Gagap Ketika Bercakap? Ini Teknik Mengatasinya Agar Komunikasi Anda Lebih Lancar!

Gagap Ketika Bercakap

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan “meja” akan menjadi sama ada “m-m-m-m-…m-meja” atau “me-me-me-me-…-me-meja”.

Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masalah tersebut. Dalam bahasa Inggeris British istilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas.(wikipedia.org)

Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk menghilangkan gagap. Berikut adalah beberapa cara mengatasi gagap yang boleh anda cuba.

  1. Mengatasi gagap dengan mencari penyebab terjadinya gagap

Kalau anda ingin mengatasi gagap, maka anda harus mengetahui penyebab gagap tersebut. Hal ini termasuk dalam cara mengatasi gagap kerana dengan mengetahui dan mengenalpasti penyebabnya, akan lebih mudah untuk mengatasi gagap yang dimiliki. Memang agak sulit untuk mencari penyebab gagap yang dimiliki seseorang kerana ada banyak kemungkinan kenapa seseorang menjadi gagap.

Penyebab gagap boleh jadi kerana sakit yang dialami ketika masih kecil, atau boleh jadi gagap adalah kesan daripada trauma yang dialami. Misalnya seseorang pernah mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan, sehinga menyebabkan trauma dan akhirnya menimbulkan gagap. Setelah mengetahui penyebabanya, akan lebih mudah untuk menentukan terapi yang sesuai untuk penderita gagap.

  1. Mengatasi gagap dengan sering berlatih bercakap

Cara mengatasi gagap yang sangat berkesan adalah dengan sering berlatih untuk bercakap, berkomunikasi, berbual, berbicara dan sebagainya. Hal ini sangat penting. Kalau anda tidak mahu lagi gagap ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain, cubalah untuk sering latihan bercakap di depan cermin. Tidak perlu terlalu cepat, mulailah dengan perlahan-lahan.

Berbicara perlahan-lahan akan membantu seseorang untuk membentuk kata-kata di dalam fikirannya, sehingga boleh mengurangkan stress dan dapat mengucapkan kata dengan betul. Latihan bercakap juga akan membuat orang yang gagap menjadi lebih percaya diri dan tidak akan merasa takut untuk berbicara di depan umum.

  1. Mengatasi gagap dengan latihan membaca dengan suara kuat

Latihan membaca merupakan cara mengatasi gagap yang efektif. Ketika sedang melakukan latihan membaca, anda perlu melakukannya dengan suara yang kuat. Ini akan membantu anda untuk mengatasi gagap. Secara tidak sedar, latihan membaca dengan menggunakan suara kuat dapat memberikan konsentrasi kepada seseorang dalam pengucapannya. Latihan ini juga memberikan nilai tambahan untuk membantu meningkatkan kosa kata sehingga mampu memberikan kemampuan untuk menggantikan kata-kata yang sukar menjadi lebih sederhana.

  1. Mengatasi gagap dengan terapi air panas dan garam

Ini merupakan satu cara yang dikongsikan. Terapi air panas campur garam adalah sangat efektif untuk menghilangkan gagap dan anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Caranya, setiap pagi sediakan air panas yang sudah dicampur dengan garam lalu disiramkan di ubun-ubun. Lakukan setiap pagi. Harus diingat, pantangnya ialah jangan mengambil minuman sejuk dan berais.

  1. Mengatasi gagap dengan teknik percakapan dan gerakan badan

Perlambat tempo percakapan anda dengan memperpanjang bunyi vokal. Bunyi-bunyi vokal akan sangat membantu dalam memperlancar konsoman-konsonan yang sulit untuk diucapkan (k, c, l, m, t, p, b). Gunakan irama ketika bercakap dan hindari bercakap dengan irama yang mendatar. Dengan irama, percakapan akan semakin enak diucapkan dan juga enak untuk didengar. Bukankah anda tidak pernah gagap ketika menyanyi?

Gerakkan tangan dan jika perlu, gerakan kepala untuk membantu mengeja kata-kata sulit. Dengan gerakan tangan dan kepala, letupan udara yang keluar dari mulut akan semakai mudah untuk dikeluarkan kerana biasanya huruf-huruf yang sulit untuk diucapkan adalah huruf konsonan seperti “P” dan “B”.

  1. Mengatasi gagap dengan selalu berfikir secara positif

Kalau anda berniat untuk menghilangkan gagap, maka cara mengatasi gagap yang harus selalu anda lakukan adalah berfikir lebih positif. Jangan pernah terfikir jikalau anda akan gagap ketika akan berbicara. Hal ini kerana kalau anda mempunyai fikiran tersebut maka apa yang anda fikirkan akan menjadi sebuah kenyataan. jadi fikirkan sahaja dan setkan fikiran anda bahawa semuanya akan lancar dan semuanya akan baik-baik sahaja.

Ini merupakan salah satu pemikiran yang penting dan diperlukan oleh semua orang. Dengan memiliki fikiran yang positif, anda akan memiliki keberanian untuk mengatasi kesulitan dalam berkomunikasi. Dengan begitu, tujuan anda untuk bebas dari gagap akan mampu tercapai.

IMG_20171206_114610-150x150 Gagap Ketika Bercakap? Ini Teknik Mengatasinya Agar Komunikasi Anda Lebih Lancar!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Anak Gagap #Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Gagap #cakap gagap #Cara Hilangkan Masalah Cakap Gagap #cara menghilangkan gagap #cara menghilangkan gagap pada anak #gagap #Gagap Di Kalangan Dewasa #gagap in english #gagap maksud #gagap meaning #kenapa gagap #mengatasi gagap #orang cakap gagap kenapa #penyebab gagap pada orang dewasa #punca gagap #rawat gagap #Teknik mengatasi masalah gagap ketika berbicara #teknik menghilangkan gagap #terapi gagap #terapi mengatasi gagap #tips hilangkan gagap bercakap #tips mengatasi gagap

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Gagap Ketika Bercakap? Ini Teknik Mengatasinya Agar Komunikasi Anda Lebih Lancar!"