Kenali Niena Azman, Tunang Rody Kristal

Kenali Niena Azman, Tunang Rody Kristal

Tanggal 5 November 2017 mencipta memori terindah buat Niena Azman apabila selamat mengikatkan tali pertunangan dengan gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody atau nama lengkapnya Mohd Rodi Baharudin.

Majlis pertunangan diadakan di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Paling menarik, berita mengembirakan ini tular di media-media sosial apabila pasangan ini memuat naik foto pertunangan di Instagram masing-masing.

Malah, Rody dan Niena bakal bergelar raja sehari pada April 2018 nanti. Mereka mula berkenalan dan bercinta sejak April lalu.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli ini serta mendoakan agar perhubungan ini kekal bahagia sepanjang hayat.

Untuk pengetahuan pembaca, Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan dimana pernah bermain untuk pasukan Johor, PDRM, Kelab Putra Ria, Pahang dan Felda United.

Terkini, figura berusia 30 tahun ini menggalas peranan sebagai jurulatih futsal di Academia De Futsal dan Putra Ria FC.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik ‘Hope Solo Malaysia’ ini.

Biodata Ringkas Niena Azman

Nama Penuh: Nur Izwani Azman
Nama Komersil: Niena Azman
Nama Panggilan: Niena/Dekno
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 13 Oktober 1987
Zodiak: Libra
Asal: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Atlet Kebangsaan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Media Sosial Niena Azman

Trivia Menarik Tentang Niena Azman

  • Berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya (UM).
  • Melibatkan diri dalam bidang sukan mulai 2004 ketika berusia 17 tahun.
  • Pandai memasak terutamanya masakan berasaskan sup seperti sup ayam, mi sup dan soto.
  • Seperti wanita di luar sana, Niena turut mementingkan penampilan diri dimana setiap sebulan sekali wanita ini akan mendapatkan rawatan di spa kecantikan.
  • Pernah menjadi duta untuk barangan sukan dan model busana pengantin.
  • Sebelum aktif bermain bola sepak, Niena merupakan seorang pemain bola jaring yang beraksi di pengadang gol (GD).
  • Wanita juga pernah mewakili Johor dalam sukan bola padang sekitar 2004 sebelum diserap masuk ke pasukan bola sepak wanita negara untuk beraksi di pusingan kelayakan kejohanan AFC Wanita Bawah 21 Tahun.
  • Sangat mengagumi penjaga gol wanita Amerika Syarikat iaitu Hope Solo.
  • Si cantik ini turut dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik di Karnival Bola Sepak Wanita Malaysia dan Liga Futsal IPT.
  • Peminat tegar penyanyi antarabangsa kelahiran Kanada, Justin Bieber.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Niena Azman, Tunang Rody Kristal

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Niena Azman #Kenali Niena Azman #Niena Azman #niena azman bertunang #niena azman biodata #niena azman futsal #niena azman height #Niena Azman Keeper Futsal Wanita Malaysia #Niena Azman Tunang Rody Kristal #niena azman umur #niena azman wikipedia #nur izwani azman penjaga gol #nur izwani azman wikipedia #penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan #Profil Niena Azman

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.