Sejarah Jabal Rahmah, Kisah Pertemuan Nabi Adam & Siti Hawa

Sejarah Jabal Rahmah, Kisah Pertemuan Nabi Adam & Siti Hawa

Pertemuan Antara Nabi Adam & Siti Hawa

Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Padang Arafah boleh dikatakan sebuah kisah cinta abadi. Kisah pencarian kasih sayang yang berhujung dengan kebahagiaan. Padang Arafah menjadi saksi sejarah bagaimana Nabi Adam selama ratusan tahun mencari isterinya setelah diusir dari syurga.

Itulah monumen cinta pertama peradaban manusia yang disimbolkan dengan sebuah tugu di Padang Arafah. Pertemuan mereka di Padang Arafah ini kemudian menjadi puncak ibadah haji. Seluruh umat Islam berkumpul dan berdiam diri di sana pada tanggal 9 Dzulhijjah. Arafah adalah simbol suci sebuah ritual perjalanan rohani kepada Allah s.w.t yang menggenapkan rukun Islam.

Begitu dalam penyesalan Nabi Adam ketika baginda diturunkan ke bumi, di tempat yang terpisah dengan isteri tercinta. Terpisah oleh tempat yang sangat jauh, rasa sepi dan rindu yang begitu luar biasa. Mereka terpisah cukup lama. Sebuah riwayat menyebutkan bahawa mereka terpisah selama 500 tahun, dan ada yang menyebut 300 tahun. Namun, ada juga yang menyatakan bahawa mereka terpisah selama 40 tahun.

Setelah diusir dari syurga, di manakah Adam dan Hawa diturunkan? Belum ada keterangan yang sahih tentang itu. Namun, sebahagian ulama sepakat, bahawa keduanya diturunkan secara terpisah dan kemudian bertemu di Jabal Rahmah, iaitu di Arafah.

Menurut Al-Imam At-Thabari dalam kitabnya, bahawa Mujahid meriwayatkan keterangan Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutthalib yang mengatakan : “Adam diturunkan dari syurga ke bumi di negeri India.” Abu Shaleh meriwayatkan juga dari Ibnu Abbas yang menerangkan bahawa Hawa diturunkan di Jeddah yang merupakan sebahagian dari Makkah. Kemudian dalam riwayat lain At-Thabari meriwayatkan lagi bahawa iblis diturunkan di negeri Maisan, iaitu negeri yang terletak antara Basrah dengan Wasith. Sedangkan ular diturunkan di negeri Asbahan (Iran).

Riwayat lain menyebutkan, Adam diturunkan di bukit Safa dan Siti Hawa di bukit Marwah. Sedangkan riwayat lain menyebutkan Adam a.s diturunkan di antara Makkah dan Thaif. Ada pula yang berpendapat Adam diturunkan di daerah India, sementara Hawa diturunkan di Iraq. Al-Qur’an sendiri tidak menerangkan secara jelas di mana Adam dan Hawa diturunkan. Al-Qur’an hanya menjelaskan tentang proses diturunkan Adam dan Hawa ke bumi.

Sejarah Jabal Rahmah

Bila sebahagian ulama berselisih pendapat mengenai tempat diturunkannya Adam dan Hawa, namun mereka bersepakat kedua-duanya kemudian bertemu di Jabal Rahmah, setelah mereka terpisah selama ratusan tahun. Keyakinan bahawa bertemunya Adam dan Hawa di Jabal Rahmah di Arafah itu kemudian dikukuhkan lagi dengan dibangunkan sebuah tugu oleh pemerintah Arab Saudi di tempat tersebut.

Al Imam Al Auza’ie meriwayatkan dari Hasan bin Athiyyah bahawa Adam dan Hawa menangis ketika turun ke bumi selama 60 tahun kerana menyesali pelbagai kenikmatan di syurga yang tidak dapat dinikmati lagi oleh kedua-duanya di bumi ini. Kedua-duanya juga menangis kerana menyesali dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Demikianlah Ibnu Katsir meriwayatkannya dalam Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jilid 1 halaman 74.

“Sejak diturunkan ke bumi, Hawa terus memikirkan Nabi Adam. Bagaimana keadaannya sekarang? Apakah ia sanggup hidup sendirian di bumi ini? Hawa bertekad untuk bertemu Nabi Adam. Hawa terus berjalan menyusuri pelusuk bumi. Sesekali ia beristirehat sambil memakan buah-buahan. Ia terus berdoa kepada Allah s.w.t agar segera dipertemukan dengan Nabi Adam. Hawa tiba di sebuah padang pasir dan bukit yang sangat gersang.  Ia sudah sangat kelelahan dan hampir putus asa. Kemudian ia berdoa kepada Allah s.w.t dengan sangat khusyuk. Rupanya Allah s.w.t telah mengabulkan doanya. Hawa melihat susuk yang sangat ia kenali. Iaitu Nabi Adam. Hawa memanggil Nabi Adam dan Nabi pun memanggil Hawa dengan penuh kerinduan. Inilah saat yang paling membahagiakan bagi mereka.”

Itulah petikan kisah tentang pertemuan Adam dan Hawa di bumi dalam buku “Ensklopedia Kisah Al-Qur’an” terbitan Gema Insani Press. Mungkin kisah ini menggambarkan manusia pada umumnya. Sifat wanita yang mengambil berat jelas tergambar dalam petikan cerita di atas. Hawa terus memikirkan Nabi Adam dan ingin segera bertemu dengan Nabi Adam. Ternyata, bukan kerana sekadar melepaskan rindu dirinya pada Adam, tetapi lebih memikirkan keadaan Nabi Adam. Apakah Adam sanggup hidup sendiri di bumi? Hawa tidak memikirkan dirinya sendiri. Itulah sifat dasar wanita, ketika memutuskan sesuatu, mereka selalu mempertimbangkan orang lain bukan hanya kepentingan diri sendiri.

