Ketahui 5 Selebriti Malaysia Yang Berasal Dari Felda

Selebriti Dari Anak Felda

Tahukah anda, ramai selebriti popular Malaysia samada bergelar penyanyi, pelakon atau pengacara yang berasal dari Felda. 

Kebanyakkan mereka merupakan generasi kedua dan ketiga kepada komuniti berkenaan.

Menariknya, mereka bukan sahaja berbakat besar malahan mempunyai pengaruh tersendiri di persada seni hiburan tanah air.

Nak tahu siapakah mereka? Jom baca artikel dibawah!

1. Rahmad Mega

Rahmad Mega

Rahmad Mega, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni suara tanah air.

Untaian hit seperti Bayangan Gurauan, Takdir Dan Waktu serta Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara merupakan antara lagu-lagu yang mengangkat namanya bersama kumpulan Mega di era 90-an.

Selepas lama menyepi, nama anak jati Felda Cahaya Baru, Masai, Johor ini kembali bersinar selepas menyertai Gegar Vaganza (GV) 2014. Menerusi program realiti berkenaan, anak bongsu dari lima adik-beradik ini merangkul tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Terkini, figura kacak ini sedang sibuk mempromosikan single terbaru iaitu Sejadah Kaabah di Indonesia.

Terdahulu, Rahmad pernah menghasilkan album mini berjudul Hujan pada tahun 2014.

2. Siti Nordiana

Selepas dinobatkan juara Gegar Vaganza (GV) 2, pintu rezeki Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana semakin murah dan dikenali ramai.

Berasal dari Felda Sendayan, Negeri Sembilan, karier Nana bermula apabila berjaya bergelar juara menerusi pertandingan nyanyian iaitu Tunas 9 yang dikelolakan oleh Radio Negeri Sembilan sekitar tahun 1999 sebelum dilamar oleh syarikat rakaman FMC sebagai artis rakaman.

Antara lagu-lagu popular si cantik ini ialah Terus Mencintaimu, Kasihmu Seakan Berubah, Bukan Mengusik Tapi Membangkit dan Cinta Hanya Sandaran.

Selain bergelar penyanyi solo, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga dikenali sebagai duo bersama vokalis Spin, Allahyarham Achik.

Tidak mahu kekal di zon selesa, wanita berusia awal 30-an ini turut mengembangkan bakatnya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

Beliau pernah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Dia Semanis Honey, 3 Dara Pingitan, Wad 04, Nenas dan Ikanku, Helah, Aku Budak Minang dan banyak lagi.

3. Mawi

Mawi Photo

Pernah mencetuskan fenomena luar biasa di persada seni hiburan satu masa dahulu, bintang kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) ini masih lagi aktif menyanyi sehingga kini.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1981, Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani merupakan anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Terkenal dengan jolokan nama Raja SMS dan Tsumawi, Mawi sangat popular dengan lagu-lagu seperti Aduhai Saliha, Angan dan Sedar, Kian, Kalah dan Menang (duet bersama Syamsul Yusof), Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet bersama Datuk M.Nasir) dan Al-Haq (duet bersama Datuk AC Mizal).

Sepanjang bergelar anak seni, suami kepada Nora’Asikin Rahmat (Ekin) ini pernah dinobat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2005, 2006 dan 2007, Artis Lelaki Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2007 serta Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Era 2006.

Beliau juga menjalankan bisnes yang dikenali sebagai Unequein dimana mengeluarkan pelbagai produk berasaskan pakaian, kesihatan, kecantikan serta makanan dan minuman.

4. Que Haidar

Que Haidar

Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon berbakat besar dan berkarisma iaitu Tengku Iskhan Shah Tengku Iskandar atau nama pentasnya, Que Haidar.

Selepas lebih dua tahun berehat dari dunia lakonan, anak jati Felda Taib Andak, Kulai, Johor kini bergelar seorang penyanyi apabila mengeluarkan single pertamanya bertajuk Kisah Cinta penghujung May lalu.

Kali terakhir bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini muncul di kaca televisyen mahupun filem adalah menerusi drama Cahaya Malaika yang diterbitkan dua tahun lalu manakala filem Ophilia pada tahun 2014.

Pelbagai kejayaan manis dicapai oleh Que Haidar sepanjang menceburi bidang seni termasuklah Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009 serta dua buah trofi bagi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2007 dan 2009.

5. Putra Amaris

Putra Amaris

Seorang lagi pelakon yang boleh dikatakan antara pelapis muda yang tidak kurang berbakatnya iaitu Putra Amaris.

Untuk info, sebelum dikenali dengan Putra Amaris, figura kelahiran Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru ini pernah menggunakan dua nama pentas sebagai Amaris dan Amran Ismail.

Wajahnya banyak menghiasi drama dan telefilem tempatan. Antaranya, Bila Musang Berjanggut, Patah Sebelah Sayap, Bella Dan Ponti Anak Remaja, Puteri Aurora, Geng Surau, Inspirasi Ramadan, Siti Kelembai dan banyak lagi.

Paling menarik, aktor kacak ini turut berpeluang mencipta nama di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak felda #Anak Felda Popular #anak peneroka felda #artis malaysia #Selebriti Anak Felda #Selebriti Malaysia Yang Berasal Dari Felda #Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Felda

Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora
Raut wajah empunya nama Adam Lee ini cukup untuk membuatkan ramai gadis diluar
Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura
Dunia seni hiburan tanah air tidak pernah sunyi dengan kehadiran bakat-bakat baharu sama
Biodata Hani Nazrina, Pelakon Drama Red Velvet & Finalis Clever Girl Malaysia
Drama bersiri popular berjudul Shhh…I Love U yang telah ditayangkan di TV3 menerusi
Biodata Uyaina Arshad, Host Rancangan Nona & Wanita Hari Ini TV3
Buat peminat setia rancangan terbitan TV3 iaitu Nona, pastinya anda mengenali wanita bernama

Comments are closed.