Resipi Nasi Air Ala Thai

Nasi Air Thailand Sedap

Bahan-bahan :

  • Nasi – dimasak lembik (boleh juga dimasak bersama daun pandan)
  • Daging dan ayam secukupnya
  • 5 inci halia ditumbuk lumat
  • Segenggam cili padi
  • 4 sudu makan cuka
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kiub pati ayam

Bahan / lauk tambahan :

  • Ikan bilis goreng
  • Bawang goreng
  • Daun sup – dihiris halus-halus
  • Limau nipis – diperah semasa makan
  • Telur asin
  • Sedikit bihun garing (dicuci, sejatkan dan goreng terendam hingga garing)
  • kicap cair
  • Lada kicap (kicap cair dicampur dengan hirisan kecil cili api)

Cara penyediaan nasi dan sup :

  1. Masak nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  2. Daging dipotong kecil dan direbus dalam air yang banyak.
  3. Ayam dipotong beberapa bahagian dan direbus bersama daging.
  4. Setelah empuk, daging dan ayam (isinya disiat-siat) dikeluarkan dan ditoskan.
  5. Air rebusan daging dan ayam tadi dipanaskan semula dan ditambah dengan kiub pati ayam,garam dan gula secukup rasa.
  6. Anda boleh juga tambahkan air jika menyukai kuah yang banyak.

Cara penyediaan air lada :

  1. Cili padi ditumbuk lumat (Boleh juga jika ingin masukkan 1 ulas bawang putih dan ditumbuk bersama)
  2. Masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  3. Tambahkan cuka, gula dan garam sesedap rasa.

Cara hidangan :

  1. Masukkan nasi dalam mangkuk beserta isi ayam,daging dan gaulkan.
  2. Masukkan air rebusan (air sup).
  3. Taburkan dengan telur asin, ikan bilis goreng, bihun garing, bawang goreng dan daun sup.
  4. Perasakan dengan air lada, kicap cair, lada kicap dan perahkan air limau nipis untuk rasa masam,pedas,masin.
  5. Hidangan siap untuk dimakan.

Carian Berkaitan

cerita haqim rosli
Loading...

Tags: #cara masak nasi air #masakan ala thai #masakan kelantan #masakan timur #nasi air #nasi air sedap #resepi nasi air #resepi nasi air siam #resepi nasi air thai #resepi nasi air thailand

Resipi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam
Bahan nasi : 1 kg beras Siam/beras biasa 125ml susu cair 1 biji
Resipi Nasi Arab Kabsah Yang Ringkas Dan Lazat
Bahan-bahan : 1 kg lamb shoulder – dipotong kiub atau 1 ekor ayam
Resipi Ayam Penyet Yang Mudah Dan Lazat
Bahan-bahan untuk ayam penyet : 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus
Resipi Nasi Kerabu Biru @ Nasi Kerabu Kelantan
Bahan-bahan nasi : 3 cawan/pot beras Sedikit pewarna biru atau bunga telang Air

Comments are closed.