Setelah saling mencari dengan sekian lama, dengan petunjuk Allah s.w.t dan bimbingan dari Malaikat Jibril, Nabi Adam dan Hawa akhirnya dipertemukan di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Jabal Rahmah terletak di sebelah timur Padang Arafah, iaitu sekitar 20 kilometer dari ibukota Makkah. Sesuai dengan namanya, “jabal” bererti bukit atau gunung, sedangkan “rahmah” bererti kasih sayang. Dengan kata lain, Jabal Rahmah adalah gunung kasih sayang yang menjadi tempat dipertemukannya kembali nenek moyang manusia di bumi.

Jabal Rahmah adalah bukit berbatu di bahagian timur Padang Arafah, yang menjadi saksi abadi sejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah ratusan tahun berpisah setelah diturunkan dari syurga. Jabal Rahmah berada pada ketinggian lebih kurang 60 meter. Di atasnya, terdapat sebuah tugu bersegi empat dengan ketinggian sekitar 8 meter.

Setelah dipertemukan kembali dengan isterinya di Jabal Rahmah, Nabi Adam membina keluarga dan melahirkan 20 pasang kembar putera dan puteri. Anak Nabi Adam a.s yang sering disebut antaranya ialah Qabil dan Iqlima serta Habil dan Labuda. Ketika keempat-empat anaknya ini dewasa, Nabi Adam a.s mendapat petunjuk dari Allah s.w.t untuk menikahkan anak-anaknya ini secara bersilangan, iaitu Qabil dengan Labuda dan Habil dengan Iqlima. Namun, Qabil menolak kerana Iqlima lebih jelita berbanding Labuda.

Atas petunjuk Allah s.w.t, Nabi Adam menyuruh kedua-dua puteranya untuk berkorban. Barang siapa korbannya diterima, maka dialah yang berhak memilih jodohnya. Habil kemudiannya mempersembahkan kambing kesayangannya, sedangkan Qabil menyerahkan sekarung gandum yang paling mudah dimiliki. Maka, Allah s.w.t menerima korban Habil. Namun, Qabil memberontak dan malah membunuh saudaranya, Habil. Inilah peristiwa pembunuhan pertama yang terjadi di bumi. Peristiwa ini dikisahkan dalam ayat berikut:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika kedua-duanya mempersembahkan korban. Maka, diterima dari salah seorang dan mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). la (Qabil) berkata, ‘Aku pasti membunuhmu!’ Berkata Habil, ‘Sesungguhnya, Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”

(Surah al-Maa’idah, ayat ke-27)

Nabi Adam dianggarkan hidup selama 930 tahun setelah penciptaannya. Namun, ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda berusia 1000 tahun. Sebuah hadis menyebutkan, pada akhir hidupnya, Nabi Adam a.s sangat rindu untuk memakan buah syurga. Setelah wafat, baginda dimakamkan di India, dan menurut pendapat yang lainnya, baginda dimakamkan di Makkah. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa baginda dimakamkan di Baitulmuqaddis.

Apabila tiba musim haji, jemaah haji akan berkumpul di Jabal Rahmah bagi mengingatkan kembali bagaimana Nabi Adam a.s bersukacita dalam pertemuan dengan isterinya setelah lama terpisah. Inilah sebuah kisah romantis pertama dalam perjalanan hidup manusia di dunia. Selain itu, umat Islam harus memikirkan betapa besar dan luar biasanya kasih sayang Allah s.w.t kepada umat manusia. Jabal Rahmah menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang Allah s.w.t yang tidak berbelah bahagi.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang berkesempatan untuk mengerjakan umrah ke tanah suci, ambillah peluang untuk menziarahi Jabal Rahmah dan menghayati kisah perjuangan Nabi Adam a.s dan Siti Hajar. Semoga ia memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

Carian Berkaitan: pertemuan nabi adam dan siti hawa, sejarah nabi adam dan siti hawa
Loading...

Tags: #adam dan hawa #bukit cinta adam dan hawa #doa di jabal rahmah #gunung kasih sayang #hadits tentang jabal rahmah #Images for Jabal Rahmah #jabal rahmah #jabal rahmah adam hawa #Jabal Rahmah Bukit Cinta Kasih adam hawa #jabal rahmah wikipedia #keistimewaan jabal rahmah #Keistimewaan Tersembunyi di Balik Jabal Rahmah #Kisah antara Nabi Adam dan Siti Hawa #kisah pembunuhan pertama dalam sejarah dunia #kisah pertemuan nabi adam dan hawa #kisah turunnya nabi adam dan hawa ke bumi #lokasi jabal rahmah #padang arafah #pengertian jabal rahmah #sejarah jabal rahmah #Sejarah Tentang Jabal Rahmah #siti hawa nabi adam #tempat nabi adam dan hawa bertemu di bumi #tempat nabi adam diturunkan di bumi

Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Amalan Mudah Mendapat Jodoh. Yang Belum Berpunya Boleh Cuba Petua Ini!
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

Leave a reply "Sejarah Jabal Rahmah, Kisah Pertemuan Nabi Adam & Siti Hawa"