Biodata Shiqin Kamal, Pelakon Wanita Drama Mr.Hijab

Biodata Shiqin Kamal, Pelakon Wanita Drama Mr.Hijab

Mengambil keputusan untuk mengejar ilmu di menara gading sedikit sebanyak memudarkan pesona bintang bernama Shiqin Kamal.

Selepas empat tahun melanjutkan pengajian, anak jati Kuala Lumpur ini kembali mengetuk pintu industri seni hiburan tanah air dengan beberapa projek seninya.

Penangan drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Si Wedding Planner yang telah ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 satu masa dahulu meledakan kembali namanya sebagai anak wayang.

Ternyata, comeback si cantik manis ini tidak sia-sia kerana namanya mula menjadi sebutan dan digilai ramai peminat.

Terdahulu, wajah figura berusia 26 tahun ini banyak menghiasi layar perak berbanding di kaca televisyen.

Filem pecah panggung, Lagenda Budak Setan merupakan titik permulaan Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal terjun ke dunia seni lakonan. Selain Lagenda Budak Setan, wanita berbintang Sagittarius ini turut membintangi filem Warna Cinta Impian, Abang Long Fadil dan Mantera.

Terbaharu, beliau kini muncul dengan drama bersiri bertajuk Mr Hijab yang disiarkan di slot Iris di TV3 mulai 17 Oktober lalu. Drama berkenaan turut dijayakan oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila dan Hafiz Hamidun.

Guys, jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik Shiqin Kamal dibawah.

Biodata Ringkas Shiqin Kamal

Nama Penuh: Nur Ashiqin Mohd Kamal
Nama Komersil: Shiqin Kamal
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 25 November 1991
Zodiak: Sagittarius
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Mr.Hijab, Interview Jodoh, Cinta Si Wedding Planner, Seharum Rindu 2, Hanya Namamu, Melarik Awan, Padamu Aku Bersujud, Umairah, Ada Hantu Malam Raya, Sein Dan Luna dan banyak lagi.

Filem: Warna Cinta Impian, Uncle Usin, Lagenda Budak Setan, Dilarang Masuk, Tanda Putera, Mantera, LeftWings, Abang Long Fadil dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Shiqin Kamal

Facebook: www.facebook.com/shiqin-kamal
Twitter: www.twitter.com/shiqinkamal
Instagram: www.instagram.com/shiqinkamal

Trivia Menarik Tentang Shiqin Kamal

  • Graduan jurusan Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Pernah menjadi pengacara bagi program travelog berjudul Hamparan Alam.
  • Menjadikan aktres Hollywood, Angelina Jolie sebagai idolanya dalam bidang seni lakonan.
  • Mengimpikan membawa watak aksi jika diberi peluang dimasa depan.
  • Pernah digosipkan melakukan pembedahan plastik dek kerana kecantikan yang dimilikinya.
  • Obses dengan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.
  • Turut mempunyai kelab peminat bernama Shiqin Kamal Lovers.
  • Mempunyai lebih 20,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Shiqin Kamal, Pelakon Wanita Drama Mr.Hijab

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Shiqin Kamal #Drama Mr Hijab TV3 #Kenali Shiqin Kamal #Profil Shiqin Kamal #Shiqin Kamal #Shiqin Kamal Aktres Drama Mr Hijab #shiqin kamal biodata #shiqin kamal dan erwin dawson #shiqin kamal ig #shiqin kamal instagram #shiqin kamal wikipedia #shiqinkamal #shiqinkamal instagram #Trivia Menarik Shiqin Kamal

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.