yunfen
  • My Palpitating Life (2014) – watak utama sebagai Mi Ra
  • The Grandmaster (2013) – watak sampingan sebagai Cheung Wing Sing
  • A Reason To Live (2011) – watak utama sebagai Da Hye
  • Countdown (2011) – watak undangan
  • Fetish (2010) – watak utama sebagai Julie
  • Camellia (2010) – watak utama sebagai Bo Ra
  • The Legendary Courtesan Hwang Jin Yia (2007) – watak utama sebagai Jin Yi
  • My Girl and I (2005) – watak utama sebagai Su Eun

Song-Hye-Kyo-cantik-300x300 Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo Song-Hye-Kyo-korean-actress-300x300 Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo Song-Hye-Kyo-photo-300x300 Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo Song-Hye-Kyo-senyum-300x300 Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo

Loading...

Tags: #Drama dan Filem Song Hye Kyo. Song Hye Kyo #drama korea #filem korea #KBS Drama #korean artist #korean drama #Pelakon Korea Song Hye Kyo #SBS Drama

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Senarai Terlengkap Drama & Filem Song Hye Kyo"